Mb Kelantan Angkuh Dan Sombong Perlekehkan Undi Rakyat Kelantan






Belum pun kering cap jari tandatangan watikah perlantikan sebagai MB Kelantan yang baru,  Mohd Nassuruddin Daud yang digelar Panglima Perang Pas itu mula menunjukkan taringnya.  


Tiada langsung rasa tawadhuk jauh sekali zuhud yang dipamerkan oleh 'Din Cecopong' ini apabila Allah takdirkan beliau menjadi MB Kelantan meskipun mengaji pun tidak habis, khabarnya.  Belum pun Dun Kelantan dibuka, beliau terus menyerang dua Adun Pembangkang yang mewakili parti dalam kerajaan perpaduan sebagai "melawan perjuangan Islam'.  


Apabila diketahui bahawa kedua Adun telah membuat laporan polis dan akan menghantar notis saman terhadapnya sekiranya beliau tidak memohon maaf, Din Cecopong ini terus angkuh sambil menyatakan perlu apa memohon maaf kerana beliau tidak melakukan kesalahan.  Ertikata lain, dibolehkan kita menuduh seseorang sebagai 'melawan perjuangan Islam' jika tidak sehaluan dengan kita.


Inilah budaya 'Takfiri' yang mahu diangkat semula oleb anak didik Hadi Awang ini.  Lebai Din Cecopong dengan riak muka megah dan angkuh menyatakan ' Saya tidak kata mereka melawan Islam, saya katakan mereka melawan perjuangan Islam'.  Tengok, lebai punya lidah macam lidah biawak.


Kita mahu bertanya kepada lebai yang angkuh ini, " Apakah hukum seseorang Islam yang melawan Islam atau melawan perjuangan Islam?".  Islam itu wajib ditegakkan melalui perjuangan, tetapi jika ada yang "menentang perjuangan Islam" ini, apakah hukumnya harus, haram, wajib atau makruh? Boleh jawab? Bagaimana dengan akidah orang Islam yang "melawan perjuangan Islam"?  Abu Lahab dan Abu Jahal juga melawan Islam dan perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.  Apakah boleh disamakan iman atau akidah mereka dengan kedua Adun tersebut?


MB Kelantan ini secara tidak langsung turut mempertikaikan keimanan dan keislaman rakyat Kelantan yang telah mengundi kedua-dua Adun ini.  Pengundi-pengundi di Dun Kota Lama dan Dun Galas yang telah memberikan undi kepada calon-calon mewakili parti kerajaan perpaduan adalah juga bersubahat 'melawan perjuangan Islam".  


Amat dukacita sekali seorang yang bergelar ustaz sanggup menghina wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.  Sepatutnya jika ada sekelumit adab dan akhlak pada MB Kelantan ini, beliau akan mengalu-alukan kehadiran dua Adun Pembangkang tersebut untuk menjadi semak dan imbang di dalam pentadbiran beliau.  Malangnya, beliau angkuh dan sombong bila Allah uji beliau dengan jawatan dan kuasa.


Bayangkan, suatu hari nanti lebai sombong ini akan mengetuk pintu pejabat PMX dari parti yang beliau dakwa "melawan perjuangan Islam" itu untuk meminjam duit bagi membayar gaji kakitangan kerajaan negeri Kelantan.  Saya rasa ini tidak akan terjadi, mana mungkin maruah lebai Nassuruddin semurah itu untuk melutut depan PMX , penentang perjuangan Islam !!


WFAUZDIN NS






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/mb-kelantan-angkuh-dan-sombong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Dr Rakyat Model Ph Berdaya Saing Di Kelantan

Kj Dr Rakyat Model Ph Berdaya Saing Di Kelantan

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 331 hits
Shahrul ShahabudinDr Hafidzah Mustakim berbual bersama penduduk di flat kos rendah di kawasan Kota Lama pada Khamis PETALING JAYA Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Pakatan Harapan harus meletakkan kemenangan mereka di Kota L...
Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

Peratusan Undi Rendah Pas Tumbang Di Kelantan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 217 hits
bharian com myOleh Ogos 12 2023Menteri Besar Kelantan yang juga calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N03 Pasir Pekan Datuk Ahmad Yakob selesai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Negeri Kelantan di Sekolah Menen...
Dr Rakyat Seen As A Model For Success In Kelantan Politics

Dr Rakyat Seen As A Model For Success In Kelantan Politics

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 264 hits
Dr Hafidzah Mustakim talking to residents of the low cost flats at Buluh Kubu in her constituency of Kota Lama Kelantan on Thursday PETALING JAYA Former Umno Youth chief Khairy Jamaluddin says Pakatan Harapan should put their victory in Kot...
Isu Air Peluang Pekerjaan Tak Penting Bagi Rakyat Kelantan

Isu Air Peluang Pekerjaan Tak Penting Bagi Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 416 hits
Pemuda PH Kelantan saran aktifkan JPP rancakkan program agamaN Faizal GhazaliKerajaan persekutuan disarankan agar mengaktifkan semula peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan Ketua Pemuda PH Kelantan Hazmi Hassan berkata ia s...
Kelantan Umum Peruntukan Adil Kepada Semua Wakil Rakyat

Kelantan Umum Peruntukan Adil Kepada Semua Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 340 hits
malaysiakini comKerajaan Kelantan mengumumkan akan memberikan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang Menteri besarnya Mohd Nassuruddin Daud berkata ia selaras dengan dasar kerajaan negeri Kelantan Kita insya All...
Alasan Selamatkan Islam Pandang Rendah Pemikiran Rakyat Johor Kata Jazlan

Alasan Selamatkan Islam Pandang Rendah Pemikiran Rakyat Johor Kata Jazlan

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 317 hits
freemalaysiatoday com 29 Aug 2023Rakyat Johor bukan sahaja berpengetahuan tinggi tentang Islam tetapi juga mendakap kemajmukan negeri mereka tegas Nur Jazlan Mohamed Hadi Awang guna slogan selamatkan Islam seolah olah tak percayakan orang M...
Gelombang Rakyat Kembalikan Ph Bn Jadi Pembangkang

Gelombang Rakyat Kembalikan Ph Bn Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 155 hits
harakahdaily com30 08 2023PH BN seharusnya bermuhasabah dan menyerah kalahKUALA LUMPUR PRK yang berlaku pasca PRU15 dan PRN enam negeri sangat penting untuk dilihat kelangsungan gelombang rakyat terhadap penolakan politik korupsi ekstrem DA...
Mungkinkah Ada Pihak Guna Kepala Babi Untuk Meraih Undi

Mungkinkah Ada Pihak Guna Kepala Babi Untuk Meraih Undi

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 301 hits
Calon PN gesa tenang di sebalik kepala babi dijumpai di bilik gerakanMalaysiakiniJentera pilihan raya Perikatan Nasional di Juasseh Kuala Pilah dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di atas bendera gabungan itu di hadapan b...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Pasu Kosong

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Percutian Ke Batam Indonesia

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Opposition Mp Moots Shift Towards Centrist Approach In Politics