Gembirakan Hati Isteri Insyaallah Pintu Rezeki Terbuka Luas



Dari Kisah Rumah Tangga, saya seorang suami, ada anak dua orang hasil perkahwinan yang kedua. Yang pertama sudah bercerai. Isteri pertama lari meninggalkan saya kerana masa itu saya ada masalah kewangan. Saya tidak mampu berikan dia kesenangan, kemewahan harta benda semacam yang kawan-kawannya selalu pertontonkan. 
Sebelum bercerai, lima bulan dah dia lari meninggalkan saya. Saya berkahwin dengan dia hampir 10 tahun, tak ada apa saya mampu berikan. Mungkin silap saya, gaji hanya cukup untuk bayar segala perbelanjaan dapur, kereta, rumah dan pinjaman bank sebab sebelum kahwin saya ada buat pinjaman peribadi. 
Isteri pertama hanya kembali pada saya untuk membuat tuntutan fasakh sebab saya tak beri dia nafkah. Saya akur dan lepaskan dia kerana saya tahu dia sudah ada yang lain. Daripada saya terus menanggung dosa, lebih baik saya lepaskan dia. 
Bekas isteri saya seorang yang berpelajaran tinggi tetapi dia masih nak berkahwin dengan saya sebab dia nak bebas dari keluarga. Jujur kami kahwin pun tanpa restu ibu dan ayahnya, apatah lagi ibu saya. Sehingga ibu meninggal dunia, ibu masih tidak bertegur sapa dengan bekas isteri. Ada silapnya pada saya juga. 
Selepas beberapa tahun, saya jumpa seorang gadis. Pada mulanya saya tak yakin dia mahukan saya sebab dia masih muda, saya pula sudah lanjut usia umur 32 tahun pada masa itu. Sedangkan dia baru habis belajar kemahiran hidup, 18 tahun. 

*Dia pernah bercinta lelaki yang dikenalinya sejak kecil, yang juga merupakan saudara jauhnya. Tetapi Bila usia mereka menginjak dewasan, keluarga lelaki itu lebih fokus pada masa depan berbanding untuk serius dalam hubungan kahwin

Kami berkawan, tak lama. Dia pernah beritahu saya yang dia cuma akan serius berkawan dengan orang yang betul-betul mahukan dia. Saya pernah jumpa dia dua tiga kali sahaja sebab jarak kami yang agak berjauhan. Dia tak secantik mana tetapi sikap dia buat saya tertarik. Orangnya terlalu bersederhana. 
Saya mula membandingkan dia dengan bekas isteri yang gemar berfoya-foya, clubbing dan suka melepak dengan kawan-kawannya. Berbeza dengan si dia yang gemar duduk di rumah, suka belajar memasak dan suka menelaah. Saya tahu hal ini pun dari adik dan abangnya. 
Selepas lapan bulan, saya melamar dia dengan niat kerana Allah. Dia menerima saya tetapi ada halangan di mana keluarganya sukar menerima saya. Mereka ingat saya tidak berkemampuan menjamin masa depan anak mereka. Tetapi si dia berusaha sebaik mungkin memujuk keluarga, menjaga solatnya. Saya daripada tak pernah solat menjadi segan dan malu. Kami sama-sama berdoa, memohon doa agar dipermudahkan urusan. 
Pada masa itu saya hanya memiliki kereta Porton Saga, kerjaya pun biasa sahaja walaupun angka gaji melebih RM2,000. Komitmen saya banyak dengan bank. 
Selama tiga bulan kami menunggu keputusan keluarganya. Waktu itu saya hanya dapat mengumpul RM5,000. Dia kumpulkan RM2,000. Keluarganya minta RM10,000. Tapi Allah itu Maha Kuasa, agihan harta dari keluarga, saya mendapat sebidang tanah dan juga wang sebanyak RM25,000. Saya mahu gunakan duit itu untuk majlis kahwin tetapi si dia tak bagi. Dia meminta saya hanya menikah sahaja dengannya sebab ayah dia sudah mula berlembut. 
Alhamdulillah, majlis sangat mudah, kecil-kecilan sahaja dan tak habis sampai RM3,000 pun. Saya akui dia memang seorang yang sangat bersederhana. 
Selepas berkahwin, dia diduga dengan gangguan dari bekas isteri yang sering mengata isteri saya buruk, tak cantik dan hina sebab mampu berkahwin dengan lelaki dayus seperti saya. Kalau tidak di Facebook, mungkin melalui kawan-kawan saya yang lain. 
Kasihan isteri, saya minta dia bersabar. Reaksi yang diberi membuatkan saya terus kagum dengan keikhlasan dia. Saya tekad untuk tidak mensia-siakan perkahwinan kali ini. Saya akan cuba sebaik-baiknya untuk menyenangkan dia. Saya suruh dia duduk di rumah, saya takut rezeki saya semakin sempit kalau saya minta dia menggalas tanggungjawab saya

Dia disahkan bunting pelamin. Seperti mana yang saya maklumkan, dia tidak secantik mana tetapi sejak mengandung, seri dia sangat-sangat menyenangkan hati saya. Membuatkan saya rasa tidak boleh berjauhan dengan dia. Dia tidak pandai marah. Kalau marah, dia akan mendiamkan diri dan makan coklat senyap-senyap. Semakin hari semakin tinggi rasa sayang saya padanya. 
Rezeki saya tidak putus-putus, saya sudah mampu tukar kereta kepada Perodua Alza untuk kesenangan keluarga. Kami juga dikurniakan rezeki anak kembar pada tahun pertama perkahwinan. Syahdunya saya bila mula bergelar bapa pada usia 33 tahun. Walaupun diduga dengan pelbagai hinaan, tohmahan bekas isteri, namun isteri saya masih kuat. Dia juga sudah semakin cantik. Jauh lebih cantik daripada bekas isteri saya. 
Perkongsian saya bukan untuk menceritakan perkara yang baik-baik tentang isteri saya tetapi salah ke sedikit saja untuk memuji dia dan juga memberikan sedikit pandangan saya bahawa setiap masalah rumahtangga ada jalan penyelesaiannya? 
Saya tidak baik mana, solat pun masih juga terkial-kial, masih kerja sebagai kuli makan gaji dan baru dinaikkan gaji tahun ini, Alhamdulillah. Saya tidak kata perlu menjadi kaya untuk bahagiakan perempuan, perempuan yang bersederhana itu lebih baik. 
Saya tunjukkan post ini kepada isteri, dia marah dan meminta saya padamkan post ini. Katanya dia tidak layak menerima pujian sebegini. Dia cuma melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri sahaja. Dua tiga kali dia suruh saya padam tetapi admin kenakan caj RM50 jika mahu perkongsian dipadamkan. Saya tak nak buang, biarlah dia nak marah, makan coklat banyak mana pun. Doakan saya semoga terus istiqomah dan tak termakan dengan sebarang panahan cinta dari wanita lain (chewah!)
Sekarang saya percaya kebahagian dan kejayaan seorang suami kerana ada isteri dibelakangnya. Bersyukur saya dianugerahkan seorang isteri yang sangat penyayang. Anak-anak lagi menambahkan rasa sayang saya padanya. Doakan kami bahagia hingga syurga. Saya juga doakan bekas isteri saya cepat-cepat berubah dan cepat tinggalkan segala dunia maksiat. 
Saya doakan anda semua juga bahagia dengan pasangan masing-masing hingga ke syurga. Gembirakan hati isteri, inshaAllah pintu rezeki terbuka luas dan Allah permudahkan segala urusan kita setiap hari. Amin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2019/12/gembirakan-hati-isteri-insyaallah-pintu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

Nak Hidup Jadi Berkat Dan Rezeki Sentiasa Mencurah Curah Jangan Suka Suka Sakitkan Hati Isteri

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 385 hits
Gambar HiasanInsan bernama isteri ini adalah makhluk yang perlu dimuliakan Bukan dengan sengaja untuk menyakitkan hatinya Hidup boleh jadi tak berkat dan tidak dimurahkan rezekinya jika ada niat begitu Ini dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang ...
Ustaz Kazim Kongsi Kelebihan Amal Surah As Syura Untuk Lembutkan Hati Berzikir Supaya Dimurahkan Rezeki

Ustaz Kazim Kongsi Kelebihan Amal Surah As Syura Untuk Lembutkan Hati Berzikir Supaya Dimurahkan Rezeki

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 1440 hits
Sebagai seorang pendakwah boleh menyalurkan ilmu pengetahuan di mana mana sahaja dan dalam apa jua cara Seperti yang kongsikan oleh Ustaz Mohd Kazim Elias yang memberitahu kebaikan jika seseorang itu mengamalkan surah As Syura Menurutnya ay...
Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih Suami Isteri Jamin Hubungan Kekal Hingga Ke Jannah Insyaallah

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 641 hits
Gambar HiasanBagi pasangan yang baru berumah tangga pastinya kemanisan merasai cinta itu sentiasa hangat dan membara Tetapi macam mana pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin Adakah rasa cinta sudah makin pupus dek kerana pelbagai fakt...
7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 449 hits
7 Cara Lembutkan Hati Isteri Tengah Marah Sedangkan air laut ada pasang surut ini kan pula suami isteri Biasa lah tu ada masanya mood isteri tu ada swing sikit Jika ada tak kena dimatanya mula lah si suami yang jadi mangsa Orang perempuan n...
Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

Punca Rezeki Datang Mencurah Curah Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 551 hits
Gambar Sekadar HiasanBila masuk bab suap menyuap ni rasa kita kali terakhir makan suap menyuap adalah sewaktu makan beradab Selepas itu tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan malu Malu orang nampak malu anak ...
Semoga Mati Hati Kamu Terbuka

Semoga Mati Hati Kamu Terbuka

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 362 hits
Haramkan DJZ Surat terbuka kepada TS MuhyiddinDONG Zong tetap tidak mahu membatalkan Kongres Pertubuhan China pada 28 Disember ini yang bertujuan membantah penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina walaupun pe...
Suami Curang Lukakan Hati Isteri Biar Sembuh Bekasnya Tetap Ada

Suami Curang Lukakan Hati Isteri Biar Sembuh Bekasnya Tetap Ada

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 341 hits
Seorang suami mungkin merasa bosan jika isteri yang dinikahinya dahulu tidak sama lagi Jika dulu orangnya lemah lembut bercakap pun tidak kasar tetapi tidak hari ini Dek kerana kebosanan dengan sikap si isteri begitu suami mengambil inisiat...
Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

Layanlah Isteri Bercakap Jangan Buat Tak Dengar Suami Dengar Je Dah Sejuk Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 667 hits
Hidup berumah tangga ada pasang surutnya Sesekali kita perlu menerima tetapi ada waktunya kita harus memberi Bukan isteri sahaja bahkan suami pun harus berusaha sama sama untuk mencipta rumah tangga yang harmoni Kenalah saling bekerjasama d...
Susah Sekalipun Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki Ada Lebih Bagilah Lebih Pada Isteri

Susah Sekalipun Kena Yakin Isteri Pembawa Rezeki Ada Lebih Bagilah Lebih Pada Isteri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 318 hits
Tanggungjawab lelaki terus berubah apabila saat Aku Terima Nikahnya dilafazkan Bukan hanya janji semata mata tetapi perlu seiring dengan perlakuan Dalam hidup berumah tangga tidak boleh ada sikap pentingkan diri sendiri Tanamkan sikap tolak...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri