Gelombang Pn Akan Menular Ke Padang Serai Shahidan


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Dec 1, 2022 11:39 AM
Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yakin gelombang yang membawa kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Perlis dalam PRU15 lalu akan terus menular ke Parlimen Padang Serai.

Bekas pemimpin Umno itu berkata, sebarang usaha yang dilakukan pihak lawan tidak akan mampu menyekat gerakan perubahan yang digerakkan oleh orang Melayu-Islam di negara ini.

"Saya melihat apa yang berlaku di seluruh negara adalah gelombang yang mana rakyat mahukan pembaharuan, dan insya-Allah apa yang berlaku di Perlis, Kedah dan seluruh negara akan menular di Parlimen Padang Serai.

"Rakyat melihat perubahan ini diperlukan supaya perubahan diiringi dengan pentadbiran dan pemerintahan. Sekarang ini walaupun rakyat sudah bagi peluang tapi tidak diiringi dengan pemerintahan (PN)," katanya kepada media selepas pogram kempen PN di Pasar Malam Sungai Karangan, Kulim, malam tadi.

Hadir sama calon PN Parlimen Padang Serai Azman Nasrudin serta puluhan penyokong mereka.
Pada PRU15 lalu Shahidan tidak dicalonkan BN untuk mempertahankan parlimen Arau sekali gus menyebabkannya bertindak menjadi calon bagi PN dan memenangi kembali kerusi berkenaan.

Selain tu PN juga mencipta rekod baru apabila meraih kemenangan di 14 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Perlis sekali gus merampas pentadbiran kerajaan negeri daripada BN.

Pilihan raya kecil (PRK) bagi Parlimen Padang Serai akan berlangsung pada 7 Dis ini selepas ditangguh susulan kematian penyandang yang juga calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya pada 16 Nov lalu iaitu dua hari sebelum pengundian PRU15.

Azman berdepan cabaran calon PH Mohamad Sofee Razak; C Sivarraajh (BN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao (bebas).

Sementara itu Shahidan berkata, dia percaya gelombang sokongan kepada PN itu adalah bukti penolakan rakyat terhadap Umno dan BN, malah ia tidak lagi mampu dibendung selepas parti itu membuang dasar 'no Anwar, no DAP'.

"Ini mengecewakan orang-orang Umno dan Melayu yang menyokong Umno sebelum ini, kita lihat di Perlis dan seluruh negara orang Umno dan Melayu menolak BN.

"Kita mendapat majoriti undi yang luar biasa, kalau sokongan ahli PAS dan Bersatu sahaja tak cukup untuk dapat majoriti besar. Bermakna orang-orang Umno sendiri dan Melayu sekarang menolak seorang pemimpin (Umno) yang sentiasa berdolak-dalik dengan menggunakan parti untuk kepentingan diri," katanya tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/gelombang-pn-akan-menular-ke-padang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Padang Serai Jangan Terpedaya Dakyah Jahat Pn

Pengundi Padang Serai Jangan Terpedaya Dakyah Jahat Pn

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 238 hits
MOHD ALI HASHIMRakyat khususnya pengundi di Parlimen Padang Serai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat dan tidak masuk akal pimpinan Perikatan Nasional Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata pelb...
Kami Tak Berganjak Dari Padang Serai Ph Beritahu Bn

Kami Tak Berganjak Dari Padang Serai Ph Beritahu Bn

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 293 hits
freemalaysiatoday com November 28 2022 3 04 PMSofee Razak ketika kempen Pakatan Harapan di Sungai Seluang Kulim KULIM Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada pertembungan di Padang Serai kata calonnya Sofee Razak Sofee berkata PKR men...
Tudia Calon Ph Bn Parlimen Padang Serai Bercakaran Isu Tarik Diri

Tudia Calon Ph Bn Parlimen Padang Serai Bercakaran Isu Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 306 hits
Calon PH BN Parlimen Padang Serai bercakaran isu tarik diriPerikatan Nasional meletakkan Datuk Azman Nasruddin sebagai calon bagi Parlimen Padang Serai Calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bertelagah sesama sendiri berhubung siapa yan...
Awani Ringkas Tiada Cuti Khas Hari Pengundian Parlimen Padang Serai

Awani Ringkas Tiada Cuti Khas Hari Pengundian Parlimen Padang Serai

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 266 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Election Fatigue In Padang Serai Ahead Of Delayed Polls

Election Fatigue In Padang Serai Ahead Of Delayed Polls

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 213 hits
With voting set for Wednesday next week desultory campaigns and indifferent voters are marking the contest for the Padang Serai seat KULIM With the general election results already known it has been a listless campaign in Padang Serai the l...
Pn Banks On Ge15 Momentum To Win Muted Padang Serai Polls

Pn Banks On Ge15 Momentum To Win Muted Padang Serai Polls

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 225 hits
The campaigning for the Padang Serai election is well underway with about a week left to go before polling on Dec 7 Politicians and observers say the election this time feels less intense than usual While party flags posters and banners can...
Bn Akan Beri Laluan Kepada Ph Di Padang Serai

Bn Akan Beri Laluan Kepada Ph Di Padang Serai

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comSpekulasi mula bertiup kencang mengenai kedudukan calon BN C Sivarraajh yang dipertaruhkan oleh BN dalam usaha mereka menguasai kerusi parlimen Padang Serai Kedah Sumber mendakwa Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN A...
Lagu Tema Ph Penyamun Tidak Dimainkan Semasa Ceramah Ph Umno Di Padang Serai Dan Tioman

Lagu Tema Ph Penyamun Tidak Dimainkan Semasa Ceramah Ph Umno Di Padang Serai Dan Tioman

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 268 hits
agendaily com1 12 2022Aduh Malaysia Jika sebelum ini lagu tema utama Pakatan Harapan Aduh Malaysia sentiasa dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 tetapi kini lagu popular nyanyian artis rap Altimet itu tidak lagi berkumandang s...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Whatsapp

Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat