Akta Anti Lompat Parti Penting Hentikan Masalah Melompat Parti


Muzaffar Syah Mallow, Astro Awani Akta berkenaan dicadang bagi melindungi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang telah memberi undi mereka terhadap ahli politik yang telah dipilih dan dilantik melalui proses pilihan raya. - Gambar hiasan NEGARA kita perlu mewujudkan sebuah undang-undang khusus mengenai “Anti Lompat Parti” bagi menghentikan tindakan mana–mana Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang telah dipilih dan dilantik oleh rakyat melalui proses pilihan raya daripada melompat parti atau berhenti daripada jawatan yang dipegang oleh mereka dengan sesuka hati tanpa sebab–sebab yang munasabah.

Akta khusus mengenai perkara terbabit adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan pentadbiran negara kita untuk jangka masa panjang.

Sekiranya mana–mana Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen mengambil tindakan dengan sesuka hati mereka dengan melompat parti atau mengosongkan kerusi yang telah dimenangi oleh mereka tanpa sebarang sebab yang munasabah ini akan menyebabkan negara kita berada dalam keadaan politik yang tidak menentu buat selama-lamanya.

Sekiranya keadaan politik negara kita tidak menentu, ia sudah pasti akan memberi impak terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam negara kita.

Apa yang paling penting melalui cadangan akta berkenaan ialah untuk melindungi kepentingan dan kepercayaan rakyat yang telah memberi undi mereka terhadap ahli politik yang telah dipilih dan dilantik melalui proses pilihan raya.

 Namun perlu diketahui, adalah sukar untuk cadangan akta terbabit dilaksanakan pada masa kini dalam negara kita kerana ia dilihat bertentang dengan prinsip dan jaminan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan selaras dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, sudah terdapat kes mahkamah yang jelas terhadapnya.

Pada April 1992, Mahkamah Agung (Mahkamah Persekutuan kini) ketika itu dalam kes Nordin Salleh v Dewan Undangan Negeri Kelantan [1992] 1 CLJ 343: [1992] 1CLJ 463 telah memutuskan bahawa undang-undang yang mewajibkan seseorang anggota dewan yang bertukar parti untuk mengosongkan kerusi bercanggah dengan prinsip kebebasan untuk seseorang itu berpersatuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Di dalam kes Nordin Salleh ianya berlaku ekoran tindakan kerajaan Kelantan, dan diikuti kerajaan Sabah, ketika itu mengubal undang-undang anti-lompat bagi mengelakkan wakil rakyat bertukar parti.

Walaupun terdapat kes mahkamah mengenai isu terbabit, namun perlu diketahui juga pihak Mahkamah Persekutuan juga mempunyai kuasa untuk mengubah keputusannya sendiri.

Pihak Mahkamah Persekutuan boleh diberi peluang untuk mengkaji semula keputusan Nordin Salleh itu serta mendapat satu bentuk perundangan yang baru terhadap isu lompat parti dan pengosongan kerusi tanpa sebab yang munasabah ini dalam negara kita.

Proses pengkajian ini bukan lah satu perkara yang baru dilakukan. Proses pengkajian semula ini boleh dilihat di dalam kes Adorna Properties lwn Boonsom Boonyanit, di mana keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2000 telah dikaji semula oleh Mahkamah yang sama pada tahun 2010.

Sebagaimana pihak Mahkamah Persekutuan telah mengkaji semula keputusannya dalam kes Boonsom Boonyanit selepas 10 tahun, adalah diharap pihak Mahkamah Persekutuan dapat mengkaji semula keputusannya dalam kes Nordin Salleh bagi menyelesaikan isu lompat parti dan pengosongan kerusi tanpa sebab yang munasabah dalam negara kita ini.

Banyak negara sudah memperkenalkan undang-undang ini kerana implikasinya yang besar kepada ketidakstabilan politik dan keamanan dalam sesebuah negara.

Kebanyakan negara mensyaratkan bahawa mana-mana wakil rakyat terutamanya mereka yang ingin bertukar parti boleh berbuat demikian selepas mereka mengembalikan jawatan dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sekali lagi.

Amalan ini sama sekali tidak menjadi halangan kepada hak memilih persatuan, dan boleh dipertimbangkan Mahkamah Persekutuan kelak dalam membuat interpretasi baru yang sesuai dengan keadaan semasa dan perubahan pada masa kini dalam negara kita demi kestabilan politik jangka panjang dalam negara kita serta mengelakkan negara kita menjadi kucar-kacir akibat daripada isu lompat parti atau pengosongan kerusi tanpa sebab yang munasabah yang dilihat tidak berkesudahan ini.



* Dr Muzaffar Syah merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/akta-anti-lompat-parti-penting-hentikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Segera Gubal Akta Lompat Parti

Kerajaan Perlu Segera Gubal Akta Lompat Parti

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 294 hits
KOTA BHARU Pas berpandangan sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta menyekat daripada berlakunya budaya lompat parti di negara ini Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata budaya tersebut perlu dikekang daripada wujud da...
Pelompat Parti Lebih Hina Daripada Pelacur Jalanan Sudah Tiba Masanya Undang2 Anti Lompat Parti Perlu Dikuatkuasakan

Pelompat Parti Lebih Hina Daripada Pelacur Jalanan Sudah Tiba Masanya Undang2 Anti Lompat Parti Perlu Dikuatkuasakan

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 436 hits
Episod keluar parti secara berkumpulan melibatkan pemimpin UMNO kebelakangan ini dan dijangka akan terus berlaku lagi adalah perbuatan yang paling hina lagi menjijikkan Ini kerana mereka keluar parti bukan kerana berbeza perjuangan disisihk...
Trend Lompat Parti Menganggu Kestabilan Politik

Trend Lompat Parti Menganggu Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 761 hits
Ramainya pemimpin BN kini dilihat meninggalkan parti dan mahu lompat ke parti kerajaan terutamanya dari parti UMNO ke parti PPBM dilihat sebagai suatu trend yang membimbangkan bukan sahaja kepada parti pembangkang itu sendiri malah kepada i...
Ahli Umno Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada Mp Yang Lompat Parti

Ahli Umno Jangan Marah Tapi Berterimakasih Pada Mp Yang Lompat Parti

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 351 hits
Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar malah angka sebenar adalah 37 ...
Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

Lompat Parti Kerana Mahu Menguasai Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Bersatu agar berjaga jaga dengan ahli Umno yang melompat parti Menurutnya ahli Umno yang menyertai Bersatu mempunyai agenda tertentu iaitu mahu menguasai parti kerajaa...
Mp Melayu Umno Pembelot Islam Kerana Lompat Parti Kata Ismail Sabri

Mp Melayu Umno Pembelot Islam Kerana Lompat Parti Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 387 hits
Ahli Parlimen Umno yang melompat parti bukan sahaja membelot pengundi kawasan mereka malah membelot kepada Islam dan orang Melayu secara keseluruhannya Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap 37 Ahli Parlimen yang masih k...
Lompat Parti Hilang Jati Diri Seorang Pemimpin

Lompat Parti Hilang Jati Diri Seorang Pemimpin

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 360 hits
Selepas pilihan raya umum yang ke 14 Kerajaan Malaysia di teraju Pakatan Harapan Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk hanya tinggal dua negeri sahaja iaitu negeri Perlis dan negeri Pahang Manakala Pakatan Harapan merampas beberap...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin