Kerajaan Makassar Rugi Rm65 Juta Susulan Protes Di Indonesia


Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Makassar, Sulawesi Selatan melaporkan anggaran kerugian yang dialami selepas bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Makassar dibakar oleh penunjuk perasaan adalah sekitar 253.4 bilion rupiah (kira-kira RM65 juta)
Menurut portal Detik, perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Pentadbiran BPBD Makassar, Fadli Tahar berdasarkan penilaian di lokasi kejadian termasuk kenderaan, kelengkapan pejabat dan bangunan yang musnah.
Beliau turut menjelaskan angka itu berkemungkinan lebih tinggi kerana belum mengambil kira dokumen dan arkib penting yang turut musnah dalam kebakaran.
“Jumlah kerugian sementara berdasarkan hasil pemerhatian di tempat kejadian adalah sebanyak Rp253.4 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu.
Tambah Fadli, sebanyak 67 unit kereta musnah terbakar dengan anggaran Rp200 juta setiap satu, menjadikan jumlah kerugian sekitar Rp13.4 bilion (kira-kira RM3.4 juta).
Manakala 15 unit motosikal dianggarkan bernilai Rp16 juta seunit dengan kerugian keseluruhan sebanyak Rp240 juta (kira-kira RM61,613).
Orang ramai bertindak merosakkan harta benda awam Selain kenderaan, bangunan empat tingkat DPRD dengan keluasan sekitar 1,600 meter persegi turut mengalami kerosakan teruk.
“Peralatan pejabat tidak dapat dianggarkan kerana keadaannya rosak teruk dan akses ke ruangannya sangat terhad,” ujarnya seperti yang dilaporkan dalam Detik.
Sebelum jumlah kerugian dilaporkan, orang ramai mula membakar beberapa motosikal di Jalan AP Pettarani, Makassar pada malam Jumaat, selain merosakkan skrin paparan LED di hadapan bangunan DPRD Makassar.
Orang ramai turut menumbangkan pagar bangunan DPRD dan memasuki halaman depan serta belakang, kemudian membakar motosikal dan kereta yang berada di tempat letak kenderaan.
Dalam pada itu, api terus merebak sehingga keseluruhan pejabat DPRD Makassar turut hangus terbakar semasa kejadian.
BACA: Merdeka Diraikan, Lelaki Indonesia Pasang Jalur Gemilang di Tanah Malaysia BACA: Prabowo Umum Elaun Ahli Parlimen Dipotong Selepas Lima Maut Dalam Protes BACA: Israel Umum Jurucakap Hamas, Abu Obeida Dipercayai Maut Dalam Serangan Israel BACA: Macam Dekat Hatyai, Ini Resipi Ayam Goreng Thai Sumber: Detik
The post Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/01/kerajaan-makassar-rugi-rm65-juta-susulan-protes-di-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rusuhan Indonesia Tiga Terbunuh Dalam Kebakaran Di Makassar

Rusuhan Indonesia Tiga Terbunuh Dalam Kebakaran Di Makassar

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1808 hits
Astro AwaniPenunjuk perasaan berkumpul berhampiran bangunan parlimen wilayah yang sedang terbakar semasa demonstrasi susulan kematian seorang pemandu teksi motosikal yang dilanggar dan digilis kenderaan taktikal polis Foto REUTERSMAKASSAR S...
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 3471 hits
Demo Indonesia Pejabat Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Makassar Dibakar 3 Maut Demonstrasi di Indonesia semakin memuncak apabila tiga orang dilaporkan maut dan lima lagi cedera dipercayai akibat terperangkap dalam sebuah bilik ketika penunju...
20 Individu Hilang 6 Terbunuh Susulan Bantahan Ganas Di Indonesia

20 Individu Hilang 6 Terbunuh Susulan Bantahan Ganas Di Indonesia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3047 hits
JAKARTA Sekurang kurangnya 20 orang dilaporkan hilang manakala enam lagi terkorban selepas gelombang bantahan besar besaran melanda Indonesia berhubung isu kenaikan elaun serta kemewahan ahli parlimen Menurut Suruhanjaya untuk Orang Hilang ...
Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

Elaun Ahli Parlimen Indonesia Dipotong Rusuhan Berdarah Cetus Ujian Terbesar Buat Kerajaan Prabowo

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3431 hits
JAKARTA Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad mengumumkan bahawa parti parti politik di republik itu sepakat untuk memotong beberapa elaun dan keistimewaan ahli Dewan Perwakilan Rakyat sebagai respon segera terhadap tuntutan penunju...
Rakyat Indonesia Protes Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

Rakyat Indonesia Protes Kenaikan Elaun Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1853 hits
INDONESIA JAKARTA Aksi protes kembali berlaku di hadapan bangunan Parlimen pada Isnin 25 Ogos Sekumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada mahasiswa dan orang awam turun ke jalan membantah kenaikan elaun ahli Parlimen Mereka menganggap jum...
Muhasabah Dari Peristiwa Indonesia

Muhasabah Dari Peristiwa Indonesia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 695 hits
Seluruh dunia tertumpu kepada perkembangan di Indonesia termasuk kita di Malaysia yang serumpun Reaksi rakyat Malaysia dan Indonesia rata rata positif saling mendoakan antara satu sama lain Namun ada juga segelintir yang cuba mempolitikkan ...
Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

Lavish Elites Struggling Rakyat Rafizi Urges M Sia To Learn From Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1602 hits
Politicians in Malaysia must learn from Indonesia s recent turmoil Rafizi Ramli warned stressing that public anger can boil over when economic growth fails to translate into fair wages amid a backdrop of elites flaunting their wealth The PK...
Fahmi Malaysia Indonesia To Meet In Sabah Over Sebatik Island Signal And Spectrum Issues In Two Weeks

Fahmi Malaysia Indonesia To Meet In Sabah Over Sebatik Island Signal And Spectrum Issues In Two Weeks

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4778 hits
Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil attends the Sembang Santai Komuniti Madani programme at Kampung Cocos in Lahad Datu September 6 2025 Bernama picLAHAD DATU Sept 6 Malaysia and Indonesia will discuss telecommunications issues betwe...
Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

Malaysia Must Heed Lessons From Indonesia S Protests Say Fadillah And Rafizi

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4406 hits
DEPUTY Prime Minister Datuk Seri Fadillah Yusof and PKR lawmaker Datuk Seri Rafizi Ramli have both urged Malaysians especially political leaders to draw lessons from Indonesia s recent wave of protests stressing the importance of stability ...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g