Giat Lancarkan Slogan Pas Nak Teraju Pahang Shahaniza Seru Rakyat Tidak Termakan Pujuk Rayu




MARAN: Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyeru seluruh rakyat di Negeri Pahang untuk tidak termakan pujuk rayu PAS yang kini giat melancarkan slogan #PasTerajuPahang bagi memenangi hati para pengundi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan diketuai oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah melakukan usaha terbaik untuk rakyat di samping prestasi memberangsangkan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
“Memang sebenarnya kalau kita tengok PAS  ini mereka begitu bersungguh-sungguh nak menawan Pahang. Mereka telah pun melancarkan gerak kerja yang sangat agresif dengan slogan #PASTerajuPahang. Ini tidak boleh dipandang mudah oleh kita semua.
“Tetapi saya nak menekankan kepada rakyat di Negeri Pahang khususnya, jangan termakan dengan pujukan dan cerita daripada mereka. Kerajaan negeri yang ada pada hari ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dah buat yang terbaik untuk rakyat.
“Prestasinya bukan sekadar omongan kosong dan telah terbukti. Tiga tahun berturut-turut pendapatan kerajaan negeri bertambah, kemudiannya dikembalikan semula kepada rakyat. Rakyat menikmati pelbagai bantuan, kemudahan yang diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO Online.
Tegasnya, prestasi negeri-negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat amat berbeza jika dibandingkan dengan Negeri Pahang yang begitu cemerlang.
“Jadi, buat apa kita nak bertukar kepada kerajaan yang belum tentu lagi prestasinya. Kalau kita nak bandingkan dengan kerajaan PN hari ini yang ada di Terengganu, Kelantan, Kedah… prestasinya jauh, kurang daripada Kerajaan Negeri Pahang.
“Kita boleh bandingkan bagaimana Kerajaan Negeri Pahang di bawah Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Perpaduan ini, begitu cemerlang prestasinya dibandingkan dengan kerajaan negeri di bawah PN,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menghargai segala strategi yang telah dicadangkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika Program Turun Padang (TURPA) UMNO Bahagian Maran pada Rabu.
“Saya nak ucap terima kasih kepada Datuk Seri Azalina kerana dengan pantasnya selepas diarahkan oleh War Room untuk turun ke Maran sebagai ahli jawatankuasa War Room yang bukan setakat memantau, malah membimbing Parlimen Maran ini untuk kita kembali menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
“Saya sangat menghargai tips ataupun strategi yang telah dicadangkan kepada kami, jentera akar umbi UMNO Bahagian Maran untuk sepanjang tempoh 25 bulan sebelum kita menghadapi PRU yang akan datang. Jadi, panduan-panduan yang telah diberikan itu saya kira banyak yang bersesuaian untuk kita guna pakai di Maran ni.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan memanggil kepimpinan pusat daerah mengundi (PDM) untuk menggariskan strategi-strategi yang kita boleh pakai mengikut kesesuaian. Pada saya, cadangan-cadangan tersebut memang sangat baik dan Insya-Allah akan memberi impak baik kepada kita,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut menyeru seluruh jentera untuk bergandingan bagi memastikan Parlimen Maran pulang ke pangkuan UMNO/BN pada PRU akan datang.
“Pesanan saya, kita semua mempunyai harapan yang tinggi untuk menang semula. Begitu juga harapan pucuk pimpinan. Dengan turunnya Datuk Seri Azalina sendiri membuktikan bahawa pucuk pimpinan menaruh harapan yang tinggi untuk kita merampas kembali kerusi Parlimen Maran dan juga di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada di Maran ini. Jadi, kita jangan menghampakan harapan tersebut.
“Bukan setakat hampa harapan, tapi jika akhirnya kita tidak berjaya untuk merampasnya kembali kerusi ini dan mempertahankan kerajaan Pahang, saya fikir itu adalah satu perkara yang tidak boleh berlaku. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, failure is not an option to us,” katanya lagi.#UMNOnline
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/02/giat-lancar-slogan-pas-nak-teraju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Teraju Pahang Rosni Zahari Dawak Pas Pernah Belot Dan Tidak Mampu Membantu Rakyat

Gerakan Teraju Pahang Rosni Zahari Dawak Pas Pernah Belot Dan Tidak Mampu Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/2/2025 - jumlah : 194 hits
KUALA LUMPUR Rakyat di Negeri Pahang perlu ingat bahawa PAS pernah belot pada satu ketika dahulu dan telah terbukti tidak mampu untuk membantu masyarakat kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Rosni Zahari Beliau yang juga Ketua W...
Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

Ketua Pemuda Pas Dakwa Umno Pahang Hanya Bakal Mengulangi Skrip Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 112 hits
KUANTAN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ahmad Azlan Abu Bakar mempersoalkan tindakan UMNO Pahang yang menyebarkan persepsi PAS dan Perikatan Nasional bakal kehilangan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum Ke 16 ...
Nak Gerak Jentera Macamana Jentera Harap Walaun Pas Belaka Pilihanraya 2027 Jangan Dok Kalut Lah

Nak Gerak Jentera Macamana Jentera Harap Walaun Pas Belaka Pilihanraya 2027 Jangan Dok Kalut Lah

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 145 hits
Bersatu terkena demam pilihan rayaHarapandailyFebruary 8 2025Nampak gayanya Bersatu terkena demam pilihan raya Semalam Ketua Bersatu Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengumumkan keperluan jentera Bersatu digerakkan sekarang untuk menghadapi ke...
Ni Nak Lawan Fitnah Lebai Pas

Ni Nak Lawan Fitnah Lebai Pas

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 96 hits
Ustaz Lotfi kita jumpa di mahkamah Saya ada rekod perbualan telefon kita Setiap percakapan ustaz adalah bahan bukti saya yang tidak menfitnah ustaz lawanfitnahpas
Guardian Malaysia Seru Rakyat Malaysia Untuk Serlahkan Kebersamaanmu Di Tahun Baru Cina

Guardian Malaysia Seru Rakyat Malaysia Untuk Serlahkan Kebersamaanmu Di Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 203 hits
GUARDIAN MALAYSIA SERU RAKYAT MALAYSIA UNTUK SERLAHKAN KEBERSAMAANMU DI TAHUN BARU CINA Assalammualaikum semua guardian Malaysia terus komited dalam memperjuangkan pemerkasaan dan kesejahteraan diri melalui visi jenama baharunya yang penuh ...
Penyokong Pas Jangan Termakan Fitnah Keji Pak Teh Mujahid

Penyokong Pas Jangan Termakan Fitnah Keji Pak Teh Mujahid

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 180 hits
Malaysiakini nbsp Pengerusi PH Perak Mujahid Yusof Rawa menasihatkan penyokong PAS supaya tidak termakan fitnah Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang menggunakan sentimen jahat agama dan perkauman untuk mendapatkan laba politik Menurutn...
Nak Maju Macamana Tak Ada Duit Keriau Pm Penganalisis Ragu Potensi Empat Mb Pas Jadi Pm

Nak Maju Macamana Tak Ada Duit Keriau Pm Penganalisis Ragu Potensi Empat Mb Pas Jadi Pm

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 146 hits
SITI NUR ZAWANIFebruary 10 2025Seorang penganalisis politik meragui kebolehan empat menteri besar Pas yang didakwa berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata penilaian beliau itu berdasarkan emp...
Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

Wan Rosdy Perayaan Tahun Baharu Cina Cermin Keindahan Budaya Dikongsi Rakyat Berbilang Kaum Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 128 hits
KUANTAN Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar menandakan permulaan tahun baharu tetapi juga mencerminkan keindahan budaya yang dikongsi bersama oleh rakyat berbilang kaum di Pahang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ber...
Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

Mp Pas Serang Pmx Tapi Rakyat Balun Kaw Kaw Tuduhan Pmx Sebagai Bapa P

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 166 hits
Rata rata membidas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas itu termasuk mengingatkan bahawa indeks persepsi rasuah jatuh dua tahun berturut turut ketika Pas berada dalam kerajaan 33 bulan Perikatan Nasional Malah ada yang menyindir Pas apab...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan

Saman Fitnah Fahmi Terhadap Wan Azri Ustaz Dusuki Fb N13 Kuang Ditetap Oct Untuk Perbicaraan