Gelombang Rakyat Kembalikan Ph Bn Jadi Pembangkang


harakahdaily.com30/08/2023

PH-BN seharusnya bermuhasabah dan menyerah kalah
KUALA LUMPUR: PRK yang berlaku pasca-PRU15 dan PRN enam negeri sangat penting untuk dilihat kelangsungan gelombang rakyat terhadap penolakan politik korupsi, ekstrem DAP dan kakistokrasi

Ketua Penerangan PAS, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, PRK ini akan menjadi mesej rakyat kepada isu yang berlegar kepada pemimpin dan parti pemerintah kerana dilihat gagal dan tidak boleh memimpin negara.

“Jadi ini akan dilihat sebagai gelombang bukan sekadar orang Melayu, tetapi juga gelombang kaum bukan-Melayu. Kerana PRN baru-baru ini telah berlakunya kenaikan pengundi bukan-Melayu kepada Perikatan Nasional (PN). Itu boleh tengok dari analisa yang ada.

“Dan gelombang ini terus bergerak sehinggakan PN telah menafikan dua pertiga majoriti di Selangor dan mempunyai jumlah pembangkang yang berkaliber dan kuantiti yang ramai khususnya di Pulau Pinang dan juga di Negeri Sembilan.

“Jadi ia bukan sekadar kemenangan 3-0 tetapi sebenarnya, secara hakikatnya, ia kemenangan keenam-enam buah negeri kerana kebangkitan gelombang rakyat tersebut,” ujarnya.

Menurut beliau, demografi pengundi di PRK P.161 Pulai dan N.13 Simpang Jeram secara di atas kertas mungkin satu cabaran buat PN, tetapi pengundilah akan menjadi penentu akhir kepada sokongan.

Katanya, Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mungkin akan mendabik dada kononnya rakyat menyokong mereka jika menang, walaupun telah kalah teruk dari PRN enam negeri baru-baru ini.

Tetapi ujar beliau, ‘keajaiban’ boleh berlaku dengan gelombang yang ada pada hari ini walaupun sepertimana sedia dimaklumi bahawa peratusan PRK sering kali sedikit berbanding PRU atau PRN.

“Jadi peratusan pengundi mungkin kurang, tetapi kita sudah dapat dari PRU dan PRN baru-baru ini yang mengesahkan bahawa majoriti rakyat negara ini iaitu kaum Melayu sama sekali tidak bersetuju dengan PH-BN.

“Jadi wajar dalam keadaan sekarang ini Kerajaan PH-BN bermuhasabah hatta mengangkat tangan ‘surrender’ terhadap sikap mereka yang tidak adil kepada kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah PN.

“Termasuk juga ketidakadilan mereka terhadap Ahli-ahli Parlimen pembangkang. Lebih bagus sekiranya berikan mandat pemilihan Perdana Menteri kepada Ahli-ahli Parlimen. Kalau berlaku pun perubahan kerajaan ia masih dalam bentuk demokrasi berparlimen.

“Ia tidak boleh dikatakan sebagai ketidakstabilan politik kerana telah dibuktikan apabila PH yang memerintah 22 bulan digantikan PN di mana mengambil alih dengan jayanya mengurus negara walau ketika itu seluruh dunia menghadapi pandemik COVID-19.

“Barangkali itulah formula yang sepatutnya untuk mencari kestabilan politik di mana PH perlu kembali ke kerusi pembangkang dan PN pula diangkat sebagai kerajaan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jerantut. 
– HARAKAHDAILY 30/8/2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/gelombang-rakyat-kembalikan-ph-bn-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangi Hati Rakyat Tumpaskan Gelombang Hijau Syed Ibrahim

Menangi Hati Rakyat Tumpaskan Gelombang Hijau Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 169 hits
Gelombang Hijau pada Pilihan Raya Negeri yang lalu meskipun tidak begitu kuat kesannya di Selatan Semenanjung namun kemaraannya perlu ditumpaskan Menurut Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sepanjang pengalamannya berkempen dalam PRN...
Mb Kelantan Angkuh Dan Sombong Perlekehkan Undi Rakyat Kelantan

Mb Kelantan Angkuh Dan Sombong Perlekehkan Undi Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 278 hits
Belum pun kering cap jari tandatangan watikah perlantikan sebagai MB Kelantan yang baru Mohd Nassuruddin Daud yang digelar Panglima Perang Pas itu mula menunjukkan taringnya Tiada langsung rasa tawadhuk jauh sekali zuhud yang dipamerkan ole...
Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah Penat Beta Pun Penat Dengar

Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah Penat Beta Pun Penat Dengar

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 255 hits
Cukup Cukuplah Kita Berpolitik Rakyat Dah penat Beta Pun Penat Dengar Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua ahli politik memberi khidmat cemerlang dengan mengutamakan rakyat Baginda turut mengingatkan supaya meng...
Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

Peszta Kembali Festival Kebudayaan Yang Meraikan Muzik Seni Dan Warisan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 355 hits
Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka PNB Merdeka Ventures Sdn Berhad anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad mengalu alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA yang merupakan Peray...
Syok Sangat Dengan Jawatan Sehingga Ditolak Rakyat Kata Veteran Umno

Syok Sangat Dengan Jawatan Sehingga Ditolak Rakyat Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 334 hits
agendaily com22 08 2023Tan Sri Shahrir Samad Tan Sri Shahrir Abd Samad menggesa supaya UMNO mengubah budaya seronok dengan jawatan politik sehingga mereka ditolak rakyat Veteran UMNO itu berkata sikap sedemikian perlu diubah dengan mengubah...
Rayakan Hut Ke 25 Pan Berkomitmen Bantu Rakyat

Rayakan Hut Ke 25 Pan Berkomitmen Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 223 hits
Sepanjang jalan demokrasi Eddy mengatakan PAN memiliki kinerja baik yang dilakukan oleh para kader untuk masyarakat Tanah Air
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green