Geng Suami Expose Nama Contact Bini Dalam Phone Buat Ramai Terhibur
Geng Suami Expose Nama “Contact” Bini Dalam Phone, Buat Ramai Terhibur
Orang kata, bila dah kahwin dan ada pasangan, hidup seseorang memang akan berubah.
Dari bangun tidur sampailah ke waktu nak lelapkan mata semula, pasangan kitalah teman sembang, teman serumah, teman sekatil. Pendek kata, dialah orang paling rapat dalam hidup.
Tapi biasalah, hidup berpasangan ni bukan setiap masa indah. Ada hari ketawa bersama, ada masa juga pasang surutnya.
Namun hakikatnya, itulah wajah yang akan kita tatap setiap hari, yang akan kita harungi susah senang bersama, dengan izin dan reda Maha Pencipta.
Suami kalau menyakat bini memang nombor satu…
Baru-baru ini, tular satu hantaran menerusi Threads @vicky_wara yang berjaya mencuri perhatian ramai netizen, terutamanya golongan suami.

Dengan hanya satu hantaran ringkas itu, tak disangka ruangan komen tiba-tiba jadi meriah apabila geng suami berduyun hadir meriahkan suasana.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, peluang yang terhidang memang tak dilepaskan. Masing-masing ‘berani mati’ bongkar rahsia sendiri dengan berkongsi cara mereka menyimpan nama isteri dalam telefon.
Ternyata, kreativiti para suami ni memang luar biasa. Melihat satu demi satu paparan “contact name” yang dikongsikan, memang tak kering gusi dibuatnya. Kami kongsikan beberapa untuk tatapan anda di bawah.

Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata terhibur dan tak henti meninggalkan reaksi lucu.
“Hey Dr, kalau kena tidur luar rumah hello-hello member. Huhu.”
“Kalau takde tempat tidur malam ni bagitau, bawa selimut dan sarung bantal je.”
“Blink twice if you kene tidur luar. I boleh teman lepak mamak midnight.”
“Wah, Dr. You are a very daring man. You are not a legend, you are the legend. If I don’t see your next post I will understand what happened. I will remember you, Dr.”
“Saya baru nak welcome to the club ni kena save apa ya? Ganas pula tengok masing-masing save nombor isteri.”
Apa-apa pun, anda semua memang kreatif. Cuma satu pesan buat yang sudah “expose” nama contact isteri masing-masing tu… Semoga semuanya selamat ya.
BACA: Dua Wanita Korea ‘Cakap’ Pasal Malaysia, Jadi Perhatian
Sumber: Threads @vicky_wara
The post Geng Suami Expose Nama “Contact” Bini Dalam Phone, Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/18/geng-suami-expose-nama-contact-bini-dalam-phone-buat-ramai-terhibur/