Gara Gara Handphone Rosak Masa Pergi Travel Tak Sangka Boleh Sangkut Jodoh


Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia perancangan Allah SWT yang tiada sesiapa pun yang mengetahuinya. Jika memang sudah ditakdirkan bersama, tidak kira sesukar mana halangan, pasti akan bersatu.
Jodoh juga datang tanpa disangka. Begitulah yang berlaku pada Syu Aziz. Dalam sibuk-sibuk pergi melancong, boleh tersangkut jodoh. Perancangan Allah tiada siapa yang mampu menduga.
Ikuti perkongsian Syu Aziz.
Okay, saya nak share trip bulan 10 tahun lepas ke rumah mentua saya di Lahaul, Himachal Pradesh, India.
Terletak di daerah Gondhla & ini kali pertama saya kesana walaupun dah hampir setahun berkahwin. Bagi yang tahu Lahaul Spiti mesti dapat agak tempat dia macam mana. Saya share sedikit gambar-gambar yang bagi saya in real tersangatlah indah. Sedikit cerita seperti berikut ya, maaflah kalau panjang sangat :
Bahasa Lahauli :
🐣Ding antanchi, di jaga nishi tochi (i dekat hujung tu tak bunyi)
🐣Jemput datang, tempat ini sangat cantik
💗Sedikit coretan macam mana saya kenal husband. Saya jumpa dia pada tahun 2015, trip kedua saya ke India, half solo half with geng, Iena & Raha. Saya jumpa dia sebab charger saya hilang. Dan kedai dia dekat main road, dia ada kedai phone & accessories di Manali Mall Road. Saya mulanya tak suka dia sebab dia cas saya mahal, yela saya kan tourist. Masa tu dia tak pandang saya, busy kemas kedai tertonggeng tonggeng, pagi sangat time tu. Cousin dia yang handle saya. Lepas dia pandang, adoi saya pulak yang terkesima jadi tak tentu arah. Sampailah phone saya pulak buat hal, tinggal kedai dia. And lepas handphone elok saya dapat Whatssap dari dia say hi.. Rupanya dia ambik nombor saya masa phone rosak. Saya tak layan tapi lepas tu jadi kawan baik. Sampailah dia propose kahwin. Walaupun ramai girl termasuk foreigner taruh hati pada dia, tapi dia pilih saya dan walaupun saya gemuk masa tu sekarang kecik sikitlah, dia sayang terlampau sayang. Bangga kejap 😂
🍄Rumah mentua berhadapan dengan beberapa ketul gunung ganang yang cantik gila. Bukak pintu rumah or dari dalam bilik kami nampak gah sangat. Seriously terpegun & takjub dengan kuasa Allah SWT. Rumah mentua juga sangat bersih dan terjaga, tersusun. Sejenis saya yang suka benda kemas ni memang happy lah. Hari hari depa sapu, mop lantai especially dapur.
View stunning dari depan rumah. 🍄Sudah masuk winter jadinya tanah, gunung botak tapi sangat cantik dengan autumn yang hampir ke penghujung nampak lawa semuanya. In summer memang hijau, tersangat cantik dan kurang sejuk.
🍄Walaupun saya dan suami menetap di Manali, gunung jugak tapi tak sama dengan Lahaul. Tiada pencemaran langsung, bersih, jalan raya berturap cantik, penduduk tak ramai, sunyi, selamat sampaikan masa reach Lahaul ni terpesona sekejap, semacam datang je dunia lain aje, rare.
🍄Low crime rate di sini atau boleh katakan tiada langsung.
🍄Tiada line telefon kalau ada pun Telco BSNL yang ada 2G je. Maybe next year akan ada 3G, 4G dan lain lain telco like Airtel, Jio dan Idea pulak. Takde line pun saya rasa okay sebab sini tenang, damai walaupun kekadang tu pishang 😅.
🍄Air percuma, klinik kerajaan pun percuma kos rawatan & ubat ubatan.
🍄Air minum fresh, sumber dari glasier atas gunung sedap sangat sangat dan minum terus aje, tak perlu masak.
🍄Dari atas bukit rumah mentua boleh nampak sungai jernih warna biru hijau bak mata Missworld 1994 Aishwarya Rai 😄yang mengalir dari sungai Chandra dari asalnya Chandratal Lake mengalir ke utara.

🍄Tak banyak kenderaan atas jalan raya, bunyi horn juga hampir tiada. Privacy at its best.
🍄Emak, ayah mentua & adik ipar perempuan petani jadi keliling rumah penuhlah dengan pokok sayur macam salad hijau, salad kuning & purple, kobis hijau & purple, carrot, brokoli, kentang merah, tomato, cauliflower, bawang besar, epal, pokok bunga lily, gardenia, rose etc. Agak agak nak makan, pergi cabut salad & carrot makan gitu je sedap sungguh sebab tak gunakan racun perosak. Bawang besar semua size gedabak. Katanya bawang jenis hybrid, patut ler besar pun. Masa nak balik Manali, berguni guni kami dapat bekalan stok sayur, bawang, kentang, butter, ghee, gandum.

🍄Susu nak minum perah sendiri. Minum susu fresh setiap hari. Butter dan ghee pun mentua buat sendiri. Thanks to lembu comel 4 ekor kesemuanya🐄
🍄Mentua sekeluarga cakap bahasa dialek Lahauli jadinya memang saya blur kejap bila depa sembang. Tapi depa tahu hindi so dekat situ bolehlah sembang jugak sebab saya boleh lah jugak cakap hindi. Blur kalau hari hari dengar zong seng toch noch macam bahasa Korea pun ada, cina pun ada, Russia pun ada 😅.
🍄Kehidupan mereka sederhana & sihat walafiat. Nenek mentua saya panggil Dadi masih sihat, tiada penyakit, tak bertongkat, tak pakai spek mata mcm saya walaupun umur nak cecah 90 tahun. Sekali Dadi cengkam tangan saya adoi kuat betul dia ni, agaknya sekali dia lesing berpusing kau 😂. Dadi sangat manja dan selalu usik saya. Dia perfectionist and tak boleh tengok pinggan mangkuk lama dok atas meja, sure dia ambik & basuh. Tu belum tengok dia siapkan tempat tido (winter depa tido dapur sebab ada tandoor heater tu).
🍄Walaupun berbeza agama, adat tradisi, fahaman dan sebagainya saya sangat hormati & sayangkan mereka. Bab makan juga Alhamdulillah kena dengan selera saya walaupun makan sayur saja. Sedap, simple dan tak terlalu berempah macam tempat lain di India. Mereka banyak makan sup, dhaal, momo (sejenis macam dimsum inti sayur atau ayam/mutton), sayuran hasil tanaman sendiri & roti yang dibuat sendiri. Makan kentang rebus pun dah sedap bagi tekak saya.
🍄Air teh tempatan depa panggil ‘Namkeen Tea’ yang diperbuat dari kayu apa saya tak sure, rebus campur dengan susu, butter & garam. Walaupun dengarnya pelik kan tapi rasa dia sedap. Mentua kalau bagi minum sampai 4-5 gelas sampai kembung perut ni
🍄Sini memang kampung habis dan orang perempuannya memang duduk rumah saja dan tak kemana mana melainkan kawasan rumah, tanah sendiri or jalan utama saja. Saya ni excited so jalan-jalan lah kerumah jiran nak explore siap sembang bagai nak rak. Dah adik ipar kejar suruh balik dan dia kata jangan suka suka pergi rumah orang. Nanti jadi gossip sebab sini kampung☺️
🍄Kaum perempuannya dididik dengan sangat baik. Hormat orang tua, rajin yang amat rajin, sopan santun, pandai masak, pandai mengait, pandai bertani, kemas rumah dan sentiasa memuliakan tetamu. Mereka jugak tak boleh tergedik gedik depan orang yang tak dikenali apatah lagi orang lelaki asing. Ni baru contoh hantaran tinggi melangit kan ooppsss 😆
🍄Dekat sini angin tiup macam duduk tepi laut tapi tahulah kan sejuknya macam mana. Suhu winter boleh cecah ke -17. Access road ditutup dari November to April coz snow tebal boleh cecah 6 ft. Kalau bukan winter saya dah stay sebulan dua dekat sini, tapi InsyaAllah next year in summer saya nak duduk sini. Boleh tolong mentua bercucuk tanam, masak & perah susu lembu ke. Summer adalah busy time bagi depa. Time tu lah upah pekerja untuk bercucuk tanam sayur, so pagi lagi dah kena masak capati tu beratus keping nak bagi makan pekerja.
🍄Mentua sangat sangat rajin, buat kerja dari pagi sampai malam, sebab tu fit dan kuat. Walaupun mereka tua rasa malu sebab tenaga mereka hebat. Ayah mentua pemalu, emak pula tak tahu nak sembang apa tapi dia cukup suka kalau tengok saya berhias. Lepas mandi tengok saya sikat rambut nanti dia puji lawa, kemas. Tak kemas nanti dia tegurlah. Saudara mara datang pun kena tengok saya dah lawa ke belum, then baru lepaskan saya jumpa 😄.
🍄First time jumpa saya, emak & adik ipar terkejut sebab saya gemuk. Belum pernah dalam sejarah keturunan depa ada yang gemuk. Tersentap sekejap! 😅 Atas nasihat diorang yang cakap dengan penuh berhemah, kita pun ambil inisiatif untuk turunkan berat badan. Padahal time tu dah lost 12kg kot. Skang total weight lost dah 28kg. Berhasil kau💪🏻. Nasihat yang berguna saya ambil. Lagipun sekarang banyak faedahnya saya dapat bila makin mengecil.
🍄Amalan bersila pulak amalan kaum diorang so aku duduk bersimpuh aje lah dah bersila tak boleh hahaha lantakkan 😂. Yelah peha besar dulu mana boleh nak bersila bagai, bersimpuh pun sopan apa? 😜 Sekarang alhamdulillah boleh bersila dengan sempurna.
🍄Tahun ini or 2020 tunnel akan dibuka dari Solang Valley terus ke Lahaul. Memudahkan kami lawat family mentua dan memandangkan tunnel hampir siap, ramai penduduk tempatan yang balik semula ke Lahaul kerana daerah ini akan membangun dan jadi golden area untuk tourist. Mereka akan start buat guesthouse dan husband mungkin akan komersialkan tempat ni dengan buat homestay rumahnya sendiri InsyaAllah. Husband jugak dalam plan nak tambah beli tanah di daerah ini. Menariknya, orang luar yang bukan penduduk asal Lahaul tidak boleh beli tanah di sini.
🍄Budaya di sini berbeza, disebabkan depa dari suku kaum yang lain. Pakaian pun berbeza. Dengar kata saya kena pakai baju tradisional depa kalau majlis resepsi belah husband jadi buat, buat saya senyum aje. Tapi atas dasar hormat, pakailah juga kot nanti. Sopan je pun. Orang perempuan ada pakai tudung jugak tau jenis ikat macam orang zaman dulu, boleh tengok gambar.
🍄Dari sampai rumah mertua, saya dihidangkan dengan makanan tradisi diorang yang macam rasa kuih tiram kita, cuma tak ada gula. Sedap sangat sampai habis kena buat lagi. Bertuah punya menantu. Nama kuih tu marchu. Saya pun belajar buat, bawak balik Manali.
🍄Sebelum sarapan wajib minum 3 gelas chai (teh susu), lepas tu 3 gelas susu segar, petang pulak namkeen chai 4-5 cawan cina kecil. Memang ulang alik ke toilet selalu 😆
🍄Masakan, okay seingat saya lah kan, depa masak guna bawang putih, bawang merah, kunyit dan garam sahaja untuk dhaal, sayur. Tapi sedap, simple. Stor simpanan makanan berpeti peti, size gedabak pulak tu macam untuk setahun. Rupanya untuk 6 bulan winter saja, perghhh.
🍄Masa waktu makan, emak mertua & adik ipar akan hidangkan kami makan macam tuan, puan besar. Berhidang setiap seorang, selagi kami makan tak kenyang selagi tu depa tak makan. Makan pulak dalam pinggan macam emas, harganya mahal! Sebiji pinggan cecah RM50.00. Tapi hanya akan hidang makan dalam pinggan tu sahaja. Berat pulak tu.
🍄Husband tak pernah cerita lebih lebih pasal tempat dia dibesarkan ni, in fact dia tanya suka tak? Dia takut bini dia tak suka. Apa hilang akal ke punya lah cantik tempat ni sampai aku berlari lari dengan bawak backpacknya, berat pun beratlah masa tu dah sampai rumah mentua. Sebab teruja. 😂
🍄Lupa saya nak tambah. Mentua saya dan adik ipar saya tidak pernah keluar dari Himachal Pradesh dan tidak pernah ke Delhi. In fact, diorang pun tak suka tempat yang sesak, kotor dan udara tidak sihat. Banyak jugalah diorang tanya saya Delhi tu macam mana? Hehe siapa yang asal India sebenarnya ni? 😆
🍄Lupa lagi, waktu nak balik Manali, mama mertua datang sesenyap dalam bilik hulur duit. Mama kata ni dari papa, ni dari Robina ni dari mama. Tak banyak kami bagi kata dia. Banyak juga tau. Sungguh masa tu terharu sangat. Tak cukup tu, mama hulur pulak shawl kait tangan Lahauli bewarna putih. “Pakai ya, Manali sejuk”. Tak cukup tu, pinggan keemasan yang berat tu bagi 2 biji. Lepas tu Dadi (nenek) datang hulur duit bagi pihak dia. Sambil peluk dia menangis, time tu cuba untuk cool kan diri jadi tak jadi keluar airmata tu, kalau keluar banjir 😭. Cakap kat husband, susah aje bagi duit. Dia loyar buruk cakap tak cukup ke? Okay nanti balik semula mintak lebih, eh dia ni.

🍄Akhir kata, dari nak stay 3 hari aje dekat sini, terlajak ke 16 hari. Sampaikan mama dekat Malaysia jatuh sakit menangis setiap hari dok kenang manalah anaknya ni? Risau dia. Yelah line takde nak call lagu mana habaq mai? Mama mertua pulak kalau dapat delay sehari ke sehari bukan main happy dia. Adoilah dedua mama aku ni 😄.
VIDEO : Tanya Imam Muda Asyraf: Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Syu Aziz via kashoorga
The post Gara-gara ‘Handphone’ Rosak Masa Pergi ‘Travel, Tak Sangka Boleh Sangkut Jodoh appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/gara-gara-handphone-rosak-masa-pergi-travel-tak-sangka-boleh-sangkut-jodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terjumpa Jodoh Gara Gara Handphone Rosak Masa Travel

Terjumpa Jodoh Gara Gara Handphone Rosak Masa Travel

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 315 hits
Selain passport hilang handphone rosak juga boleh membawa malapetaka buat mereka yang sedang travel Tapi berbeza pula dengan Noor Syuhada Azis atau panggilan singkat Syu yang telah bertemu jodoh ketika travel kali ke 2 ke India pada tahun 2...
Botol Susu Anak Mesti Bebas Bpa Keruh Tercalar Tanda Rosak Tak Boleh Diguna Lagi

Botol Susu Anak Mesti Bebas Bpa Keruh Tercalar Tanda Rosak Tak Boleh Diguna Lagi

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 623 hits
Memilih botol susu untuk si manja yang bersesuaian dengan selera anak pasti agak sukar Tapi pastikan botol yang dipilih selamat tepat dan praktikal untuk si kecil Mama papa perlu ambil langkah berhati hati dalam memilih botol susu untuk ana...
Gambar Tu Masa Pergi Thailand

Gambar Tu Masa Pergi Thailand

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 280 hits
KHAIRUL AZLAM MOHAMADKUALA TERENGGANU Saya rasa gambar itu masa pergi Thailand kalau tak silap saya ujar Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Beliau menyatakan demikian kepada media apabila ditanya berhubung gambar beliau denga...
Bagaimana Pas Boleh Bersama Parti Dah Rosak Azmin

Bagaimana Pas Boleh Bersama Parti Dah Rosak Azmin

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 343 hits
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak nampak di mana keperluan untuk PAS mengadakan kerjasama rasmi dengan Umno selepas parti itu ditolak pada PRU yang lalu Menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang sudah rosak Azmin bagaima...
Jokowi Dana Bantuan Kartu Indonesia Pintar Tak Boleh Dibelikan Handphone

Jokowi Dana Bantuan Kartu Indonesia Pintar Tak Boleh Dibelikan Handphone

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 234 hits
Jokowi meminta para pelajar bijak dan cermat menggunakan uang bantuan KIP yang diberikan pemerintah Menurut dia uang KIP harus digunakan untuk membeli keperluan pendidikan
Gara Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam Kanak Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun Juling

Gara Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam Kanak Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun Juling

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 926 hits
Memang menjadi trend ibu bapa zaman sekarang memberikan anak gajet dengan alasan anak akan kurang mengamuk dan senang untuk dijaga Namun kesan gajet amat membahayakan kesihatan anak Mata boleh menjadi rabun anak kurang social interaction st...
Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja

Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 358 hits
Gara Gara Bergurau Ingin Membakar Rumah Isteri Pergi Terbakar Tanpa Sengaja Seorang kerani kilang wanita maut akibat melecur selepas dibakar suaminya tanpa sengaja di rumah mereka di Batu 6 Bukit Naga Seksyen 32 Shah Alam pada 7 Februari la...
Suami Penting Masa Bersalin Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

Suami Penting Masa Bersalin Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 513 hits
Perjuangan melahirkan anak bagi seorang wanita ibarat hidup dan mati Tak kira sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan Kedua dua sakit sama hanya cara saja yang berbeza Tiada apa yang diperlukan bagi wanita selain sokongan suami a...
Vivo Iqoo Boleh Dicas Sepenuhnya Dalam Masa 46 Minit

Vivo Iqoo Boleh Dicas Sepenuhnya Dalam Masa 46 Minit

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 241 hits
Rekaan Vivo iQOO telah diperlihatkan sendiri oleh pengeluar beberapa hari yang lalu Ini ialah peranti mercu dengan pemproses Snapdragon 855 serta sistem pengecasan pantas 44W Selamat rakaman skrin dari akaun bang gogo menunjukkan peranti in...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari