Netizen Expose Soalan Paling Merepek Tanya Chatgpt Tahun Ni
Netizen “Expose” Soalan Paling Merepek Tanya ChatGPT Tahun Ni
Kita semua sudah tahu, Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) bukan lagi sesuatu yang asing dalam hidup kita. Mana tidaknya, ia kini sudah sebati dalam kehidupan seharian masyarakat.
Teknologi ini bukan saja mampu menjawab soalan sekelip mata, malah boleh bantu buat kerja, menulis, memberi idea dan jadi kawan berbual bila kita bosan.
Malah, sejak kemunculan AI generatif seperti ChatGPT, dunia digital jadi semakin ‘meriah’. Tak hairanlah ia menjadi pilihan ramai pengguna di seluruh dunia.
“Apa soalan paling tak masuk akal aku tanya tahun ni?”
Baru-baru ini, platform media sosial ‘banjir’ dengan satu trend yang cukup menghiburkan.
Ramai pengguna berkongsi soalan paling tidak masuk akal yang pernah mereka tanya kepada ChatGPT sepanjang tahun ini. Ramai yang seolah-olah minta ChatGPT sendiri “recall” balik soalan paling pelik yang pernah ditanya kepadanya.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian daripada pengguna TikTok, @bintu_abdih, yang memuat naik tangkap layar perbualannya dengan ChatGPT.
Melihat kepada jawapan ChatGPT, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Seperti biasa, ruangan komen terus jadi tempat berkongsi pengalaman masing-masing.
“Tak sangka aku pernah tanya soalan ni…” – Netizen
Apa-apa pun, kena beringat…
Tak dinafikan, AI ibarat ‘pembantu maya’ yang sentiasa ada 24 jam. Tidak penat melayan, tetap tenang walaupun dilambak dengan pertanyaan pelik dan mampu memberikan jawapan dengan pantas.
Walaupun ada yang guna untuk kerja dan belajar, ada juga yang jadikan ia tempat ‘bermain’, bereksperimen dan mencari hiburan.
Namun, dalam seronok memanfaatkan kecanggihan teknologi ini, kita juga perlu berpada-pada. Teknologi seperti AI tetap mempunyai batasnya.
Ia tidak menggantikan manusia sepenuhnya, tidak boleh menjadi sumber maklumat tunggal tanpa pertimbangan akal dan tidak wajar digunakan untuk tujuan yang memudaratkan.
Kita perlu bijak menggunakannya sebagai alat yang membantu, bukan mengawal. Jika digunakan dengan beretika, teknologi seperti ChatGPT pasti menjadi salah satu kelebihan besar dalam kehidupan moden hari ini.
BACA: Geng Suami Expose Nama “Contact” Bini Dalam Phone, Buat Ramai Terhibur
Sumber: TikTok @bintu_abdih
The post Netizen “Expose” Soalan Paling Merepek Tanya ChatGPT Tahun Ni appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/21/netizen-expose-soalan-paling-merepek-tanya-chatgpt-tahun-ni/