Gel Rawatan Mata Anti Lingkaran Gelap Dari Cosmoderm
Assalamualaikum 💕
Hai semua apa khabar? Di harap sihat dan cantik selalu. Kenapa Shailla cakap cantik selalu? Ini kerana Shailla ingin berkongsi satu produk penjagaan mata dari Cosmoderm.
Pernah dengar ayat dari mata turun hati? Tipulah kalau ada yang kata tidak pernah dengar, sekeh karang... Hahaha. Tapi cuba korang bayangkan bagaimana dari mata akan turun ke hati jika pandang-padang mata tengok lebam dah macam mata panda.. Ngeh..ngeh..ngeh..
Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata :
Kurang Tidur
Kebiasannya apabila korang mengalami 'mata panda' ataupun lingkaran gelap bawah mata, ini adalah kerana korang tidak cukup tidur. Kekurangan tidur atau keletihan akan menyebabkan kulit menjadi pucat menjadikan darah di bawah kulit menjadi lebih kelihatan dan lebih biru atau lebih gelap
Terdedah dengan cahaya matahari
Sinaran matahari boleh menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam. Pendedahan lama kepada cahaya matahari menghasilkan lebih banyak melanin di sekitar mata. Sebab itulah warna bawah mata koarang menjadi lebih gelap.
Perubahan hormon
Wanita yang mengalami perubahan hormon kulitnya akan mengalami banyak perubahan. Biasanya, semasa kehamilan dan fasa haid akan menyebabkan kegelapan pada bawah mata. Punca ini sukar untuk dielakkan, melainkan jika korang mengubah gaya hidup dengan mengawal stress
Penuaan
Faktor usia juga akan menyebabkan lingkaran hitam pada bawa mata. Ini kerana, umur yang semakin tua akan membuatkan kulit di sekeliling mata menjadi lebih nipis yang menjadikan saluran darah lebih menonjol.
Kekurangan nutrisi
Lingkaran gelap bawah mata boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Sebaiknya, korang perlu mengambil makanan sihat dan berkhasiat yang mengandungi vitamin seperti A,C,K dan E. Vitamin-vitamin ini mampu membantu untuk menghilangkan lingkaran hitam yang boleh membuatkan penampilan korang terganggu.
Haaaa... Macamana hendak atasi lingkaran gelap bawah mata ini? Meh sini Shailla ingin berkongsi satu produk bagus bagi mengatasi lingkaran gelap bawah mata.
Gel Rawatan Mata Anti Lingkaran Gelap
Apa yang bagus tentang produk ini adalah :
1) Halal2) Kelulusan dari GMP3) Tiada Paraben4) Tiada SLS/SLES
Antara Kelebihan Produk ini adalah :
1) Membantu menganjalkan struktur kulit2) Mengurangkan sembap serta lingkaran gelap di sekeliling mata
3) Licin, tanpa minyak dan mudah diserap untuk melembabkan lapisan epidermis4) Mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis
5) Sesuai untuk kulit lembut dan sensitif di sekeliling mata
6) Gel rawatan yang diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstak tumbuhan yang mencerahkan lingkaran hitam, mata bengkak dan garisan halus.
7) Menyegarkan dan menyamankan kulit keliling mata
8) Menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam.
9) Sesuai untuk lelaki dan wanita peringkat remaja dan dewasa.
10) Sesuai untuk Kulit Kering & Sensitif
Cara Penggunaan :
Cara Pemakaian amat mudah. Pasti muka korang sudah dibersihkan terlebih dahulu sebelum memakai gel ini.
Picit sedikit pada jari kemudian, dap dap dap dibawah mata perlahan-lahan sehingga gel ini meresap ke dalam kulit
Digunakan 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan juga malam. Macam Shailla akan memakainya sebelum tidur
Apa yang bagus tentang produk ini dari pengalaman Shailla menggunakanya adalah ia amatlah mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana. Mana tidaknya di bungkus dalam tiub yang kecil memang senag hendak selit di mana-mana apatah lagi untuk bawa berjalan.
Selain itu juga gel ini cepat meresap didalam kulit korang dan tidak melekit. Shailla memankai dalam beberapa saat sahaja meresap ke dalam kulit. Ia juga tidak menyebabkan bawah mata korang berminyak.
Korang perasan tak? Jika korang make up, tepi mata korang kadang-kadang ada kesan rekahan. Dengan pemakaian gel ini, kesan rekan tepi mata itu dapat diatasi ini kerana gel itu melembap dan tidak menyebabkan kekeringan.
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari:
Website : www.cosmoderm.com.my
Facebook : www.facebook.com/cosmoderm
Instagram : www.instagram.com/cosmoderm
Sekian Terima Kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shazillahsani.com/2018/12/gel-rawatan-mata-anti-lingkaran-gelap.html