Gelagat Comel Ayah Bebel Asyik Kena Ambil Barang Anak Pakat Lari Bila Runner Tiba
Ceria rumah tangga apabila ada ahli keluarga yang bermacam gelagat dan pandai gurau senda. Gurauan inilah yang menjadi salah satu pengerat kasih sayang dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @Frhtkh_ berkongsi video lucu si ayahnya yang ‘membebel’ dengan sikap ahli keluarga yang ‘lari’ bila runner tiba menghantar barang.
“Lepas ni malas dah nak ambil barang. “Assalamua’laikum“, dia lari, aku kena pergi. “Assalamua’laikum”, lari.. aku kena pergi.
“”Berapa ringgit dik? RM23“. Bayar dulu..
“Baik aku mandi bagus, kang orang panggil aku dalam bilik air.”
Ayah aku dah stress weh hari hari muka dia je kena keluar rumah ambikkan barang & makanan kitorang 😂 pic.twitter.com/sj8kWUOJ4H
— jc (@frhtkh_) May 18, 2020
Menurut @frhtkh_, ayahnya bukanlah betul-betul stress, namun hanya membebel secara main-main sahaja. Malah tambahnya, dia turut membayar semula wang si ayah yang didahulukan untuk membayar penghantar.
‘Bebelan’ si ayah menghiburkan hati lebih 400 ribu pengguna media sosial yang menonton video tersebut.
hahahaha “ kalau orang panggil aku dalam bilik air “ 🤣🤣🤣🤣
— bella (@bellalatifff) May 18, 2020
“baik aku mandi lah bagus. kang orang panggil aku dalam bilik air” 😂😂😂😂😂
— nīsha (@nisharosdi) May 18, 2020
Dia lah tukang ambik, dia lah tukang bayar 🤣
— 𝔣𝔞𝔩𝔦𝔮𝔣𝔞𝔥𝔪𝔦𝔢 | (@faliqfahmie) May 18, 2020
Perempuan kena pakai tudung lagi
Hahahahhahahahah lol very accurate! Sbb perempuan nak kena pakai tudung lagi. Kalau lelaki senang je. 🤣
— Adinda (@Syaqinah97) May 18, 2020
Hahahahaha macam gini jugak la adik lelaki aku jc. Kadang dia nganjing aku, “harinii berapa banyak barang kau aku nak kena ambik?” 🤣
— Yusrina Yusri (@YusrinaYusriii) May 18, 2020
Nak tidur pun tak tenang
Kata seorang pengguna, dia sebagai lelaki juga sering diminta untuk mengambil barang yang dihantar posmen ataupun runner hinggakan nak tidur pun tak tenang.
Tuh lah.. Klo ader lelaki dalam rumah ni nk tido pon xtenang, pos laju/runner makanan yg datang depan rumah, sanggup plak kakak aq dia pi kejut aq yg tngh layan tido semata2 duk suruh ambilkan barang/makanan dia yg dh smpai, Aduhaii naseblah aq nim adik, Sabau jer la
— SYaRief (@Shahreafz) May 18, 2020
“assalamualaikum je dia lari” sis sameee 🤣🤣🤣 lepastu bagi alasan yg dtg tu laki lah, pakai T lengan pendek lah, baju tak senonoh lah 😂
— 🌻 (@munirahwyd) May 18, 2020
Pak mertua siap kuarantin bungkusan
Ni pak mertua aku.. musim PKP ni dia jer yg jadi tukang received parcel.. yg best klw seller tnya brg ok ke dak?? Mmg xdpt nk jawab sbb brg2 yg diterima semua dia kuaratinkan..😅 Bapak aku dh lama meninggal.. tumpang kasih pak mertua jela.. https://t.co/WPIPJqbED0 pic.twitter.com/8Bj3HCKiQP
— kaki_bebel (@Suha_nna) May 18, 2020
Sumber: @Frhtkh_
The post Gelagat Comel Ayah ‘Bebel’ Asyik Kena Ambil Barang, Anak Pakat Lari Bila Runner Tiba appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/05/19/gelagat-comel-ayah-bebel-asyik-kena-ambil-barang-anak-pakat-lari-bila-runner-tiba/