Gempa Bumi Segamat 15 Bangunan Kerajaan Rosak Baik Pulih Setengah Juta


Gempa Bumi Segamat: 15 Bangunan Kerajaan Rosak, Baik Pulih Setengah Juta
SEGAMAT, 8 Sept (Bernama) — Sebanyak 15 bangunan kerajaan dikenal pasti mengalami kerosakan kecil dengan anggaran kos baik pulih berjumlah RM550,000, susulan gempa bumi lemah yang melanda daerah itu bermula 24 hingga 30 Ogos lepas.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata laporan itu hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat setakat 3 Sept lepas ke atas bangunan melibatkan Hospital Segamat, Klinik Kesihatan Bandar Putra, Kolej Komuniti Segamat, Pejabat Kadi Daerah, sekolah-sekolah dan kuarters kerajaan.
“Kebanyakannya adalah keretakan sedia ada yang mengalami pertambahan kuantiti retak susulan gegaran gempa, kerosakan berimpak kecil dan tidak menjejaskan integriti struktur bangunan.
“Bangunan ini juga masih selamat digunakan dan tidak menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna dan pengguna bangunan juga telah diingatkan untuk sentiasa memantau keadaan sekeliling dan melaporkan kepada JKR sekiranya ada penemuan baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendengar taklimat berkaitan bencana itu dan melawat bangunan kerajaan yang mengalami kerosakan susulan gempa tersebut.
Ahmad berkata kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan peruntukan daripada kementerian yang terlibat dan JKR memberikan sokongan teknikal bagi memastikan proses itu berjalan lancar. “Bilik Gerakan Bencana JKR juga telah diaktifkan serta-merta bagi memantau situasi 24 jam sehari semenjak gempa pertama dilaporkan pada 24 Ogos lepas.
“JKR Segamat ketika ini sedang memperincikan laporan serta cadangan kerja pembaikan di samping meneruskan pemantauan rapi terhadap aset jalan dan jambatan,” katanya.
Selain bangunan, pemeriksaan mendapati tiada kerosakan dilaporkan pada aset jalan dan jambatan hasil pemantauan terhadap 325 kilometer jalan Persekutuan, 242.11 kilometer jalan negeri serta 71 jambatan dan jejantas dalam radius gempa bumi, katanya.
Ahmad berkata faktor seismik telah diambil kira dalam reka bentuk bangunan kerajaan dan jambatan sejak penguatkuasaan MS EN 1998 National Annex pada September 2017.
“Bangunan dan jambatan baharu di bawah Rancangan Malaysia ke-12 dibina menggunakan bahan berkualiti tinggi serta direka bentuk mengikut tahap kegempaan di lokasi masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Pejabat Daerah Segamat juga menerima 62 laporan kerosakan kecil pada kediaman persendirian dan dua surau susulan gegaran lemah berkenaan namun anggaran kerugian masih belum diperincikan.
BACA: Gempa Bumi Segamat: JAINJ Arah Masjid, Surau Laksana Solat Hajat & Doa Selamat
Sumber: BERNAMA
The post Gempa Bumi Segamat: 15 Bangunan Kerajaan Rosak, Baik Pulih Setengah Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/08/gempa-bumi-segamat-15-bangunan-kerajaan-rosak-baik-pulih-setengah-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1571 hits
BernamaJOHOR BAHRU Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah malam ini menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari di kawasan berkenaan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 2 5 pada skala Ritcher i...
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1122 hits
Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat JMG PUTRAJAYA 28 Ogos Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3 2 yang berlaku di Segamat Johor semalam berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing akibat tekanan tektonik serantau menur...
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1883 hits
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini SEGAMAT 27 Ogos Tiada laporan kerosakan harta benda kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3 2 yang berlaku di daerah ...
Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun

Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1453 hits
Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun SEGAMAT 30 Ogos Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang pendudu...
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1374 hits
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi Penduduk daerah Segamat Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2 5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7 56 malam tadi Menurut Jabatan Meteorologi Mal...
Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

Gempa Bumi Di Segamat Are We Really Safe From Earthquakes

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2383 hits
Remember those childhood stories about Malaysia being a safe haven from natural disasters We were taught that our country was a blessed land sitting just outside the Pacific Ring of Fire For years this belief held firm a comforting shield a...
Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm2 28 Juta

Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan Rm2 28 Juta

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3064 hits
Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan RM2 28 Juta Kisah ini benar benar meruntun hati setiap ibu bapa kerana ia melibatkan seorang anak yang terpaksa menanggung derita sepanjang hayat akibat kecuaian keti...
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1632 hits
Gempa Bumi Apa Itu Sesar Jenis Jenisnya Sejak kebelakangan ini negara digemparkan dengan beberapa siri gempa bumi lemah yang berlaku di Segamat Johor Meskipun tiada sebarang laporan kemalangan jiwa dilaporkan musibah yang menimpa ini menimb...
Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2761 hits
Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia Badan Pengurusan Bencana Daerah Kota Makassar Sulawesi Selatan melaporkan anggaran kerugian yang dialami selepas bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar dibakar oleh penu...
Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera

Mtl Jbpm Kesan 763 Hotspot Berisiko Banjir Di Pahang

Penduduk Tak Boleh Tidur Dakwa Berlaku Gangguan Pada Waktu Malam