Najib Tak Tahu Rm42juta Masuk Akaun Rosmah Pulak Tak Tahu Rm6 5juta Tunai Masuk Rumah



Setelah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan Rosmah bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak, Rosmah membuat kenyataan dalam Mahkamah tersebut.
Dalam nada sebak, beliau berkata, mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan dan beliau sentiasa mengingatkan pasukan peguamnya supaya sentiasa bercakap benar.
"Ini cara saya dibesarkan. Saya tidak mahu bercakap lebih. Saya menghormati keputusan mahkamah dan saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan memori yang baik terhadap sistem keadilan.
"Saya pernah menjadi wanita pertama negara," katanya.
Rosmah berkata, beliau tidak mahu menyebut mengenai sumbangannya, namun menegaskan banyak memulakan program untuk kanak-kanak di negara ini.
Katanya, beliau berasa bangga atas sumbangannya bagi memajukan kanak-kanak di negara ini.
"Saya tak pernah terfikir untuk membazir wang. Saya bertanggungjawab ke atas BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri) dan kami mempunyai RM45 juta, tidak pernah saya sentuh satu sen pun," katanya.
Rosmah berkata, beliau juga tidak pernah mengenali sesiapa dalam Jepak Holdings, syarikat yang dianugerahkan kontrak dalam projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak.
"Tiada siapa nampak saya ambil wang tetapi kalau begitu kesimpulannya, saya serahkan kepada Allah.
"Saya tidak tahu pun jumlah kos projek itu sebanyak itu. Saya hanya bercakap benar dan tiada yang lain, kecuali perkara yang benar," katanya.
Rosmah berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menipu mana-mana persatuan yang dipimpinnya.
"Jadi, apabila saya didakwa di mahkamah, saya terkejut. Saya juga tidak pernah mempengaruhi suami (Datuk Seri Najib Razak). Setiap kali saya buka mulut, dia (Najib) akan kata awak isteri saya, jangan masuk campur," katanya sambil mahkamah supaya berbelas ihsan kepadanya dalam menjatuhkan hukuman.
"Ini boleh berlaku kepada saya, ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau cucu.
"Saya adalah mangsa, ...anda mahu kami sengsara, kami sememangnya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita dan tolong untuk lebih berperikemanusiaan," katanya.
Sementara itu, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, mengemukakan rayuan supaya anak guam dikenakan hukuman ringan.
Beliau meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda minimum kepada Rosmah.
"Rosmah mempunyai perwatakan yang tidak tercela dan berbakti kepada negara sebagai isteri kepada Perdana Menteri, terutama dalam membantu anak-anak kecil yang tidak diberi pendidikan.
"Selain itu, program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) dibangunkan Rosmah bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan ia sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh isteri mana-mana Perdana Menteri di negara ini.
"Rosmah juga mempunyai masalah kesihatan yang perlu dipertimbangkan mahkamah dan orang lain yang terbabit dengan projek itu semuanya bebas sementara hanya beliau didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, Datin Seri Rosmah tetap memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menggesa mahkamah mengambil kira tahap serius kesalahan berkenaan.
Katanya, Rosmah berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan diterima bagi setiap pertuduhan.
"Sebarang keputusan harus membuat mereka yang ingin mengambil rasuah, tidak berbuat demikian. Jika hanya penjara sehari, ia akan memberi isyarat salah kepada rakyat.
"Maksimum atau hampir maksimum hukuman perlu diberikan. Korupsi adalah kesalahan serius," katanya.
Sejurus mendengar kenyataan itu, Rosmah berkata: "Lebih baik bunuh saya."
Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan, yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakiman bertulisnya berkata Rosmah menafikan menerima dua beg berisi wang tunai RM1.5 dan mendakwa satu-satunya perkara yang berlaku pada hari itu hanyalah Saidi Abang Samsudin (bekas pengarah urusan Jepak Holdings), meminta bantuannya berkaitan projek telaga air yang beliau ingin cadangkan kepada Kementerian Pendidikan

“Tertuduh sekadar menafikan yang beliau telah melihat beg-beg tersebut dan Saidi memberitahunya bahawa beliau telah membawakan wang seperti dijanjikan yang mana tertuduh menjawab dengan “Hmmm.”
“Pada akhir kes pendakwaan, saya dapati Saidi seorang saksi yang boleh dipercayai dan menerima versinya. Dalam mana-mana keadaan, saya mendapati bahawa keterangan Rizal dan Rayyan Radzwill Abdullah, yang merupakan rakan kongsi Saidi, telah menyokong penuh versi Saidi,” katanya.
Hakim itu berkata telah dibuktikan juga bahawa Saidi membawa kedua-dua beg ke kediaman tertuduh di Langgak Duta sehingga ke ruang tamu.
“Keterangan Rizal, Saidi, Rayyan Radzwill dan seorang pemandu Shamsul Rizal Sharbini telah menyatakan semula fakta ini.
"Saya berpandangan bahawa pembelaan tertuduh hanyalah penafian semata-mata. Penafian beliau tidak mempunyai apa-apa merit berdasarkan keterangan Rizal, Saidi, Rayyan dan Shamsul.
“Adalah tidak penting sama ada beg-beg tersebut diserahkan secara fizikal kepada beliau.
"Fakta bahawa beg-beg itu telah ditinggalkan di ruang tamu menandakan penerimaannya. Fakta bahawa beliau telah mengarahkan butlernya untuk membawa beg-beg itu ke biliknya di tingkat atas juga menandakan penerimaannya,” kata beliau.
Hakim itu berkata tertuduh telah gagal untuk menyangkal tanggapan mengenai imbangan kemungkinan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah berkaitan penerimaan RM1.5 juta.
Hakim berkata tertuduh juga menafikan telah menerima RM5 juta di Seri Perdana dan mendakwa berada di kediamannya di Langgak Duta.
“Beliau juga mengatakan bahawa Rizal telah mengambil RM5 juta itu untuk dirinya dan perjalanan ke Seri Perdana adalah satu sandiwara.
“Ia bukan satu kebetulan RM5 juta dibayar selepas surat anugerah bertarikh 10 Nov 2016 dikeluarkan kepada Jepak.
“Saidi telah membuat pinjaman sebanyak RM16 juta untuk Jepak dan menggunakan RM5 juta untuk membuat pembayaran itu.
“Ini tentunya selepas Rizal mengingatkan beliau mengenai janjinya untuk membayar tertuduh,” katanya.
Hakim itu berkata wang RM5 juta yang telah dikeluarkan itu dibawa ke Pavilion dan enggan diterima oleh Lawrence Tee Kien Moon, seperti yang dinyatakan dalam kes pendakwaan.
Hantar wang RM5 juta
Beliau berkata tertuduh telah menafikan bahawa Rizal telah menelefonnya pada ketika beliau bersama Lawrence dan dimaklumkan untuk menghantar wang itu ke Seri Perdana.
“Saya dapati penafiannya tidak dapat dipertahan kerana bertentangan dengan fakta bahawa Rizal akan menghadapi masalah dan pada mulanya terpaksa berjumpa Lawrence untuk menghantar wang itu.
"Beliau boleh dengan mudah merancang untuk mengambil wang itu menerusi cara lain. Fakta bahawa dia pergi berjumpa Lawrence untuk menghantar RM5 juta sama seperti fakta dalam pertuduhan meminta wang, iaitu Lawrence telah diamanahkan untuk merangka perjanjian perundingan bagi memudahkan pembayaran yang akan dibuat Saidi,” katanya.
Mohamed Zaini seterusnya berkata Rizal tidak menjangkakan yang Lawrence enggan menerima wang itu kerana jika tidak, beliau tidak akan mengarahkan Saidi untuk ke pejabat Lawrence.
“Adalah tidak masuk akal untuk Rizal menelefon tertuduh kerana keseluruhan rancangan itu dibuat oleh tertuduh sendiri.
“Kenapa Rizal nak bersusah payah memandu ke Seri Perdana jika beliau ingin mengambil wang tunai itu untuk dirinya?
"Beliau pergi ke sana bersama ahli perniagaan Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin yang bersamanya di sepanjang perjalanan. Tidak pernah dicadangkan bahawa Ahmed bersubahat dengan Rizal,” kata hakim itu.

Hakim itu berkata mahkamah telah menerima bahawa Ahmed Farriq adalah saksi yang tidak mempunyai kepentingan dan boleh dipercayai.
“Ahmed Farriq nampak Rizal mengarahkan butler tertuduh untuk membawakan beg ke dalam Seri Perdana.
"Saya juga menerima penjelasan Rizal kenapa beliau meminta pegawai UTK untuk keluar dari kenderaannya sebelum tiba di Seri Perdana,” katanya.
Hakim itu menegaskan bahawa tertuduh telah, dalam pernyataan saksinya, semata-mata menafikan berada di Seri Perdana dan mendakwa beliau berada di pelbagai tempat di Kuala Lumpur pada hari tersebut.
“Ia satu fakta bahawa Seri Perdana merupakan kediaman rasminya. Tidak ada sebab untuk Rizal menghantar beg-beg dengan wang tunai RM5 juta ke sana, jika tidak kerana bahawa ia memang untuk tertuduh,” kata hakim.
Beliau juga mendapati agak sukar untuk menerima bahawa Rizal telah meminta untuk dirinya 15 peratus dari RM187.5 juta, kerana ia satu jumlah yang besar dan beliau hanyalah seorang kakitangan di Pejabat Perdana Menteri.
“Ia suatu yang tidak munasabah untuk menerima bahawa Rizal telah merangka skim itu untuk kepentingannya, kerana tentunya ia akan diketahui.
“Saya ragu-ragu bahawa Rizal akan mengambil risiko sebesar itu. Pada pandangan saya bahawa beliau hanya mampu untuk meminta wang, kerana beliau telah diarahkan oleh tertuduh.
“Saya mendapati penafian tertuduh tidak dapat dipertahankan. Untuk mencadangkan bawah Rizal dengan beraninya mengaturkan skim seperti itu tanpa diketahui tertuduh, agak susah untuk dipercayai.
“Sebagai contoh, kenapa Rizal bersusah payah untuk membawa Saidi dan Rayyan bertemu tertuduh di kediamannya jika beliau mempunyai kuasa yang sebesar itu?,” katanya.
Hakim Mohd Zaini mendapati sukar untuk mencadangkan bahawa Rizal telah mengaturkan Saidi dan Rayyan untuk berada di kediaman tertuduh tanpa pengetahuannya, kerana itu merupakan kediaman persendirian tertuduh.
“Agak sukar untuk diterima bahawa Rizal telah mencuba nasib untuk beliau ada di rumah dan kemudiannya membawa Saidi dan Rayyan tanpa sebarang agenda. Adalah lebih berkemungkinan bahawa Rizal telah memaklumkan tertuduh dan membuat aturan awal untuk kedua-dua mereka bertemu tertuduh,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/najib-tak-tahu-rm42juta-masuk-akaun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dan Rosmah Masuk Penjara Disebabkan Kalah Pru14

Najib Dan Rosmah Masuk Penjara Disebabkan Kalah Pru14

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 131 hits
Malang yang menimpa pada Najib Razak Rosmah Mansor dan Zahid Hamidi adalah kerana Umno kalah PRU14 pada May 2018
Rm60 6 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

Rm60 6 Juta Masuk Ke Akaun Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 94 hits
MalaysiakiniMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang berjumlah RM60 6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Razak dalam dua transaksi pada 2011 Pengurus Cawangan Ambank Berhad Jalan R...
Rakaman Audio Can I Advise You Something Dalam Nada Memerintah Bukti Rosmah Kawal Najib Mahkamah

Rakaman Audio Can I Advise You Something Dalam Nada Memerintah Bukti Rosmah Kawal Najib Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 275 hits
The ReporterMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menguasai suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak dan mempunyai kawalan ke atas bekas Perdana Menteri itu Dalam penghakiman setebal 116 halama...
Lepas Najib Masuk Penjara Pn Mahu Ambil Alih Peranan Kaki Pusing Politik

Lepas Najib Masuk Penjara Pn Mahu Ambil Alih Peranan Kaki Pusing Politik

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 125 hits
Kenyataan berputar belit Pengerusi Perikatan Nasional sejak beberapa hari lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan pemerhati politik apakah selepas bekas Perdana Menteri Najib Razak yang terkenal berbelit di media sosial masuk penjara temp...
Masuk Showroom Bmw Berselipar Jepun Tak Dilayan Lepas Tabur Rm100 000 Tunai Berebut Salesman Datang

Masuk Showroom Bmw Berselipar Jepun Tak Dilayan Lepas Tabur Rm100 000 Tunai Berebut Salesman Datang

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 111 hits
Ini satu kisah yang boleh dijadikan iktibar di mana seorang lelaki mendedahkan kawannya berselipar jepun masuk ke 8216 showroom 8217 untuk membeli sebuah kereta jenama BMW tetapi tidak dilayan Memang benar penampilan serta rupa paras seseor...
Rumah Dipecah Masuk Pelabur Forex Rugi Lebih Rm600 000 Rupa Rupanya Anak Saudara Berusia 19 Tahun Dalang Rompakan

Rumah Dipecah Masuk Pelabur Forex Rugi Lebih Rm600 000 Rupa Rupanya Anak Saudara Berusia 19 Tahun Dalang Rompakan

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 232 hits
Rumah dipecah masuk pelabur forex rugi lebih RM600 000 Rupa rupanya anak saudara berusia 19 tahun dalang rompakanSiasatan polis mendapati dalang rompakan itu ialah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang merupakan anak saudara mangsa Ga...
38 Cek Berjumlah Rm8 4 Juta Dikeluarkan Melalui Akaun Najib Mahkamah Diberitahu

38 Cek Berjumlah Rm8 4 Juta Dikeluarkan Melalui Akaun Najib Mahkamah Diberitahu

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 122 hits
38 cek berjumlah RM8 4 juta dikeluarkan melalui akaun Najib mahkamah diberitahu September 7 2022 Bekas perdana menteri Najib Razak dibicarakan atas 25 pertuduhan menyalahguna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM...
Lihat Bagaimana Rm2 6 Bilion Masuk Ke Poket Najib

Lihat Bagaimana Rm2 6 Bilion Masuk Ke Poket Najib

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 107 hits
Walau Najib dah masuk penjara itu kes SRC di mana Najib sapu RM42 juta Namun Najib sedang dibicara sekarang untuk satu lagi kes kerana songlap RM2 6B wang rakyat dalam isu 1MDB Ini sumber DOJ Kalau nak saman saman DOJ
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi