Agihan Kerusi Pn Tidak Perlu Berkelahi Sesama Sendiri Kata Tajuddin


Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 3:31 pm

Umno tidak akan berkompromi dalam soal agihan kerusi, khusunya tentang kerusi tradisi parti itu, namun akan mencari formula terbaik bagi mengelak pertembungan sesama rakan komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman, berkata beliau yakin kepimpinan parti komponen PN akan berbincang dan akhirnya mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu itu.

"Tidak timbul soal kompromi, bila kita bincang...Ya lah bila kita bincang masing-masing akan timbulkan itu dan ini.Tapi kalau kita nak pastikan kita kuat dan utuh sebagai sebuah gabungan kena ada lah tolak ansur.

"Mestilah ada memahami kehendak antara satu sama lain, kita tidak perlu berkelahi (sesama sendiri dalam PN).

"Kita memahami kehendak masing-masing dan akhirnya datang dengan satu formula yang boleh diterima semua pihak," kata pengerusi Prasarana itu ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Depoh Monorail di ibu negara, hari ini.

Isu agihan kerusi antara Umno dan Bersatu menjadi polemik apabila parti itu kini bekerjsama dalam kerajaan PN selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bersatu pada PRU14 lalu ketika bersama PH bertanding di kerusi tradisi Umno bagi menentang calon BN.

Selepas kejatuhan BN pada 9 Mei 2018, ramai wakil rakyat Umno yang bertanding atas tiket BN membawa lari kerusi yang dimenangani dengan menyertai Bersatu.

Umno difahamkan akan terus mempertahankan kerusi tradisinya termasuk yang dibawa lari oleh bekas wakil rakyatnya.

Sehingga kini Umno yang membentuk kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional dan Bersatu melalui PN belum membincangkan secara rasmi soal agihan kerusi.

Semalam, mesyuarat pemimpin tertinggi PN mengulangi sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mereka juga memutuskan untuk memperkuat kerjasama tetapi tidak disebutkan mengenai usaha memformalkan gabungan itu.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata para pemimpin bertemu di Putrajaya.

"Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada perdana menteri dan bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Selain Muhyiddin, pemimpin yang hadir adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden MIC S Vigneswaran, Presiden PBB Abang Johari Openg, Presiden SUPP Sim Kui Hian, Presiden PDP Tiong King Sing, Presiden PRS James Masing, presiden PBRS Joseph Kurup dan Presiden STAR Jeffrey Kittingan.

Mengulas mengenai pertemuan itu sama ada ke arah membentuk PN secara formal seperti diperkatakan sebelum ini.

Tajuddin berkata, pertemuan itu adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dan memperkuatkan kerajaan PN yang telah dibentuk.

"Tujuannya sudah pasti untuk mengukuhkan kerjasama, kesatuan antara parti-parti ini.

"Memastikan kerajaan kita yang ada hari ini dapat menghadapi apa juga cabaran dalam dewan (rakyat) ataupun luar dewan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/agihan-kerusi-pn-tidak-perlu-berkelahi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kucar Kacir Pemimpin Saling Hentam Menghentam Sesama Sendiri

Ph Kucar Kacir Pemimpin Saling Hentam Menghentam Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 345 hits
Berhenti jadi pengecut beri gambaran Dr M musuh lebih besar dari PN Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad hari ini mengecam setiausaha politik Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang mempersoalkan kesetiaan Amanah dan DAP t...
Senarai Agihan Kerusi Pn Terbongkar

Senarai Agihan Kerusi Pn Terbongkar

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 424 hits
Meskipun senarai agihan kerusi Perikatan Nasional yang tular sejak semalam masih berstatus tidak pasti namun curiga mencurigai mula bersarang dalam hati penyokong pemerintah Senarai 13 halaman itu tertera perkataan sulit di setiap muka sura...
Apa Jadi Dengan Ph Berperang Sesama Sendiri

Apa Jadi Dengan Ph Berperang Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 495 hits
Akramin Idrus Kelihatan kini tiada lagi kelihatan titik noktah kepada serangan serangan ini Tidak wujud lagi mana mana pemimpin yang membuka ajakan untuk mengukuhkan Pakatan Harapan selepas percakaran Saya bukan lah pemimpin utama dalam Pak...
Saya Terpedaya Tipu Helah Jho Low Kata Bekas Ceo 1mdb

Saya Terpedaya Tipu Helah Jho Low Kata Bekas Ceo 1mdb

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 463 hits
KUALA LUMPUR Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau terpedaya dengan tipu helah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low dalam ...
Memang Ada Ancaman Keatas Saya Kata Datuk Ayob Selepas Berjaya Membenteras Sindiket Pati

Memang Ada Ancaman Keatas Saya Kata Datuk Ayob Selepas Berjaya Membenteras Sindiket Pati

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 314 hits
Ketegasan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan dalam membenteras sindiket penyeludupan PATI menyebabkan beliau menerima beberapa ancaman daripada kumpulan sindiket PATI Baru baru ini Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay telah berjaya menahan lebih 20...
Tak Nyanyuk Nak Kata Apanama

Tak Nyanyuk Nak Kata Apanama

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 279 hits
Norshidah Md DaudBerusaha balik untuk dapatkan balik jawatan dalam kerajaan Opsss maaf mendapatkan kembali MANDAT RAKYATLepas bodo p letak jawatan dia p cadangkan diri dia sendiri sebagai PM sekurangya untuk tempoh 6 bulan hingga setahunDit...
Tindakan Ubah Suai Jata Negara Perbuatan Biadap Kata Menteri

Tindakan Ubah Suai Jata Negara Perbuatan Biadap Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 353 hits
Tindakan ubah suai Jata Negara perbuatan biadap kata menteri Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2020 3 5
Koleksi Kata Kata Hikmah Dan Menarik Buya Hamka

Koleksi Kata Kata Hikmah Dan Menarik Buya Hamka

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 896 hits
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah dan pakaiannya Kata kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras Bertambah kuat kepercayaan kepada agama...
Parti Tak Kuat Nak Jadi Pm Kata Zuraida Pada Anwar

Parti Tak Kuat Nak Jadi Pm Kata Zuraida Pada Anwar

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 390 hits
Zuraida soal Anwar Kalau parti tidak kuat macam mana nak jadi PM Bekas naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata bahawa presiden parti itu Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu dalaman sebelum ingin menjadi perdana menteri Seperti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti