Geng Azmin Dan Hamzah Tiada Kerusi Untuk Bertanding




Dalam gambar perjumpaan antara Muhyiddin Yassin dengan ketua-ketua parti dalam kerajaan PN dua hari lalu, turut terselit dalam pertemuan itu adalah Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin.

Dalam makluman yang dibuat oleh Muhyiddin, beliau menyebut kehadiran Azmin adalah atas kapasitinya sebagai Ketua Whip PN, manakala Hamzah atas kedudukannya selaku Setiausaha Agung Bersatu.

Ramai yang berasa hairan dan meluahkan rasa pelik bagaimana Azmin dan Hamzah boleh dijemput sama, sedangkan kedua-duanya bukan ketua mana-mana parti.

Apa kaitan perjumpaan dengan ketua-ketua parti perlu disertai oleh kedua-dua mereka?

Meskipun atas kedudukan selaku Ketua Whip dan Setiausaha Agung, ramai yang melihat tiada kewajaran berkaitan kehadiran mereka itu, sedangkan ketua parti lain tidak pula membawa setiausaha agung masing-masing untuk hadir.

Lagi pula, bukankah Muhyiddin boleh memberi apa saja arahan kepadan mereka selepas perjumpaan tersebut jika ada hal-hal lain yang perlu dilaksanakan?

Dalam pada itu, sehari selepas perjumpaan tersebut iaitu semalam, UMNO melalui Annuar Musa dan Pas melalui Hadi Awang pula secara terbuka menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang.

Kata Annuar, persoalan untuk mengekalkan Muhyiddin itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Muafakat Nasional atau MN yang akan dibawa kepada UMNO dan Pas untuk diputuskan kemudian.

Dengan yang demikian, dalam pertemuan Muhyiddin dengan ketua-ketua parti itu, tidak mustahil turut dibangkitkan bukan saja soal sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri, tetapi juga berkaitan pembahagian kerusi dalam PRU15 akan datang.

Di dalam PN sekarang, isu yang paling kritikal adalah pembahagian kerusi antara Bersatu, UMNO dan Pas kerana ketiga-tiganya adalah parti Melayu yang akan bertanding di kawasan yang sama.

Dalam PRU14 lalu, Bersatu bersama PH bertanding 53 kerusi Parlimen, UMNO yang mengetuai BN bertanding 120 kerusi, sementara Pas dengan iltizam sebagai kuasa ketiga telah meletakkan calon di 145 kerusi.

Ditambah dengan geng Azmin seramai 11 orang yang dulunya bersama PKR dan kumpulan Hamzah yang merupakan pelompat parti daripada UMNO di mana kedua-duanya kini dalam Bersatu, bagaimana soal berbahagi-bahagi kerusi kali ini mahu diputuskan?

Sediakan UMNO memberi laluan kepada geng Azmin dan kumpulan Hamzah, selain perlu juga memberi laluan kepada Muhyiddin yang memang asalnya daripada Bersatu?

Selain soal kerusi yang dilihat kritikal itu, akar umbi UMNO juga secara majorinya masih berat hati untuk menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 datang kerana mereka mahukan jawatan itu dikembalikan kepada UMNO semula sebagai blok terbesar dalam PN

Dengan itu, mengekalkan lagi Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bukanlah suatu persoalan yang mudah.

Lebih kritikal lagi berkaitan pembahagian kerusi itu ialah berikutan kedudukan geng Azmin dan kumpulan Hamzah Zainuddin yang majoritinya tidak diterima sama sekali oleh UMNO akar umbi.

UMNO mahukan semua kerusi Melayu yang dipegang oleh geng Amin dan Hamzah mesti ditandingi dan direbut semula.

Dalam hal ini, disebut oleh beberapa pihak dalam UMNO, itulah sebabnya kata mereka, dalam perjumpaan antara Muhyiddin dengan ketua-ketua parti pada Rabu lalu, Azmin dan Hamzah telah dijemput sama.

Maknanya, Muhyiddin mahu geng Azmin dan geng Hamzah diterima secara sama rata seolah-oleh mereka juga adalah ketua parti dalam PN sementara beliau amat menyedari UMNO sukar memberi tempat atau berkompromi dengan kedua-dua kumpulan itu.

Seorang pemimpin Bersatu juga ada memberitahu, keberadaan geng Azmin dan Hamzah dalam Bersatu lebih menyulitkan usaha rundingan antara Muhyiddin dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi.

Sediakah UMNO berlembut hati menerima Azmin yang masih terlekat dengan isu “video Haziq” dan Hamzah yang dianggap tidak setia kerana meninggalkan UMNO sebaik parti itu hilang kuasa, bukan saja memberikan mereka kerusi, bahkan juga berkempen memenangkan mereka atas nama PN dalam PRU15 nanti?

(Shahbudondotcom 03/07/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/geng-azmin-dan-hamzah-tiada-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Dan Geng Lompat Dari Pkr Juga Hamzah Dengan Geng Lompat Dari Umno Nak Bertanding Dimana

Azmin Dan Geng Lompat Dari Pkr Juga Hamzah Dengan Geng Lompat Dari Umno Nak Bertanding Dimana

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 472 hits
GENG AZMIN DAN HAMZAH TIADA KERUSI UNTUK DITANDINGI Shahbudin Husin Dalam gambar perjumpaan antara Muhyiddin Yassin dengan ketua ketua parti dalam kerajaan PN dua hari lalu turut terselit dalam pertemuan itu adalah Azmin Ali dan Hamzah Zain...
Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

Pru 15 Mca Mic Merancang Bertanding Di Kerusi Majoriti Pengundi Melayu M Dateline

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 323 hits
MCA MIC berebut kerusi majoriti Melayu sebelum Umno Bersatu dan Pas berunding Dua parti sekutu Umno sejak era kerajaan Perikatan dilihat merancang untuk bertanding di kerusi majoriti pengundi Melayu pada PRU15 nanti mendahului rundingan ant...
Pkr Pecat Empat Pemimpin Parti Geng Azmin

Pkr Pecat Empat Pemimpin Parti Geng Azmin

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 445 hits
PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim Kep...
Boleh Simpan Yb Belot Tetapi Kerusi Pru Milik Parti Dahulu

Boleh Simpan Yb Belot Tetapi Kerusi Pru Milik Parti Dahulu

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 259 hits
Kamu boleh simpan YB belot tetapi kerusi tetap milik parti dimenangi dahulu Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya hari ini seakan akan memberi amaran kepada Parti P...
Yakin Menang Lebih 60 Kerusi Punca Pkr Tolak Tun Mahathir

Yakin Menang Lebih 60 Kerusi Punca Pkr Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 402 hits
Menerusi sesi Facebook live Presiden PKR Anwar Ibrahim beberapa kali menolak cadangan Opsyen 2 menetapkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 6 bulan dan Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri Sesi live ke udara hampir setiap hari ...
Misteri Kerusi Roda Berhantu Berjaya Di Rakam Cctv Di Thailand

Misteri Kerusi Roda Berhantu Berjaya Di Rakam Cctv Di Thailand

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 495 hits
Penampakan satu video dari kamera litar tertutup di sebuah hospital di Thailand mengejutkan ramai apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa Menerusi video berdurasi 40 saat itu kelihatan ...
Payah Bahagi Kerusi Dengan Bersatu Umno Boleh Hilang Dominasi

Payah Bahagi Kerusi Dengan Bersatu Umno Boleh Hilang Dominasi

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 298 hits
MA AYSIAKINIDikemas kini dengan tajuk dan intro baru Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah melihat masalah akan timbul sekiranya mereka bekerjsama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang Beliau memberitahu Chann...
Agihan Kerusi Pn Tidak Perlu Berkelahi Sesama Sendiri Kata Tajuddin

Agihan Kerusi Pn Tidak Perlu Berkelahi Sesama Sendiri Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 272 hits
Diterbitkan Hari ini 3 31 pmUmno tidak akan berkompromi dalam soal agihan kerusi khusunya tentang kerusi tradisi parti itu namun akan mencari formula terbaik bagi mengelak pertembungan sesama rakan komponen Perikatan Nasional pada Pilihan R...
Umno Diseru Beri Ppbm 15 Kerusi Sahaja

Umno Diseru Beri Ppbm 15 Kerusi Sahaja

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 444 hits
Minderjeet Kaur PETALING JAYA Bekas timbalan menteri dalam negeri Nur Jazlan Mohamed menggesa Umno berkeras dengan PPBM dalam rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang Beri mereka 15 kerusi sahaja kat...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Feast O Tuan Chord

Ukays Azan Scan Keena Mentor Rina Eva Feat Aesar Mustafa Citarasa Kita Chord

Us S Pro Israel Stance Attracting More Critics Says Scholar

Hari Raya Bagi Saya Seorang Oku

Sentiment Of Malays Being Treated As Second Class Citizen Abounds In Mat Belon Dbkl Pre Raya Scuffle

Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya