Gempar Pas Mula Pertikai Penang Beli Sebuah Kereta Mercedes



Bob Kelanang


Adun Penaga, YB Yusni Mat Piah semalam mendakwa beliau terkejut apabila membaca laporan berita mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membeli kereta baharu untuk kegunaan Ketua Menteri yang dikatakan bernilai RM458,122.78. Model kereta baharu yang dimaksudkan adalah Mercedes S560e menurut lidah rasmi Pas, Harakah Daily.


Yusni Mat Piah juga mempertikaikan tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli kereta baharu ketika rakyat sedang berhadapan dengan penularan pandemic COVID-19.


Beliau juga menyatakan bahawa, nilai tersebut boleh membeli bakul makanan bernilai RM50 kepada 9,162 buah keluarga di Pulau Pinang.


Sikap kerajaan Pulau Pinang juga dikatakan berbeza dengan sikap Perdana Menteri dan kerajaan PN yang dikatakan lebih mengutamakan rakyat dan golongan yang memerlukan.


Mungkin Adun Penaga itu terlupa atau sengaja tidak mahu bercakap benar kepada rakyat dan cuba memusingkan fakta yang berlaku sebenarnya.


Pada Januari 2020 tahun lalu kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas telah berbelanja mewah dengan membeli 14 buah kereta Mercedes Benz bukan sebuah seperti kerajaan Pulau Pinang.


14 buah Mercedes yang dibeli oleh kerajaan Kelantan pada awal tahun lalu dianggarkan bernilai hampir RM700,000 sebuah seperti yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 16 Januari 2020. Jika harga RM700,000 sebuah, kerajaan Kelantan telah membelanjakan RM9.8 juta untuk membeli kereta mewah tersebut.


Namun, Dewan Pemuda Pas Pusat pada 1 Februari 2020 telah menyatakan bahawa hanya RM3.5 juta sahaja digunakan untuk membeli 14 buah kereta mewah tersebut.


Sejauh mana keprihatinan kerajaan Kelantan, negeri TERMISKIN di Semenanjung berbelanja mewah membeli 14 buah kereta dengan harga RM3.5 juta. Nilai tersebut sepatutnya boleh membeli bakul makanan RM50 kepada 70,000 keluarga miskin di Kelantan.


Terbukti Pas jauh lebih tidak prihatin kepada rakyat di Kelantan. Malah sanggup menaikkan gaji setiap ADUN di saat rakyat Kelantan terus merana dengan pelbagai masalah yang tidak berkesudahan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/gempar-pas-mula-pertikai-penang-beli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Km Pulau Pinang Minta Maaf Beli Kereta Mercedes Ketika Covid 19

Km Pulau Pinang Minta Maaf Beli Kereta Mercedes Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 234 hits
Penang Chief Minister Chow Kon Yeow alights from the brand new Mercedes Benz S560e at Wisma DAP in George Town January 7 2021 Foto oleh Sayuti ZainudinGEORGE TOWN 10 Jan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini memohon maaf kepada ...
Dulu Kutuk Pas Kelantan Beli Mercedes Syed Saddiq Selar Kerajaan P Pinang

Dulu Kutuk Pas Kelantan Beli Mercedes Syed Saddiq Selar Kerajaan P Pinang

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 670 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan kerajaan Pulau Pinang membeli Mercedes Benz baru untuk dijadikan kereta rasmi Ketua Menterinya Chow Kon Yeow Walaupun kerajaan negeri pimpinan DAP itu mendakwa...
Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini

Wajarkah Pulau Pinang Beli Mercedes S560e Diketika Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 514 hits
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang dilaporkan berkata pembelian Mercedes S560e itu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 29 Nov 2019 Katanya Mercedes S560e itu yang dibeli pada 31 Dis 2020 berharga RM458 122 7...
Pembelian Kereta Mercedes S560e Ketua Menteri Pulau Pinang Sedia Terima Pandangan Pelbagai Pihak

Pembelian Kereta Mercedes S560e Ketua Menteri Pulau Pinang Sedia Terima Pandangan Pelbagai Pihak

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 317 hits
Ketua Menteri Y A B Tuan Chow Kon Yeow sedia menerima semua pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak berhubung pembelian kereta rasmi baharu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru baru ini Kon Yeow berkata beliau sedia bertanggungjawa...
Harga Kereta Rasmi Km Pp Boleh Beli Makanan Untuk 9 162 Keluarga

Harga Kereta Rasmi Km Pp Boleh Beli Makanan Untuk 9 162 Keluarga

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 326 hits
HARGA Mercedes S560e untuk kegunaan Ketua Menteri yang berharga RM458 122 78 boleh digunakan untuk membekalkan bakul makanan bernilai RM50 kepada 9 162 buah keluarga di seluruh Pulau Pinang Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga dari Pas Yusni M...
Ketua Menteri P Pinang Beli Kereta Mewah Ketika Pandemik Adalah Keterlaluan

Ketua Menteri P Pinang Beli Kereta Mewah Ketika Pandemik Adalah Keterlaluan

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 318 hits
Seorang ahli ekonomi menyifatkan pembelian kereta mewah baharu bernilai RM458 000 untuk ketua menteri oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai keterlaluan dan tidak perlu ketika negara dihimpit wabak Covid 19 Ramon Navaratnam terkejut apabila men...
Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

Tiga Tahun Bantu Isteri Berniaga Tajul Beli Kereta Bmw Demi Keselesaan Keluarga

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 836 hits
Rezeki itu milik Allah Buat sesiapa yang berusaha Allah pasti memberi rezeki melimpah ruah kepada empunya diri berkenaan Begitulah apa yang dilalui oleh seorang penyanyi lelaki ini Setelah sekian lama menyepi dari dunia nyanyian penyanyi Ta...
Yoursay Penang Cm S New Mercedes A Case Of Bad Optics

Yoursay Penang Cm S New Mercedes A Case Of Bad Optics

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 155 hits
YOURSAY Nobody is demanding DAP dress in rags but expensive garments are uncalled for right now Vijay47 This is unbelievable DAP has always presented itself as a humble party dedicated to the service of the people without indulging in obsce...
Beli 1 Mercedes Minta Maaf Beli 14 Mercedes Banyak Pula Dalil

Beli 1 Mercedes Minta Maaf Beli 14 Mercedes Banyak Pula Dalil

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 292 hits
MALAYSIA DATELINEKetua Menteri Chow Kon Yeow disifatkan mempunyai sikap terbuka dan berlapang dada apabila mengakui tindakannya membeli kereta rasmi yang dikatakan tidak kena pada masa Dalam masa yang sama beliau secara terbuka meminta maaf...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


3 Tahun Simpan Rahsia Awie Dedah Pernah Hidap Kanser

Simbah Air Panas Pada Pemuda Oku Tindakan Wanita Ini Diselar Netizen

Cara Perapan Ayam Bakar Lada Hitam Sesuai Untuk Ibu Berpantang

Lt Adnan Wira Pertempuran Pasir Panjang

Sukar Cukupkan Bergambar 16 Beradik

Asal Perkataan Cikgu