Genap 24 Minggu Adik Lahir Terima Kasih Kuat Untuk Mummy Walaupun Tak Lama


“Dah sehabis baik mummy jaga kandungan kali ini, namun Allah juga lebih mengetahuinya. Mummy reda sayang..” Walaupun dah hampir sebulan pemergian anak syurga ketika usia kandungan 24 minggu, Puan Shahirah Ruslan akui masih sukar untuk lupakan segala kenangan ini.
Menerusi perkongsiannya di Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia, pemergian cahaya mata keduanya iaitu Nur Aufa Eryna Binti Muhammad Akmal Faris selepas dilahirkan ketika kandungan cukup-cukup 6 bulan memang tak disangka sama sekali.

Rasa sakit perut, air ketuban pecah
4 Februari mummy dah rasa perut tak sedap, nak bangun tapi tak berani. Bila papa sampai rumah dan mummy berdiri terus air ketuban pecah. Banyak sangat air keluar sampai boleh kata banjir juga la ruang tamu.
Papa telefon ambulans cakap isteri leaking. Mummy gerak ke hospital naik ambulans dengan sakit contraction 2/10. Sampai sahaja hospital terus masuk dewan bersalin. Jalan dah buka 4cm tapi mummy dah tak rasa sakit.
Mummy duduk dalam dewan bersalin dari pukul 2 sampai 6 petang. Mummy tetap tak ada rasa contraction dan tanda-tanda nak bersalin. Pukul 6 doktor pindah dari dewan bersalin ke wad biasa untuk pemerhatian. Bermulalah mummy kena cucuk antibiotik dengan dexa. Dexa mummy sempat dapat dua dose sahaja untuk adik.

Dah rasa kaki baby dekat laluan
6 Februari, pagi tu mummy rasa sakit bawah perut. Rasa macam ada gerak-gerak dekat laluan mummy tu. Mummy panggil doktor, doktor kata dah 5cm dekat 6cm. Dah rasa kaki bayi dekat laluan tu. Allahukbar nasib mummy tak bangun pergi kencing. Kalau tak mesti adik jatuh dah.
Pukul 8 pagi mummy ditolak masuk ke dewan bersalin dan naik terus atas katil sebab memang tak boleh nak bangun apa. Mummy sakit dan kaki baby pun dah keluar dari laluan. Mummy teran banyak kali sampai adik keluar.
Masa lahir baby tak menangis tetapi buka mata 
Kongsi Shahirah lagi, dia sedar semasa anak perempuannya itu dilahirkan, bayi tersebut tidak menangis dan hanya bergerak. Tambahnya, anaknya juga turut membuka mata. Berat bayi ketika lahir hanya 580 gram sahaja dan dia melahirkan bayi tersebut tepat 24 minggu.

“Allahuakbar, kecilnya kamu sayang”
Pukul 8.15 adik dilahirkan. Doktor tarik uri tapi tali pusat terputus dan tertinggal dekat dalam. Doktor korek untuk keluarkan uri dan masa ini mummy sangat sakit. Lepastu doktor cakap puan kami bagi ubat tidur dulu sebab kami nak keluarkan uri yang tersangkut dekat dalam. Yang mummy ingat doktor suruh tanda tangan surat sebelum mummy tak ingat apa dah.
Sedar-sedar, mummy sudah di atas katik wad biasa dengan jarum kiri kanan. Pada pukul 9 malam, papa datang dekat mummy. Kebetulan doktor nicu telefon dan beritahu papa dan mummy boleh tengok adik. Papa terus pergi ambil kerusi roda dan bawa mummy naik atas. Allahuakhbar kecilnya kamu sayang. Mummy sampai dekat awak, awak tengah buka mata. Good girl anak mummy papa sorang ni.

Papa sempat iqamat
Semasa berada di nicu, Shahirah memberitahu bahawa suaminya sempat iqamat kan anak mereka dan doktor masih belum memberitahu lagi mengenai anak syurganya itu. Keesokan harinya, dia diberitahu bahawa sudah boleh pulang ke rumah. Namun, sebagai seorang ibu dia berasa risau untuk meninggalkan anak syurganya itu. Lebih-lebih lagi, anak kecil itu sedang bertarung nyawa di nicu.
Buah pinggang rosak
Ujarnya lagi, sebelum pulang ke rumah, doktor telah meminta untuk berjumpa dengan mereka berdua. Pada waktu itu, doktor telah memaklumkan bahawa buah pinggang anak mereka telah rosak. Manakala, keadaan jantung dan paru-paru masih lagi baik. Jelas doktor lagi, mereka tidak tahu berapa lama bayi tersebut mampu bertahan.

“Doktor beritahu, jantung adik terhenti”
Selepas berjumpa dengan doktor, mummy dan papa pulang ke rumah. Pada waktu 10.30 malam pula, doktor memberitahu bahawa adik sudah tenat. Papa dan mummy terus ke hospital. Doktor cakap jantung adik terhenti masa Maghrib tadi. Doktor dah buat CPR dan adik kembali macam biasa. Malam itu mummy duduk di hospital. Doktor cakap walau apa jua yang jadi mummy dan papa kena terima dengan redha. Masa ni mummy dah tak keruan. Tapi mummy tengok adik macam tengah sakit dan adik bernafas ada keluar darah-darah dekat wayar pernafasan masa tu. Tak sanggup mummy tengok adik sakit.
Mummy cakap dekat doktor andai kata terjadi sekali lagi jantung adik terhenti, doktor janganlah buat cpr. Sebab memamng mummy tak sanggup tengok tubuh anak mummy sebesar botol air mineral itu ditekan-tekan di dada untuk buat cpr. Cukuplah sekali itu sahaja.

Hilang segala kesakitan adik, pergilah mummy reda
Pada 8 Februari, Shahirah memberitahu bahawa anaknya sudah berada dalam keadaan yang sangat teruk dan tenat. Doktor telah memberikan oksigen ventilator kepada anaknya. Namun, keadaan pendarahan dalam otak anaknya sudah berada di tahap yang ketiga.
Pukul 3 petang macam itu, mummy perasan jururawat masukkan buku pink, pampers dalam plastik. Mummy rasa tak sedap hati. Berat jari kaki mummy nak melangkah masuk ke dalam. Masa jururawat suruh mummy duduk, mummy nampak mereka dah balut adik dengan kain putih. Allahuakhbar, mummy lambat sampai dekat adik. Adik hembuskan nafas sebelum mummy sempat jumpa adik. Maafkan mummy.
Alhamdulillah urusan pengebumian anak syurga mummy telah dipermudahkan. Sebelum itu, mummy pegang adik, cium adik puas-puas sebab itulah kali pertama dan terakhir mummy boleh pegang adik..Terima kasih sayang kuat untuk mummy sampai adik hembuskan nafas terakhir.
**Dapatkan kelengkapan anak pada harga istimewa, klik sini
Kredit: Shahirah Ruslan & Kelab Ibu Hamil & Bersalin
ARTIKEL MENARIK [Bagi Yang Masih Menanti & ‘Plan’ Tambah Anak, Dr Hamid Kongsi Cara Mudah Hamil]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Beri Nama Anak, Bukan Sedap Sebut. Tengok Maknanya Kerana Itu Dianggap Satu Doa]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Genap 24 Minggu Adik Lahir. Terima Kasih Kuat Untuk Mummy Walaupun Tak Lama”  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/genap-24-minggu-adik-lahir-terima-kasih-kuat-untuk-mummy-walaupun-tak-lama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Lahir Beratnya Ibarat Sekilo Gula Czer Usia 32 Minggu Adriana Sihat Membesar

Masa Lahir Beratnya Ibarat Sekilo Gula Czer Usia 32 Minggu Adriana Sihat Membesar

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 319 hits
Mengandung dan melahirkan anak adalah fasa yang bukan mudah buat seorang wanita Namun dalam tempoh ini demi zuriat yang dikandung semua itu dilalui dengan penuh ketabahan demi memastikan semuanya selamat Sepanjang mengandung juga risiko pen...
Terima Kasih Ide Mengeluarkan Data Tentang Mood Rakyat

Terima Kasih Ide Mengeluarkan Data Tentang Mood Rakyat

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 204 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFTerima Kasih IDE kerana menerbitkan survei mood rakyat untuk pasca 1 tahun kerajaan PN Hasil survey ini tidak mengejutkan saya sebab dari dulu lagi saya sudah jangka ia akan berlaku PRN Sabah dan dwi standard SOP ada...
Mula Mula Geli Lama Lama Anak Makin Seronok Main Messy Play Rangsang Otak Imun Pun Makin Kuat

Mula Mula Geli Lama Lama Anak Makin Seronok Main Messy Play Rangsang Otak Imun Pun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 333 hits
Bila melarang anak biarlah berpada pada Melarang anak bermain kotor tidak ada salahnya Akan tetapi jika cubaan yang dibuat oleh anak kecil kita ada kebaikan dan mampu merangsang motornya apa salahnya kan Anak sebenarnya makin kreatif bila o...
Kepala Hotak Kau Luah Kasih Sayang Camtu Tu Kau Ajar Dia Jadi Kunyit Polis Buru Founder Cium Bibir Adik Angkat

Kepala Hotak Kau Luah Kasih Sayang Camtu Tu Kau Ajar Dia Jadi Kunyit Polis Buru Founder Cium Bibir Adik Angkat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 1983 hits
The ReporterPolis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak kanak lelaki Ketua Penolong Pengarah B...
Inisiatif Prihatin Bantu Murid B40 Untuk Terus Belajar Tanpa Masalah Terima Kasih Lotus S Malaysia

Inisiatif Prihatin Bantu Murid B40 Untuk Terus Belajar Tanpa Masalah Terima Kasih Lotus S Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 273 hits
Dalam keadaan mendesak untuk belajar dari rumah ada golongan yang menghadapi masalah untuk menyediakan kelengkapan terbaik buat anak anak mereka Golongan B40 misalnya mempunyai kesukaran untuk memastikan anak anak untuk terus belajar dengan...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 240 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Rindu Tiada Penghujungnya Genap Setahun Abi Pergi Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya

Rindu Tiada Penghujungnya Genap Setahun Abi Pergi Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 330 hits
Ibarat hilang kekuatan saat dapat tahu suami dijemput ilahi dalam keadaan anak anak yang masih kecil dan belum mengerti apa apa Namun siapa kita untuk menidakkan qada dan qadar Allah SWT Walaupun hati ini cukup sedih apabila diberitahusuami...
Adun Amanah Lompat Parti Salahuddin Patut Berterima Kasih Kepada Pkr

Adun Amanah Lompat Parti Salahuddin Patut Berterima Kasih Kepada Pkr

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 286 hits
Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub disifatkan sebagai keliru antara rakan dan musuh berhubung penyertaan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Amanah di Johor ke dalam Parti Keadlilah Rakyat Setiausaha AMK Malaysia Syukri Ra...
Kasih Manusia Dan Kucing Berpisah Tiada Bertemu Selepas Hilang Selama 15 Tahun

Kasih Manusia Dan Kucing Berpisah Tiada Bertemu Selepas Hilang Selama 15 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 341 hits
LOS ANGELES PEMINAT kucing tentunya sukar untuk menggambarkan dengan kata kata apabila kucing tersayang yang hilang sejak kira kira 15 tahun lalu kembali bersatu dengan tuannya Itulah yang terjadi pada seekor kucing dari jenis tabby bernama...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord