Genap Setahun Perjalanan Aku Kisah Berat Badan Berapa Berat Badan Julia Berjaya Di Turunkan



Walaupun tengah bercuti di Melaka tika ini, juju tetap bawa baju workout. Ambil kesempatan 30 ke 40 minit untuk bersenam di gym hotel. 
Bulan April 2021, bermulanya detik pertama juju kisahkan berat badan. Sekarang sudah masuk April 2022 maka sudah hampir setahun ianya berjalan. 
Ramai suka tanya soalan ini berulang kali pada juju...
"Macam mana juju istiqamah?""Macam mana juju boleh tahan nafsu?""Macam mana juju boleh komited?"
Percayalah, jawapannya TIADA. Aku tak letak apa-apa penanda aras untuk turun berat berapa kilo ya. Yang aku tahu, saat timbang angka pertama yang timbul ialah 115kg di klinik swasta. Masa tu aku tak sihat, demam, so naiklah atas penimbang tu.
Sekali yang terbit 115 kg...
Bukan dari paksaan doktor, Bukan dari ajakan suami atau kawan-kawan,
Bukan...
Semua dari diri sendiri. Semua dari hidayah Allah beri, aku cuma ada satu perasaan untuk berubah sebelum umur 40 tahun aku nak berat badan ideal. Itu aku punya dreamboard. Aku ikut dreamboard aku tu sungguh-sungguh.
Aku belajar pantau makan harian apa. Itu jejak pertama aku buat, catat pemakanan & berapa kali bersenam dalam masa seminggu. Masuk 3 ke 5 bulan tangan aku asah tulis hari-hari, otak dah boleh sesuaikan dengan habit baru. Ya, inilah tips paling berkesan untuk orang yang tak boleh kawal nafsu. 
Kena didik ini dulu baru boleh kita tahu dalam masa seminggu tu apa kesalahan yang kita buat dan perbetulkan cara masakan dan cara pengambilan. 
Seminggu sekali je timbang, tak perlu hari-hari. Mana aku beli penimbang klik 👉 SINIAku akan pastikan setiap hari Ahad, waktu pagi sebelum mandi dan selepas buang air semua aku terus timbang. 
Baru dapat timbangan sebenar. 
Kisah plateau (berat statik berbulan malah mingguan) pun selalu alami. Masa ini kau kena kuat semangat, kalau stress dengan berat yang tak turun-turun cuba banyakkan aktiviti seharian. 
Macam juju, juju selain ke gym, juju pilih aktiviti berenang tau. Berenang sangat tenang, kadang tu tak perasan rupanya dah 2 jam berenang tanpa sedar. Balik rumah, terus tidur penat.
Bangun segar je... bila plateau, tu tanda badan dah dalam mode biasa dengan aktiviti tersebut. Kita kena twist sikit je, ubah-ubah dan aktifkan diri.
Hasil pencapaian penurunan berat badan Juju (April 2021 hingga April 2022)Loss = 29.75 kg 💪
Yahhh! Hampir 30 kg di tarah. 

30 kg ⚡Siapa sangka, 30 kg di tarah dengan pelbagai ranjaunya. Semua dari sokongan padu suami dan anak serta rakan-rakan macam kalian yang selalu follow juju di Fb & IG membuat juju tak henti berjuang.
Masih kategori Obese IIBerat terkini 85.25 kg, berat pagi tadi timbang setelah masuk Ramadan hari ke-5. Ya masih obese ya, nak masuk kategori overweight kena berat bawah 80 kilogram. 
Kalau aku boleh, korang lagi boleh! Buktikan. 
Aku nak kongsikan dekat korang beberapa menu yang aku amal bawa ke pejabat dan makan di rumah. Here we go! Semoga beri anda semangat untuk teruskan budaya sihat di mana sahaja kita berada okey.Ubi keledek bakar air fryer - snacking
Porch eggs tabur chiaseeds - lunch
Porch egg sandwich bersama roti wholegrains 100%, sos cili & light kewpie letak satu sudu kecil sahaja - lunch
Sanwich tuna salad, epal dan telur rebus - lunch
Meal prep pejabat, ikan bakar kunyit, nasi goreng cina suku dan tempe pedas satu sudu besar - lunch 
Chicken wraps salad - hi tea
Ikan tongkol bakar sekeping, air asam, sayur timun dan salad - dinner
Ikan bawal bakar, sambal penyet, salad dan air masak - dinner
Makan kat luar? Boleh, ambil portion. Nasi suku, ulaman dan menu bakar sebaiknya. 
Yang buat kenaikan berat mendadak sebab kita setiap hari makan menu bergoreng dan sangat kerap pengambilan jenis bergoreng dan berminyak. 
Cuba twist sedikit sesekali ke menu jenis stim, rebus, bakar mahupun sayuran jenis ulaman yang tak perlu guna minyak untuk mengoreng. 
Sebenarnya, sedap!Kalau kita tau cara penyediaan menu sihat, latih tangan untuk tulis di jadual, automatik tangan kita sendiri akan kemudi untuk merancang menu masuk ke badan. 
If you really want to do something, you'll find a way, but if you don't, you'll find an excuse.
Alhamdulilah, 30kg berjaya di tawan. InsyaAllah, sampai sekarang masih amal apa yang juju buat. Misi nak masuk zon 70 akan datang, insyaAllah.
Tahun kedua, here we go, lets fighthing guys, you can do it, come on!
Akan datang, juju nak kongsikan lagu dari radio mana yang aku saban hari dengar yang membuatkan kita semangat nak workout, boleh naikkan kelenjar adrenalin tau. Tak payah download dalam MP3 pun. 
Akan datang juju kongsi lagi ya. Terima kasih setia baca sampai habis. Anda memang daboommm! 💋💪-------------------------------------#Entry Aku Kisah Berat Badan yang lain klik 👉SINI 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/04/genap-setahun-perjalanan-aku-kisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahnya Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

Mudahnya Turunkan Berat Badan Tanpa Bersenam

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 177 hits
NAK KURUS ONLINE HANYA DARI RUMAH FORMULA BAHARU KURUS TANPA BERSENAM HANYA DENGAN MENGAMALKAN PRODUK AJAIB INI ADAKAH ANDA ADA MASALAH SEPERTI BERIKUT TESTIMONI PENGGUNABAGAIMANA CARA KAMI BOLEH TURUNKAN BERAT BADAN TANPA PERLU SUSAH PAYAH...
Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 153 hits
Demi memastikan anak sentiasa naik berat badannya ada ibu yang mahu menggunakan beras special untuk anak seperti beras perang beras basmathi tidak kurang juga beras Sumo yang begitu popular di kalangan mak mak Soalnya perlu ke tukar beras M...
Wanita Gigih Beri Kisah Inspirasi Berjaya Menamatkan Pendakian Gunung Kinabalu

Wanita Gigih Beri Kisah Inspirasi Berjaya Menamatkan Pendakian Gunung Kinabalu

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 180 hits
Selepas menamatkan pendakiannya Jamuna berkata bahawa dia seorang yang berubah dan mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap cabaran dan tugas yang bakal tiba Gambar melalui Facebook JamunaKarmehen Wanita gigih menyelesaikan pendakian...
Berat Badan Saya Tambah 15kg Kim Minkyu Ulas Persiapan Watak Dalam A Business Proposal

Berat Badan Saya Tambah 15kg Kim Minkyu Ulas Persiapan Watak Dalam A Business Proposal

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 207 hits
Kim Min kyu ialah salah seorang pelakon yang sedang menjadi bualan peminat K Drama kini Berkat penampilannya dalam A Business Proposal yang telah meraih perhatian ramai nampaknya yang sedang menantikan drama Kim Min kyu yang seterusnya Baru...
Kisah Perjalanan Cinta Brooklyn Beckham Dan Nicola Peltz

Kisah Perjalanan Cinta Brooklyn Beckham Dan Nicola Peltz

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 147 hits
Hubungan Brooklyn dan Nicola pertama kali terungkap ke publik saat keduanya kedapatan menghadiri pesta Halloween Leonardo DiCaprio tahun 2019
Stress Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Ketahui Cara Efektif Dapatkan Berat Badan Ideal Selepas Bersalin

Stress Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Ketahui Cara Efektif Dapatkan Berat Badan Ideal Selepas Bersalin

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 187 hits
Setiap ibu pasti mengidamkan perut yang kempis dan langsing Cubalah 11 cara di rumah ini yang berkesan untuk kuruskan badan selepas bersalin Pasti ibu akan terfikir bagaimana cara untuk kuruskan badan selepas bersalin Kurus selepas bersalin...
Ucapan Selebihnya Saya Bisik Di Telinga Suami Genap Setahun Berkahwin Indah Titip Kata Suami Isteri Neelofa Pu Riz

Ucapan Selebihnya Saya Bisik Di Telinga Suami Genap Setahun Berkahwin Indah Titip Kata Suami Isteri Neelofa Pu Riz

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 392 hits
Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan pertama pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz meraikan hari bermakna itu dengan makan malam bersama Terlihat sederhana tetapi romantis momen berkenaan dikongsikan Neelofa di Insta ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini