Garci Pro Gel Bantu Hilangkan Sakit Kaki Mudah Untuk Menunaikan Terawih
Garci Pro Gel Bantu Hilangkan Sakit Kaki, Mudah Untuk Menunaikan Terawih | Assalamualaikum semua.. Ramadan tiba.. Ramadan tiba.. Eh, ternyanyi pulak. Mana taknya, rasa gembira dan bersyukur sangat dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Tapi sedikit sedih juga sebab tak dapat balik kampung untuk berpuasa dengan mak. Huwaaa, rindunya kat mak. Tapi takpe la, demi keselamatan semua kena la berkorban kan. Tambah pula sekarang ni wabak Covid-19 masih menular, kena la bersabar.
Oh ya, tahun ni tahun kedua kita berpuasa dalam norma baharu kan. Walaupun kerajaan dah membenarkan kita berterawih di masjid tapi sis memilih untuk melakukannya di rumah sahaja. Bukan apa, lately ni kaki sis selalu sakit kat bahagian betis. Kisahnya yang boleh jadi sakit ni sebab masa lepas dah boleh rentas daerah hari tu, sis pun balik ke rumah sewa sis di Subang Jaya. Rumah sewa sis ni dah setahun ditinggalkan sebab PKP, jadi sis pun busy la mengemas. Nak dijadikan cerita, rumah sis ni di tingkat 5 dan tak ada lift jadi bila nak buang sampah ke, nak angkat barang ke, memang kena turun naik tangga. Dalam sehari tu ada la juga 4-5 kali ulang alik. So, bermula dari situ la kaki sis jadi sakit.
Bila dah terasa sakit ni, apa lagi terus la sis order Garci Pro Gel. Sebenarnya sis memang pengguna Garci Pro Gel ni tapi yang sis guna dulu dah habis. Tu yang kena order lagi. Ye la, risau juga kalau sakit kaki ni akan mengganggu Solat Terawih kan. Sejujurnya sis memang dah jatuh cinta dengan Garci Pro Gel ni sebab ia dapat membantu hilangkan rasa lenguh dan sakit kaki tau. Memang best. Malah mak sis pun pengguna produk ni tau dan katanya hilang rasa kebas kat tangan lepas guna. Hehe, ni review jujur tau sebab kami dah guna dah sebelum ni. Tu yang repeat tu.
Ha, korang nak tahu tak kenapa Garci Pro Gel ni bagus untuk menghilangkan rasa lenguh dan sakit bukan sahaja di kaki malah satu badan pun boleh sapu. Ini kerana Garci Pro Gel ni dihasilkan dari minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil yang dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan otot. Selain dari tu, terdapat juga kandungan bahan lain seperti Argan Oil, Peppermint, Menthol Crystals, Green Apple dan Aloe Vera. Semua bahan yang digunakan ini dapat memberi manfaat seperti :
Manfaat Garci Pro Gel dapat membantu hal berikut :
✔ Membantu melancarkan Pengaliran Darah Dan Merawat Saluran Darah Tersumbat✔ Membantu Proses Rawatan Kebas Pada Anggota Badan✔ Merawat Urat Saraf Yang Rosak Penyebab Kebas ✔ Melegakan Kekejangan Otot Dan Sendi✔ Melegakan Sakit Urat Dan Sakit Lutut✔ Membantu Mengurangi Risiko Strok dan Serangan Jantung Mengejut✔ Melegakan Selsema dan Pening Kepala✔ Melegakan Sakit Perut/Senggugut✔ Membuang angin dalam badan
Ha, nampak tak banyak kan manfaat Garci Pro Gel ni. Tu sebab bila dah guna ni sis dah tak cari minyak urut lain. Lagipun sis suka Garci Pro Gel ni sebab tekstur dia ringan dan lembut. Bila sapu tu cepat je meresap kat dalam kulit dan tak rasa beminyak pun. Paling best, effect masa sapu tu rasa sejuk dan berangin je tau. Pastu kalau urut sikit ha jaga la, habis keluar angin kat badan. Silap-silap atas bawah keluar angin.. hehe. Bau dia pun best tau.
Oh ya, berbalik kepada masalah sakit kaki sis tadi sis amalkan sapu dengan Garci Pro Gel di bahagian betis 3 kali sehari. Setakat sis dapat menunaikan solat terawih tanpa ada masalah walaupun sebelum ni kaki sis sakit. Syukur sangat. Selain dari tu, sis pun ada juga sapu kat bahagian perut sebab Garci Pro Gel ni boleh membantu memecahkan lemak tau. Almaklum la, time berbuka makan tak hengat kan. Pastu mula la perut kekenyangan. Lagipun time raya nanti sis nak juga merasa pakai kebaya raya. Harap-harap tercapai la.. hehe. Pastu sis selalu lenguh-lenguh tangan, tambah lagi kalau banyak menaip. Mujur la ada Garci Pro Gel ni. Memang penyelamat keadaan 👍
So, sis sarankan pada sesiapa sahaja baik lelaki atau wanita yang ada masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya untuk menggunakan Garci Pro Gel. Untuk orang yang aktif bersukan pun sesuai tau. Ni sedikit tips untuk penggunaan Garci Pro Gel mengikut situasi dan sakit :
Sakit kebas kurang dari 6 bulan - Dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.Sakit kebas lebih dari setahun dan stroke - Dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali.
Alhamdulillah, setakat penggunaan Garci Pro Gel ni dapat membantu hilangkan sakit kaki, jadi mudah untuk sis menunaikan Solat Terawih. Memang sis berpuas hati dengan hasilnya. Kalau dulu sis cuba sebab baca testimoni dan feedback orang lain tapi sekarang dengan testimoni dari sis sendiri ni diharap dapat membantu orang lain pula. Jangan risau, Gel Garci.PRO ni mengandungi 100% bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Produk keluaran MISG GlobalWebsite : garciprohq.comIG: garcipromalaysiaFB: Garci Pro Malaysia - AppleFit------------------------------------------------------------
PROMOSI Garci Pro Massage Gel
HARGA ASAL GELRM129
TAPI ⤵️Pakej 1 : 1 BOTOL = RM90Pakej 2 : 2 BOTOL = RM170 + FREE 1 BOTOL
POSTAGE PERCUMA seluruh semenanjung Malaysia
Berminat?? sila wasap www.wasap.my/dikbee
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2021/04/garci-pro-gel-mudah-menunaikan-terawih.html