Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat Jmg


Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat – JMG
PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) — Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.2 yang berlaku di Segamat, Johor semalam berpunca daripada pengaktifan semula Sesar Mersing akibat tekanan tektonik serantau, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
JMG dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Malaysia terletak di atas Plat Sunda yang relatif stabil namun menerima pengaruh tekanan daripada sistem tektonik serantau, khususnya Jalur Subduksi Sunda di barat Sumatera.
Menurut kenyataan itu, tekanan tersebut berpotensi mengaktifkan semula sesar-sesar di Semenanjung Malaysia yang boleh menghasilkan gempa bumi bersaiz kecil hingga sederhana.
“Semakan awal peta seismotektonik menunjukkan pusat gempa Segamat berada berhampiran lanjutan Sesar Mersing yang berorientasi barat-barat laut hingga timur tenggara.
“Analisis awal seismologi mendapati gempa bumi ini berpunca daripada pergerakan sesar mendatar sinistral, iaitu blok kerak bumi di utara sesar bergerak ke arah barat manakala blok di selatan sesar bergerak ke arah timur,” menurut kenyataan itu.
BACA JUGA: Johor Digegar Gempa Bumi Lagi, Kali Ini 3.2 Magnitud JMG memaklumkan kejadian itu menunjukkan berlakunya pengaktifan semula sesar berkenaan, manakala kedalaman gempa cetek (±10 km) mengesahkan ia berpunca daripada pergerakan kerak benua, bukan aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam.
Menurut JMG, sejarah gempa bumi di Semenanjung Malaysia turut merekodkan beberapa kejadian terdahulu antaranya di Bukit Tinggi (Pahang), Kenyir (Terengganu), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) serta Manjung–Temenggor (Perak).
“Johor juga pernah mengalami gegaran kecil pada 2021 dan 2023 yang berpunca daripada aktiviti seismik di luar pesisir Sumatera.
“Kesemua insiden, termasuk gempa di Segamat ini menunjukkan plat benua Semenanjung masih menyimpan tenaga atau tegasan tektonik yang boleh dilepaskan dari semasa ke semasa dan menghasilkan pergerakan bumi,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, JMG menegaskan bahawa pemantauan seismik berterusan, pemetaan semula sesar serta pembangunan sistem amaran awal perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat dan melindungi infrastruktur sedia ada.
JMG bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan terus memperkukuh pemantauan serta analisis saintifik di kawasan berisiko bagi menghadapi ancaman gempa bumi sama ada yang berpusat dalam negara atau berpunca daripada aktiviti seismik di negara jiran.
Sumber: BERNAMA
The post Tekanan Tektonik Punca Gempa Bumi Lemah Di Segamat – JMG appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/28/tekanan-tektonik-punca-gempa-bumi-lemah-di-segamat-jmg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

Gempa Bumi Lemah Gegar Segamat Tiga Laporan Polis Diterima

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2032 hits
SEGAMAT Tiga laporan polis diterima susulan gegaran gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi tadi Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata laporan berkenaan membabitkan kerosakan siling surau retakan s...
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1435 hits
Lagi Gempa Bumi Lemah Dilapor Landa Segamat Sebentar Tadi Penduduk daerah Segamat Johor sekali lagi dikejutkan dengan satu gempa bumi lemah berukuran 2 5 magnitud yang dilapor berlaku pada jam 7 56 malam tadi Menurut Jabatan Meteorologi Mal...
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1858 hits
Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh JOHOR BAHRU 24 Ogos Kerajaan Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa susula...
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1950 hits
Gempa Bumi Segamat Tiada Kerosakan Kemalangan Jiwa Dilapor Setakat Ini SEGAMAT 27 Ogos Tiada laporan kerosakan harta benda kecederaan mahupun kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gegaran lemah bermagnitud 3 2 yang berlaku di daerah ...
Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

Kali Ketiga Segamat Dilanda Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 1634 hits
BernamaJOHOR BAHRU Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi lemah malam ini menjadikannya kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari di kawasan berkenaan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa bumi bermagnitud 2 5 pada skala Ritcher i...
Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun

Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1486 hits
Gempa Bumi Segamat Wanita Gusar Rekahan Tanah Di Kawasan Kebun SEGAMAT 30 Ogos Kemunculan rekahan tanah di kawasan kebun di bahagian belakang rumah yang dipercayai berpunca daripada gegaran gempa bumi menimbulkan kebimbangan seorang pendudu...
Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

Gempa Bumi Segamat Kerajaan Negeri Johor Saran Masjid Surau Anjur Solat Hajat

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 6912 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan Johor menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan majlis doa selamat serta solat hajat berikutan kejadian gempa bumi kecil yang melanda Segamat pagi tadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam ne...
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1610 hits
Satu Lagi Gempa Bumi Lemah Gegar Johor Malaysia Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor Malaysia pada jam 9 00 pagi hari ini Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2 2 Utara dan 103 1 Timur dengan magnitud 2 8 pada skala R...
Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah Gegar Segamat

Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah Gegar Segamat

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 631 hits
Rakyat Kongsi Rakaman Saat Gempa Lemah Gegar Segamat Suasana tenang awal pagi tadi di Segamat Johor tiba tiba bertukar cemas apabila penduduk sekitar dikejutkan dengan gegaran jelas susulan satu gempa bumi lemah berukuran 4 1 pada skala Ric...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Good Morning

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika