Jarang Nak Tengok Anak Besar Rapat Dengan Ayah Rahsianya Banyakkan Berbual Dengan Anak Jozlyn


Tak banyak kita tengok keluarga yang betul-betul rapat terutama anak lelaki dan ayahnya. Kalau ada pun jarang-jarang berlaku. Mungkin sesetengah masyarakat kita masih lagi mengamalkan tradisi dimana anak perlu takut dengan ayah atau lebih tepat corak didikan gaya autoritarian.
Namun ada juga yang mengamalkan didikan gaya autoritatif iaitu tegas dalam sesuatu hal namun boleh menjadikan anak-anak sebagai kawan. Rapat dan mesra. Begitulah yang boleh digambarkan bagi keluarga Jozlyn, Johan raja lawak dan Ozlynn wati, pelakon terkenal.
Jozlyn melalui instagramnya berkongsi gambar anak sulung bersama johan meluangkan masa bersama selepas sahur. Ozlyn juga menitipkan beberapa nasihat buat ibu bapa lain agar sentiasa mengawal dan memahami anak-anak agar anak-anak dapat menjadi anak yang soleh.

Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tengok bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak-anak aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nanti jadi kebiasaan.. dia akan pelok aku dan terus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar. Nanti dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u..”
Bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak-anak memerlukan pengorbanan besar ibubapa.

Setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org tak ada anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek dan kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak-anak.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran..
Kami juga pernah melalui fasa yang sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.
Kepada mak ayah yang bagi anak-anak hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kat fon korg.. zaman canggih ni sangat menakutkan.. kalau tengok instagram yang dm aku banyak budak bawah umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorang dari segi nasihat.. bagi semangat.. rata-rata yang dm semua bagitahu kurang mendapat perhatian mak ayah.

Aku tidak menyalahkan mana-mana pihak.. tap cukup apa yang aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorang jadi anak yang baik soleh dan solehah.. dan aku harap korang.. yang ada anak-anak plsss rajin la berbual.. amik tau tentang apa yang anak-anak “RASA”.. bukan ikut “MASA” yang korang ada.. moga yang baik-baik saja untuk keluarga kita semua aamiin.
 
View this post on Instagram  
Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u.. “ bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.. kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.. tp cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin
A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on May 14, 2020 at 3:14pm PDT

Asuhan merupakan satu elemen yang merangkumi aspek mendidik, memberi pelajaran dan membesarkan. Manakala mengasuh bererti memberikan pelajaran, pendidikan dan bimbingan dalam konteks memerhati, menjaga serta mengawal perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi. Seterusnya keibubapaan pula adalah cara, gaya, kemahiran dan ketrampilan menjadi ibu bapa. Secara umumnya, gaya asuhan ibu bapa dapat didefinisikan sebagai kaedah atau cara ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka.
Oleh yang demikian gaya asuhan ibu bapa merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempengaruhi kesejahteraan hidup remaja.
Hal ini kerana gaya asuhan ibu bapa mempunyai perkaitan yang kuat dengan pembentukan kendiri remaja termasuklah dari segi pencapaian akademik, cara remaja menyelesaikan masalah, tingkah laku berisiko, kesihatan mental, penghargaan kendiri dan kemurungan (Russell et al., 2010).
Zaman remaja merupakan satu zaman peralihan yang begitu mencabar kerana pada ketika ini adalah merupakan masa remaja untuk mencari identiti dan menilai diri. Remaja dalam pandangan umum ialah satu golongan yang berada pada zaman transisi di antara zaman kanak-kanak dan zaman dewasa. Pada tempoh tersebut, berlaku perkembangan yang pesat dari sudut fizikal, spiritual, daya intelektual, kecenderungan dan kemampuan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Jenis Gaya Asuhan
Menurut Baumrind (1971), gaya asuhan ibu bapa adalah terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya autoritatif, gaya autoritarian dan gaya permisif.

Gaya Autoritatif
Gaya autoritatif adalah ibu bapa yang mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, serta sentiasa melibatkan diri bersama dengan anak-anak. Gaya ini dapat membentuk anak-anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggungjawab dan meningkatkan kompeten dari aspek kognitif. Anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang demokratik cenderung untuk menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya, Baumrind (1989).
Gaya Autoritarian
Gaya autoritarian merupakan ibu bapa yang meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-anak dengan mempraktikkan pendekatan kawalan, hukuman, dan peraturan yang ketat yang tidak membenarkan anak-anak mempertikaikannya. Gaya ini menyebabkan anak-anak cenderung untuk berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, mempunyai konsep kendiri yang rendah dan kurang motivasi untuk berdikari.
Gaya Permisif
Gaya permisif pula merujuk kepada ibu bapa yang mesra, terlalu berlembut dan memenuhi kehendak anak-anak tanpa kawalan. Hal ini akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung, kurang berdikari dan impulsif. Walaubagaimanapun, anak-anak yang diasuh oleh ibu bapa dengan gaya permisif adalah lebih gembira dan cepat pulih dari sesuatu tekanan atau pun krisis berbanding kanak-kanak yang dibesarkan secara autokratik (Baumrind, 1989).
Sumber: Jozlyn, myhealth portal
The post “Jarang Nak Tengok Anak Besar Rapat Dengan Ayah” Rahsianya, Banyakkan Berbual Dengan Anak – Jozlyn appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jarang-nak-tengok-anak-besar-rapat-dengan-ayah-rahsianya-banyakkan-berbual-dengan-anak-jozlyn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Mesti Jadi Hero Di Hati Anak Perempuan Barulah Sampai Besar Dia Bangga

Ayah Mesti Jadi Hero Di Hati Anak Perempuan Barulah Sampai Besar Dia Bangga

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 499 hits
Bagi anak perempuan ayah adalah lelaki pertama yang dia kenali dalam hidupnya dan cinta pertama mereka Jadi waktu ini jangan dilepaskan begitu saja kerana banyak momen yang boleh anda cipta untuk tinggalkan kenangan buat si anak apabila mer...
Macam Mana Anak Nak Pintar Kalau Diracun Jajan Setiap Hari Jajan Akan Kecilkan Pusat Memori Otak

Macam Mana Anak Nak Pintar Kalau Diracun Jajan Setiap Hari Jajan Akan Kecilkan Pusat Memori Otak

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 423 hits
Kita memang sedia maklum makanan ringan sememangnya tiada khasiat langsung untuk tubuh badan Tetapi keenakan jajan membuatkan kita terlupa tentang bahayanya kandungan bahan yang terdapat dalam makanan ringan ini Resipi Wajib Cuba Elak perke...
Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

Ada Cara Nak Mencegah Kerosakan Gigi Pada Anak Lepas Ni Tiada Lagi Gigi Rongak Atau Berlubang

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 378 hits
Masalah gigi rongak gigi hitam dan gigi berlubang bukan lagi perkara asing untuk kita lihat berlaku pada kanak kanak Gigi yang dahulunya putih dan tersusun rapi kini sudah menghilang Masalah kerosakan gigi pada kanak kanak ini berlaku diseb...
Blok Nombor Tak Bagi Jumpa Anak Erin Tak Nak Ada Kaitan Dengan Da I Farhan

Blok Nombor Tak Bagi Jumpa Anak Erin Tak Nak Ada Kaitan Dengan Da I Farhan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 474 hits
Dia ada cakap nanti lepas lahir nak jumpa baby Bila dia cakap begitu memang tak lah saya nak bagi dia jumpa dengan baby ini Bekas isteri Da i Farhan Noorainul Naqim Mohd Radzi yang lebih dikenali sebagai Erin nekad tidak mahu bekas suami be...
Nor Hidayah Sayu Perkataan Pertama Anak Sebut Adalah Ayah

Nor Hidayah Sayu Perkataan Pertama Anak Sebut Adalah Ayah

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 370 hits
Kemelut antara Ali Puteh dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah kembali menjadi bualan ramai apabila pelawak itu mendakwa tidak dibenarkan The post appeared first on
13 Tahun Tanpa Berita Lepas Berhijrah Ke Malaysia Anak Warga Indonesia Ini Rayu Kuasa Viral Kesan Ayah Kesayangan

13 Tahun Tanpa Berita Lepas Berhijrah Ke Malaysia Anak Warga Indonesia Ini Rayu Kuasa Viral Kesan Ayah Kesayangan

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 527 hits
Platform media sosial seperti Twitter turut digunakan sebagai medium untuk mencari insan tersayang yang telah terpisah sekian lama Beberapa pertemuan semula di antara ibu dan anak adik beradik kandung atau rakan rakan lama membuktikan cara ...
3 Tahun Terasa 30 Tahun Menunggu Bertahun Tumpang Kasih Anak Orang Ika Nabella Nak Lebih Banyak Zuriat

3 Tahun Terasa 30 Tahun Menunggu Bertahun Tumpang Kasih Anak Orang Ika Nabella Nak Lebih Banyak Zuriat

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 500 hits
Pelakon menerusi instagramnya meluahkan rasa syukur kerana dia akhirnya dapat menyaksikan sendiri bagaimana anaknya Muhammad Noah Zayn 6 bulan membesar Baca Menurutnya lagi ini merupakan momen momen yang indah bagi seorang wanita yang berge...
Jangan Lepaskan Marah Guna Tangan Jika Berterusan Anak Tak Lagi Percaya Ibu Ayah

Jangan Lepaskan Marah Guna Tangan Jika Berterusan Anak Tak Lagi Percaya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 378 hits
Pukul anak dengan niat untuk ajar bukan sesuatu yang boleh membantu Sebaliknya jika keadaan ini berterusan ia boleh membuatkan akan pendam perasaan dan tak mustahil bila besar akan menjadi anak yang semakin degil Menurut Terapis Cara Kerja ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba