Gelaran Datuk Seri Najib Rosmah Ditarik Balik



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 1992 dan 2004, berkuat kuasa 12 September 2022.
Selain itu, gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pada 2005 turut ditarik balik.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim, ketika mengumumkan tindakan diambil oleh Sultan Selangor, berkata penarikan darjah kebesaran itu dibuat selepas baginda berunding dengan Dewan di-Raja Selangor.
Katanya, Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.
"Beliau didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn Bhd.
"Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang dijatuhkan, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran SPMS yang membawa gelaran Datuk Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Datuk adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Haris memaklumkan, Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri yang dikurniakan pada Datin Seri Rosmah Mansor pada 2005 turut ditarik balik.
Katanya, Rosmah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.
"Pada 1 September lalu, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.
"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang sudah dijatuhkan terhadapnya, keahliannya ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September.
Pasangan itu juga telah dilucutkan gelaran mereka di Negeri Sembilan pada 2018.
Bagaimanapun, pasangan itu masih mempunyai banyak gelaran Datuk Seri dari negeri lain.
Najib mempunyai sembilan darjah kebesaran dari Pahang, Perak, Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Rosmah pula mempunyai gelaran dari Pahang, Melaka, Kedah, Sabah dan Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Seri atau yang setaraf dengannya.
Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Haris memaklumkan Darjah Kebesaran yang dikurniakan pada Mohd Arif Abd Rahman turut ditarik balik.
Katanya, Mohd Arif dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2005; Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS) Kelas Ketiga pada tahun 2003 dan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor(AMS) Kelas Keempat pada tahun 2001.
"Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah dan pada 23 Januari 2021, Mahkamah Tinggi telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.
"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahliannya ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September," katanya.
Beliau berkata, penarikan balik dan pembatalan keahlian ketiga-tiga individu berkenaan selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor lapor Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/gelaran-datuk-seri-najib-rosmah-ditarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Amp Datin Dari Najib Rosmah

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Amp Datin Dari Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 180 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Da...
Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

Pulau Pinang Tarik Balik Gelaran Datuk Seri Utama Yang Dikurniakan Kepada Najib

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 201 hits
Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dilaporkan telah bersetuju untuk menarik balik keahlian Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkuat...
Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 209 hits
September 12 2022 PETALING JAYA Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran daripada Najib Razak dan Rosmah Mansor Dalam kenyataan Setiausaha Kerajaan Selangor Haris Kasim berkata penarikan balik itu berkuat kuasa 12 Sept
Penang Governor Strips Najib Of Datuk Seri Title

Penang Governor Strips Najib Of Datuk Seri Title

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 183 hits
Penang is the latest state to strip convicted former prime minister Najib Abdul Razak of his honours State governor Ahmad Fuzi Abdul Razak stripped Najib of the Darjah Utama Pangkuan Negeri title which carries the Datuk Seri honorific A sta...
Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

Keahlian Darjah Kebesaran Selangor Najib Rosmah Dibatal Ditarik Semula

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 361 hits
SHAH ALAM Keahlian Darjah Kebesaran Selangor bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan dan ditarik semula berkuat kuasa hari ini
Najib Tak Tahu Rm42juta Masuk Akaun Rosmah Pulak Tak Tahu Rm6 5juta Tunai Masuk Rumah

Najib Tak Tahu Rm42juta Masuk Akaun Rosmah Pulak Tak Tahu Rm6 5juta Tunai Masuk Rumah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 186 hits
Setelah Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan Rosmah bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak Rosmah membuat kenyataan dalam Mahkamah t...
Rosak Najib Kerana Rosmah

Rosak Najib Kerana Rosmah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 141 hits
Rosmah campuri urusan kerajaan ketika Najib jadi PM kata hakim September 1 2022 Hakim Zaini Mazlan berkata rakaman audio dikatakan perbualan antara Rosmah Mansor dan Najib Razak berkaitan 1MDB jelas menunjukkan dia memberi arahan kepada bek...
Rosmah S Lawyers Ask For Time To Prepare Recusal Submission Judge Says They Should Have Been Ready

Rosmah S Lawyers Ask For Time To Prepare Recusal Submission Judge Says They Should Have Been Ready

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 490 hits
Lawyers for Datin Seri Rosmah Mansor this morning sought more time to present their arguments to recuse High Court judge Mohamed Zaini Mazlan from delivering his verdict in her RM194 million bribery for government contract trial However Zai...
Rakaman Audio Can I Advise You Something Dalam Nada Memerintah Bukti Rosmah Kawal Najib Mahkamah

Rakaman Audio Can I Advise You Something Dalam Nada Memerintah Bukti Rosmah Kawal Najib Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 344 hits
The ReporterMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu Dalam penghakiman setebal 116 halama...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat