Bn Akan Beri Laluan Kepada Ph Di Padang Serai


malaysiakini.com
Arulldas Sinnapan
Diterbitkan: Dec 2, 2022 11:02 AM

Spekulasi mula bertiup kencang mengenai kedudukan calon BN, C Sivarraajh, yang dipertaruhkan oleh BN dalam usaha mereka menguasai kerusi parlimen Padang Serai, Kedah

Sumber mendakwa Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, sudah mencapai kata sepakat untuk mencari kompromi dalam isu tersebut.

BN, kata sumber terbabit, sudah memutuskan untuk menyokong calon PH, Mohamad Sofee Razak, yang berdepan dengan calon PN, Azman Nasruddin, selain Hamzah Abd Rahman dari Pejuang, dan calon bebas, Sreanandha Rao.

Sebelum ini, calon Warisan Mohd Bakhri Hashim sudah mengumumkan untuk menarik diri daripada persaingan dalam pilihan raya kecil tersebut.

Seperti BN, Warisan kini adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan pimpinan Anwar.

Sementara itu, seorang ahli MIC Kedah yang enggan namanya didedahkan, memuji keputusan BN untuk menarik diri daripada pilihan raya kecil tersebut dan menganggap ia adalah "langkah bijak" yang akan meningkatkan peluang calon PH sekali gus mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri.

“Ia adalah keputusan yang mulia untuk masa depan negara. Orang ramai akan memaafkan kesilapan lalu MIC,” katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, pemimpin MIC tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Untuk rekod pada 29 Nov lalu PH mengumumkan penarikan diri calonnya untuk PRK Tioman bagi memberi laluan kepada calon BN yang bertanding di situ.

Keputusan itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Dr Mohd Hatta Ramli yang memberitahu ia dibuat sebagai menunjukkan kesepakatan kerajaan negeri Pahang dan Putrajaya.

Dalam kenyataannya juga Mohd Hatta berkata Amanah memandang PRK Tioman pada 7 Dis ini adalah pertembungan di antara kerajaan baru Pahang dengan sekelompok ekstremis kaum dan agama.

Khabar angin mengenai kedudukan calon BN dalam PRK Padang Serai itu semakin hangat ekoran suatu ceramah besar yang dijadual diadakan di kawasan berkenaan malam ini.

Ia diuar-uarkan sebagai "ceramah pengumuman khas" dan dijangka menampilkan sejumlah pemimpin kanan dari PH dan BN.

Antara yang disenaraikan ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu selaku wakil PH Pusat, serta Pengerusi BN Kedah, Jamil Khir Baharom.

[Baca berita lanjut]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/bn-akan-beri-laluan-kepada-ph-di-padang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Election Fatigue In Padang Serai Ahead Of Delayed Polls

Election Fatigue In Padang Serai Ahead Of Delayed Polls

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 177 hits
With voting set for Wednesday next week desultory campaigns and indifferent voters are marking the contest for the Padang Serai seat KULIM With the general election results already known it has been a listless campaign in Padang Serai the l...
Pn Banks On Ge15 Momentum To Win Muted Padang Serai Polls

Pn Banks On Ge15 Momentum To Win Muted Padang Serai Polls

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 170 hits
The campaigning for the Padang Serai election is well underway with about a week left to go before polling on Dec 7 Politicians and observers say the election this time feels less intense than usual While party flags posters and banners can...
We Won T Budge From Padang Serai Ph Hopeful Tells Bn

We Won T Budge From Padang Serai Ph Hopeful Tells Bn

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 219 hits
Pakatan Harapan will not drop out of the race in Padang Serai says its candidate Sofee Razak Sofee said PKR considers Padang Serai one of its traditional seats having held it since 2008 He was responding to Barisan Nasional s candidate C Si...
Pengundi Padang Serai Jangan Terpedaya Dakyah Jahat Pn

Pengundi Padang Serai Jangan Terpedaya Dakyah Jahat Pn

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 196 hits
MOHD ALI HASHIMRakyat khususnya pengundi di Parlimen Padang Serai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah jahat dan tidak masuk akal pimpinan Perikatan Nasional Pengerusi Pakatan Harapan negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar berkata pelb...
Kami Tak Berganjak Dari Padang Serai Ph Beritahu Bn

Kami Tak Berganjak Dari Padang Serai Ph Beritahu Bn

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 262 hits
freemalaysiatoday com November 28 2022 3 04 PMSofee Razak ketika kempen Pakatan Harapan di Sungai Seluang Kulim KULIM Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada pertembungan di Padang Serai kata calonnya Sofee Razak Sofee berkata PKR men...
No Directive For Me To Withdraw Says Padang Serai Bn Candidate

No Directive For Me To Withdraw Says Padang Serai Bn Candidate

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 184 hits
BN s candidate in Padang Serai C Sivaraj said he had been working on the ground for three years and already knows most of the voters KULIM The Barisan Nasional candidate in Padang Serai C Sivaraj said he had not received any instruction fro...
Gelombang Pn Akan Menular Ke Padang Serai Shahidan

Gelombang Pn Akan Menular Ke Padang Serai Shahidan

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 163 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Arau Shahidan Kassim yakin gelombang yang membawa kemenangan besar Perikatan Nasional di Perlis dalam PRU15 lalu akan terus menular ke Parlimen Padang Serai Bekas pemimpin Umno itu berkata sebarang usaha yang d...
Source Padang Serai Bn Candidate Offered Senatorship For Harapan Walkover

Source Padang Serai Bn Candidate Offered Senatorship For Harapan Walkover

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 192 hits
BN candidate C Sivaraj was allegedly offered the role of a senator in return for withdrawing from the contest for the Padang Serai parliamentary seat in Kedah according to a source This is to make way for Pakatan Harapan s candidate Mohamad...
Calon Bn Dilapor Tarik Diri Di Padang Serai

Calon Bn Dilapor Tarik Diri Di Padang Serai

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 170 hits
Predeep NambiarKULIM Calon Barisan Nasional C Sivaraj dikatakan telah menarik diri daripada pilihan raya Parlimen Padang Serai kurang seminggu sebelum tarikh pengundian 7 Dis yang berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Pakatan Harapan S...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025