Gerakan Mahu Latheefa Siasat Guan Eng Bagi Buktikan Tak Berpihak



(Malaysiakini) – Ketika ramai pihak sedang membahaskan pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Presiden Gerakan Dominic Lau mencabar peguam itu membuktikan dirinya dengan memenuhi tiga penanda aras utama (KPI) dalam tempoh 100 hari memegang jawatan itu.
Antara lain, Lau berkata, Latheefa perlu membuka semula kes banglo Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Latheefa yang menjadi ketua pesuruhjaya SPRM wanita pertama sejak agensi itu ditubuhkan 52 tahun lalu.
“Walaupun pelantikan ini jelas melanggar manifesto PH, memandangkan pelantikan itu sudah dibuat, kita harap Latheefa boleh memenuhi KPI yang ditetapkan oleh Gerakan untuk membuktikan bahawa dia seorang yang berani dan tidak hanya cakap kosong dalam membantu Malaysia melawan rasuah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Lau merujuk kes dakwaan rasuah terhadap Lim, yang ketika itu merupakan ketua menteri Pulau Pinang. Kes itu ditarik pada 3 Sept tahun lalu.
Timbalan pendakwa raya yang menangani kes itu berkata, kes terhadap Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon tidak akan berjaya kerana pemeriksaan balas terhadap salah seorang saksi melemahkan bukti dakwaan terhadap mereka.
SPRM ketika itu menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan berkenaan, namun Lau berkata Latheefa seharusnya menyiasat semula kes itu bagi mengembalikan kredibiliti SPRM.
Selain itu, Lau juga menggesa Latheefa untuk mengarahkan SPRM menerima sebarang laporan terhadap dua ahli exco PKR Johor berhubung dakwaan pembelian sebuah pangsapuri.
Tanpa menyebutkan nama atau perincian, Lau mendakwa pemimpin Gerakan Johor cuba membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan itu namun SPRM Johor enggan menerima laporan mereka.
Minggu lalu, ahli exco Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar didakwa menerima pangsapuri mewah sebagai hadiah, namun dia menafikan tuduhan itu dan berkata dia hanya menyewanya.
Lau juga menggesa Latheefa untuk membuka semula siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.
Kata Lau, Latheefa perlu menggantung pegawai yang menyebabkan kematian Teoh dan memastikan keluarga mendiang tahu kebenaran kematian Teoh.
Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas jatuh dari tingkat sembilan bangunan yang menempatkan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Mendiang yang merupakan pembantu politik kepada Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah ketika itu hadir di sana untuk membantu siasatan.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Teoh adalah disebabkan oleh individu yang tidak dikenali dan pegawai SPRM yang terlibat dalam penahanan Teoh.
Latheefa, yang merupakan bekas ahli PKR pernah mengetuai Biro Perundangan dan jawatankuasa kepimpinan pusat parti itu.
Latheefa dilantik menjadi ketua pesuruhjaya SPRM menggantikan Mohd Shukri Abdull berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Latheefa sudah meletakkan jawatan dalam PKR selepas mendapat tahu mengenai pelantikannya.
Hari ke-100 Latheefa memegang jawatan adalah pada 12 Sept tahun ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/06/06/gerakan-mahu-latheefa-siasat-guan-eng-bagi-buktikan-tak-berpihak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Huan Kp Sprm Mesti Segera Buktikan Kemampuan Siasat Skandal Banglo Dan Terowong Lim Guan Eng

Datuk Huan Kp Sprm Mesti Segera Buktikan Kemampuan Siasat Skandal Banglo Dan Terowong Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 472 hits
Isu pelantikan Puan Lateefa Koya dikatakan dan diakui oleh ramai tidak mengikuti janji manifesto PH namun Parti Cinta Malaysia menerimanya kerana menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri Sehubungan itu selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM yang...
Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 391 hits
Bekas menteri kewangan Najib Razak mendakwa penggantinya Lim Guan Eng menipu mengenai keadaan sebenar hutang negara Beliau mendakwa Lim bermain dengan statistik untuk memberi gambaran positif kewangan negara Semalam dia kata hutang dan liab...
Rakyat Harap Hadiah Raya Jho Low Ditangkap Guan Eng

Rakyat Harap Hadiah Raya Jho Low Ditangkap Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 404 hits
RAKYAT mengharapkan hadiah Hari Raya Aidilfitri Jho Low ditangkap kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Memang rakyat mengharapkan akan ada hadiah istimewa menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 1440 Hijrah ini dengan tersebarnya khabar meng...
Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Susut 3 9 Peratus Guan Eng

Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Susut 3 9 Peratus Guan Eng

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR Hutang dan liabiliti kerajaan susut sebanyak 3 9 mata peratus kepada 75 4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lepas berbanding 79 3 peratus pada 2018 Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penurunan disebab...
Guan Eng Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Rm1 1 Trilion

Guan Eng Jumlah Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Rm1 1 Trilion

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 327 hits
PUTRAJAYA Jumlah hutang dan liabiliti kerajaan berjumlah RM1 1 trilion atau 75 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara setakat akhir 2018 Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata kedudukan hutang dan liabiliti kerajaa...
Nfcorp Tunggu Jawapan Lim Guan Eng

Nfcorp Tunggu Jawapan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 374 hits
NFCorp tunggu jawapan Lim Guan Eng Dikemas kini 59 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2019 10 03PM
Kos Projek Prasarana Rakyat Meningkat Guan Eng Wayang Kata Jimat Berpuluh Billion Ringgit

Kos Projek Prasarana Rakyat Meningkat Guan Eng Wayang Kata Jimat Berpuluh Billion Ringgit

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 597 hits
Menteri Kewayangan Guan Eng membayangkan bahawa kerajaan telah berjaya menjimatkan berpuluh billion ringgit Malaysia hasil daripada program penjimatan yang dilaksanakan semenjak Pakatan Harapan Kencing Raykat Dia punya sembang macam lah pen...
Guan Eng S Figures To Be Taken With Pinch Of Salt

Guan Eng S Figures To Be Taken With Pinch Of Salt

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 380 hits
KTemoc Konsiders However Lim has insisted in lumping government guarantees and other liabilities into government debt to raise the debt to GDP ratio and then as a result of the reduction in PPP liabilities claims that the ratio has fallen t...
Sensational Guan Eng Dismisses Report On New Penang Airport

Sensational Guan Eng Dismisses Report On New Penang Airport

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 248 hits
Like the Penang government the Finance Ministry is also unaware of any proposals to build a new airport in Seberang Perai When contacted Finance Minister Lim Guan Eng said that the Transport Ministry and the Kedah governments are also compl...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba