Stress Berat Naik Mendadak Ketika Hamil Ketahui Cara Efektif Dapatkan Berat Badan Ideal Selepas Bersalin






Setiap ibu pasti mengidamkan perut yang kempis dan langsing. Cubalah 11 cara di rumah ini yang berkesan untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Pasti ibu akan terfikir bagaimana cara untuk kuruskan badan selepas bersalin? Kurus selepas bersalin dan mendapatkan bentuk badan yang ramping pasti menjadi idaman ibu-ibu.
Berat badan ibu naik semasa mengandung itu adalah satu perkara normal tetapi sangat membimbangkan jika berat naik secara mendadak. Penerangan lanjut daripada Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Obsetetrik & Ginekologi dari Columbia Asia Hospital Seremban.
“Kenaikan berat badan ketika hamil secara purata adalah 12 kilogram sepanjang kehamilan. Bagi wanita yang BMI 18.5 atau kurang, anda boleh mengalami kenaikan berat badan sebanyak 20kg sepanjang kehamilan. Untuk wanita yang mengalami obesiti, BMI lebih dari 30.00 anda hanya boleh naik berat badan sebanyak 5kg sepanjang kehamilan”. 
Nota: BMI    < 18.5      : terlalu kurus
18.5 – 24.9  : sihat
25 – 29.9     : berlebihan
30 ke atas   : obesiti

11 petua kurus selepas bersalin
Walaupun ibu kehilangan berat badan yang banyak selepas bersalin, tapi masih ada lemak-lemak dan kulit di bahagian perut. Tapi jangan risau! Ikuti petua semulajadi untuk kuruskan badan selepas bersalin yang berkesan.
Jom cuba!
 #1 BengkungSatu cara yang sangat berkesan untuk kuruskan badan selepas bersalin dan mengempiskan perut  dengan mengamalkan bengkung selama beberapa jam pada waktu pagi.
Di negara ini, kita sudah biasa mendengar ibu-ibu berurut dan memakai bengkung semasa pantang. Sebenarnya bengkung tradisional orang Melayu sangat berkesan!
Tapi ibu-ibu yang  melahirkan anak melalui pembedahan tidak digalakkan untuk mengguna bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4 – 6 minggu.
Sebaliknya, anda digalakkan untuk memakai bengkung moden yang diberi kerana ia akan memberi sokongan kepada otot perut yang sudah kendur.
Pastikan ia digunakan dengan betul dan ketat. Jika anda bimbang tentang luka perut, gunakan sekeping tuala wanita yang bersih dan alaskan kawasan luka sebelum memakai bengkung moden itu.
#2 Madu dengan lemonIni adalah cara yang mudah untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Campur segelas air suam dengan jus lemon segar dan setengah sudu teh madu. Minum dengan perut kosong atau sebelum makan.
Jika boleh, minum air campuran ini sebaik saja bangun dari tidur, kemudian jangan minum apa-apa selama setengah jam.
Anda juga boleh tambahkan beberapa keping daun pudina atau hirisan timun kemudian biarkan di dalam peti sejuk semalaman. 
Tips untuk ibu menyusu: guna daun pudina dengan sederhana kerana ia boleh mengurangkan bekalan susu badan jika diambil secara berlebihan.
#3 Losyen/krimMemang banyak losyen di pasaran yang memberi janji untuk kuruskan badan selepas bersalin.
Jika anda ibu menyusu, semak dulu kandungan dalam krim itu untuk memastikan ia selamat dan tidak akan beri kesan pada ibu atau bayi. 
Cuba cari losyen yang ada Kollagen, Vitamins A, C dan E. Mengurut losyen dengan kandungan vitamin ini bukan hanya akan meningkatkan aliran darah, malah ia juga boleh mengetatkan perut anda!
#4 Teh HijauKredit: Unsplash
Tahukah anda secawan teh hijau boleh menolong membakar lemak perut dan kuruskan badan selepas bersalin?
Selain itu, teh hijau juga kaya dengan antioksidan! Ia juga mengandungi kafein, jadi ibu-ibu menyusu kena minum secara sederhana ya?
Pastikan anda minum teh hijau kosong – tanpa gula. Kalau tidak tak kurus pulak nanti!
#5 EpalEpal boleh menghilangkan lemak perut. Epal mengandungi pektin yang membantu membakar lemak perut.
Sama seperti teh hijau, epal kaya dengan antioksidan dan boleh menghalang pengumpulan lemak yang berlebihan.
#6 Diet yang seimbang Makan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein yang sihat. Kurangkan pengambilan garam dan gula sebanyak mungkin. Elakkan minuman bergas dan minuman berkarbonat lain.
Buah-buahan dan sayuran seperti betik, mangga, grapefruit, brokoli, dan kale boleh membantu kuruskan badan selepas bersalin.
Biarpun anda bertekad untuk kurus kerana ingin kuruskan badan selepas bersalin, jangan tak makan ya? Makanan adalah sangat penting untuk pemulihan anda, lebih-lebih lagi jika anda ibu menyusu.
#7 Bersenam!Ibu digalakkan untuk bersenam, tapi jangan terus lakukan senaman tiba-tiba atau apa sahaja senaman yang terlalu high impact nanti rahim anda terkeluar pula!
Mula dengan senaman ringan yang boleh membina ketahanan badan seperti berjalan, berenang ataupun menunggang basikal.
Beri tumpuan kepada senaman kardio untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan secara menyeluruh. Untuk perut yang kempis lakukan senaman crunches dan planking. 
#8 Jangan diet ekstremJangan berdiet kerana ini hanya akan menyebabkan anda rasa lemah dan metabolisma badan boleh jatuh.
Kadar metabolisma seorang ibu masih sangat tinggi buat masa ini lebih-lebih lagi kalau ibu itu menyusu.
Cuba makan dengan lebih banyak pada waktu pagi dan ingat, apabila anda makan dengan baik badan anda akan membakar lemak dengan lebih berkesan. 
#9 Menyusu
Badan ibu yang menyusu membakar sebanyak 500 kalori sehari. Menyusu juga boleh membantu rahim untuk mengecut ke saiz biasa dan menampakkan perut yang lebih kempis.#10 Minum airMurah, baik untuk anda dan sangat berkesan, air boleh menolong mengeluarkan toksin dari badan dan mengempiskan perut.
 #11 Daun kari dan bawang putih Tahukah anda daun kari bagus untuk detox sambil menolong kuruskan badan selepas bersalin dengan membakar lemak?
Bawang putih juga boleh kempiskan perut selepas bersalin. Kunyahkan beberapa bawang putih mentah kemudian minum air limau. Tetapi tidak semua ibu dapat tahan rasanya! 

Jenis-jenis senaman mudah untuk bantu kempiskan perut selepas bersalin
Selepas bersalin sudah tentu Ibu mahukan bentuk badan yang cantik seperti dahulu. Ikuti tips dan senaman ringkas yang Ibu bantu kempiskan perut selepas bersalin yang  boleh amalkan di rumah.
#1. Kayuhan basikalSenaman ini boleh dilakukan tanpa basikal. Hanya perlu baring di kawasan yang rata. Letak tangan dibawah kepala. Naikkan kaki ke atas dan buat pergerakan seperti sedang mengayuh basikal.
Nota: Pastikan buat dengan cara yang betul, baring di tempat yang rata. Bayangkan anda sedang mengayuh basikal di luar.
#2. SquatsMampu mengecilkan peha anda. Caranya, buka kaki kiri kanan supaya selari dengan bahu. Turunkan sedikit punggung seperti sedang duduk di atas kerusi. Angkat tangan kiri kanan anda ke hadapan untuk stabilkan diri. Bangun, dan ulang semula sebanyak yang mampu.
#3. Push upPastikan baring di kawasan yang rata. Angkat kaki lurus ke atas. Letak dua tangan di belakang kepala angkat perlahan badan.
Nota: Bagi yang baru mencuba, cuba luruskan kaki anda pada dinding untuk lebih mudah.
#4. Gym ballGym ball juga boleh digunakan untuk kempiskan perut selepas bersalin. Baring diatas gym ball, pastikan kaki di atas lantai. Gerakkan badan ke depan dan ke belakang.
#5. Ab RollerSelain itu, anda boleh gunakan Ab Roller untuk mengempiskan perut. Caranya, duduk diatas mesin dan pegang pemeganganya. Tegankan otot perut sambil menggelungsur ke hadapan.

Makanan yang sesuai kempiskan perut selepas bersalin
Senaman untuk kuruskan badan adalah sangat penting. Pemakanan secara sihat juga penting untuk mendapatkan tubuh badan yang baik.
Contoh pemakanan yang sesuai untuk kurus selepas bersalin, kempiskan perut dan tidak memudaratkan:
Yogurt asliYogurt asli boleh menurunkan berat badan. Yogurt merupakan snek yang sihat dan rendah kalori. Yogurt mengandungi kalsium dan vitamin D yang membuatkan anda berasa kenyang di samping membantu mengelakkan ingin mengambil makanan ringan.
 TelurTelur juga antara makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi. Dalam kuning telur terdapat nutrien yang diperlukan oleh badan. Telur boleh membakar lemak dalam badan dan membantu untuk kuruskan badan.
 KurmaSeperti yang kita tahu, kurma adalah makanan sunnah namun ia juga merupakan makanan yang sesuai dimakan ketika diet. Kurma merupakan makanan yang rendah kandungan gula. Ia sesuai untuk dimakan pada setiap pagi atau dijadikan jus.
OatOat mempunyai fiber yang tinggi, membuat anda akan berasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Sangat sesuai jika anda mengantikan nasi kepada oat kerana ia mampu mengurangkan lemak terutama di bahagian perut anda.
Kobis bungaKobis bunga kaya dengan fitonutrien yang menghalang pertumbuhan sel kanser. Ia juga merupakan sumber vitamin C yang baik.
Teh hijauTeh hijau kaya dengan antioksida ECGC yang dapat meningkatkan tahap metabolisma badan. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan pembakaran lemak yang berlebihan dalam otak.S
Air kosongMinum air kosong 1 hingga 2 liter sehari. Air kosong membantu meningkatkan kesihatan badan .
Warning: Kurangkan minuman bergula dan air berkarbonat




Adakah menyusu membantu kempiskan perut selepas bersalin ?
Selain memberi nutrisi kepada bayi, penyusu badan dapat mengurangkan berat badan ibu selepas bersalin. Hal ini terbukti, ramai ibu-ibu berpendapat bahawa menyusu badan dapat membantu ibu kurus selepas bersalin dengan lebih cepat.
Namun begitu, tidak dinafikan juga menyusu badan dapat dapat menambah berat. Ibu yang menyusu badan sebanyak 425 hingga 700 kalori terbakar. Lagi banyak si manja anak menyusu lagi banyak kalori anda terbakar.
Selamat mencuba!


Kredit : theasianparent 
 Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/stress-berat-naik-mendadak-ketika-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

Kena Tukar Beras Ke Nak Naik Berat Badan Anak Tak Perlu Pun Beras Special

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 160 hits
Demi memastikan anak sentiasa naik berat badannya ada ibu yang mahu menggunakan beras special untuk anak seperti beras perang beras basmathi tidak kurang juga beras Sumo yang begitu popular di kalangan mak mak Soalnya perlu ke tukar beras M...
Chef Ammar Naik Angin Pelanggan Marah Staff Beri Ibu Hamil Potong Quenue

Chef Ammar Naik Angin Pelanggan Marah Staff Beri Ibu Hamil Potong Quenue

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 161 hits
Setiap hari pasti ada sahaja kisah menganai Chef Ammar tapi bukalah kisah yang buruk mungkin disebabkan makin dikenali membuatkan ramai ingin berkongsi mengenai perkara tersebut Setiap hari semakin ramai orang yang sanggup beratur berjam ja...
Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak

Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 202 hits
Ibu Hamil Dan Ibu Menyusu Badan Boleh Berpuasa Ke Tak Ibu hamil dan ibu menyusu badan boleh berpuasa ke tak Ni antara soalan yang KakYa selalu nampak orang tanya bila masuknya bulan Ramadhan Bulan Ramadhan jer memang ramai yang akan tanya s...
Tubvh Badan Dipuji Ketika Tukar Baju Di Set Penggambaran Fikry Ibrahim Tak Selesa Anggap Terima Gangguan Seksval

Tubvh Badan Dipuji Ketika Tukar Baju Di Set Penggambaran Fikry Ibrahim Tak Selesa Anggap Terima Gangguan Seksval

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 320 hits
PELAKON Fikry Ibrahim mengaku tidak selesa jika menerima pujian berkaitan tubvh badannya Agak sensitif dengan perkara itu Fikri atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim 28 menyifatkan tindakan itu sebagai satu gangguan seksval Pernah ...
Makanan Kafe Ipt Naik Mendadak Kumpulan Pelajar Gesa Kerajaan Campur Tangan

Makanan Kafe Ipt Naik Mendadak Kumpulan Pelajar Gesa Kerajaan Campur Tangan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 166 hits
Tinjauan kumpulan pelajar mendapati majoriti mahasiswa di institusi pengajian tinggi terkesan disebabkan kenaikan harga makanan PETALING JAYA Satu kumpulan pelajar mencadangkan agar kerajaan memberikan subsidi kepada pengusaha kafe di unive...
Ini Cara Dapat Duit Semula Selepas Membeli Belah

Ini Cara Dapat Duit Semula Selepas Membeli Belah

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 215 hits
Kita masih di fasa pandemic di mana masih perlu mengamalkan norma baharu masih perlu ikut SOP dan masih di galakkan untuk menghadkan atau mengawal pergerakkan untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan covid Di tambah lagi virus bermutasi...
Kena Cerai Selepas Muat Naik Video Suami Cuci Pinggan

Kena Cerai Selepas Muat Naik Video Suami Cuci Pinggan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 169 hits
Gambar Hiasan DAMASCUS SYRIA Seorang lelaki Syria didakwa menceraikan isterinya selepas wanita itu merakam perbuatannya yang sedang mencuci pinggan dan memuat naik ke laman TikTok lapor Gulf News Menurut laporan media tempatan rakaman video...
Anzalna Nasir Umum S4rat Hamil Anak Kedua Bakal Bersalin Aidilfitri Nanti

Anzalna Nasir Umum S4rat Hamil Anak Kedua Bakal Bersalin Aidilfitri Nanti

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 176 hits
Pelakon cantik dan berbakat besar Anzalna Nasir ini tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air apabila dia mula dikenali melalui rancangan realiti Dewi Remaja 2011 Sejak berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya dan bersalin anak pertama iai...
Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

Cara Isi Masa Lapang Ketika Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 184 hits
Masa PKP nih kadangkala boleh jadi bosan juga lama terperap dekat rumah Nak keluar pun bukannya boleh berjalan jauh sebab sempadan daerah pun ditutup Jadi layan cerita baru dekat Netflix ke ataupun main online game Saya ni sejenis tak suka ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord