Ganja Perubatan Haram Rasuah Halal


Ganja perubatan di Malaysia perlu dibenarkan segera dan tidak menjadi jenayah demi menyelamatkan pengguna daripada hukuman gantung, kata Adun Kebun Bunga PKR Jason Ong.


Mengulas perbincangan positif mengenai perkara itu antara Kaukus Ganja Perubatan Parlimen dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dia berkata mereka yang mahu menggunakan ganja atas sebab kesihatan akan berdepan hukuman mati.

Oleh yang demikian, katanya pindaan segera perlu dibuat terhadap Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA) untuk memastikan hukuman mati tidak terpakai bagi pengguna ganja perubatan.

Selain itu, Ong turut menggesa supaya penggunaan ganja untuk tujuan perubatan tidak lagi menjadi jenayah.

Dia berkata undang-undang berkenaan perlu dipinda supaya farmasi diberi lesen untuk menjual ganja kepada mereka yang mempunyai preskripsi kesihatan.

Di bawah DDA, individu yang memiliki sekurang-kurangnya 200 gram ganja dianggap mengedar dadah itu dan berdepan hukuman mati.

Sebagai kerajaan yang prihatin, keperluan rakyatnya mesti diutamakan dan melalui pindaan ini, banyak nyawa yang tidak berdosa akan diselamatkan daripada tali gantung.

Umum mengetahui bahawa 'raja dadah' sentiasa berjaya mengelak pihak berkuasa dan keldai dadah dan mereka yang tidak penting kepada masyarakat yang terpaksa berhadapan dengan tali gantung.

Dengan pendekatan yang lebih berperikemanusiaan terhadap kambing hitam ini, keputusan yang boleh diramalkan ialah keldai dadah ganja dan ketum tidak lagi tinggi permintaan kerana tiada hukuman mati yang tergantung di atas kepala mereka.

Jelasnya, menormalkan penggunaan ganja perubatan tidak bermakna semua masyarakat akan menjadi pengguna ganja.

Dengan faedah ganja dan ketum mengatasi aspek negatif, ini berpotensi menjadi tanaman seterusnya yang membawa manfaat ekonomi yang besar kepada negara.

Dalam kes berprofil tinggi membabitkan ganja perubatan, Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 63, menghadapi pertuduhan mengedar 77.84 kilogram ganja.

Veteran tentera itu, yang menggunakan kerusi roda, ditangkap kerana menggunakan ganja untuk merawat kansernya.

40 negara sudah halalkan

Pada 12 April 2022, Kaukus Perubatan Ganja dwi-partisan berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi respons positif kepada perbincangan yang tertumpu kepada industri hem, ganja perubatan dan ketum.

Perdana menteri telah memberi respons yang positif dan isu-isu berkaitan industri ini akan dibincang dan diperhalusi dengan lebih teliti dalam mesyuarat kabinet, kata kaukus itu.

Kaukus itu terdiri daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar), Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam), Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Ignatius Darell Leiking (Warisan- Penampang), Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) dan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah).

Kaukus itu berkata industri ganja perubatan bernilai RM60 bilion setahun dan lebih 40 negara telah menghalalkan ganja perubatan, termasuk negara jiran Thailand.

Kaukus berkenaan juga membangkitkan isu berkaitan rakyat Malaysia yang didakwa di mahkamah dan disabitkan bersalah kerana penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Hujung Mac 2022 yang lalu, komposer dan penyanyi nasyid Yasin Sulaiman ditahan bersama pokok ganja dan dituduh mengedar dadah.

Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman, 46, didakwa mengedar ganja dianggarkan seberat 214 gram yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Penggunaan ganja diharamkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1954 manakala ketum dikawal di bawah Akta Racun 1952.

Nota: Memiliki lebih 200 gram ganja akan dituduh mengedar walaupun hanya untuk kegunaan sendiri dan tidak dijual kepada pihak lain.

Kes Scorpene: Perancis Sudah Dakwa, Malaysia Bila?

Sementara itu, Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana isu dakwaan rasuah melibatkan pembelian kapal selam Malaysia akan dihadapkan ke muka pengadilan di negara ini.

Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah mengambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan.

Pada tahun 2002 yang lalu, Malaysia memperoleh dua kapal selam kelas scorpene dan sebuah lagi daripada kelas Agosta daripada DCN International (DNCI)–anak syarikat Kumpulan Thales.

Thales mengesahkan mereka disiasat secara rasmi oleh pihak berkuasa Perancis sejak 18 Januari. Siasatan awal pula bermula sejak Mac 2010 lagi.

Dakwaan-dakwaan itu muncul selepas kumpulan hak asasi negara ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membuat aduan di mahkamah Perancis pada tahun 2009 dan 2010.

Dua syarikat Malaysia–Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi Sdn Bhd–didakwa mendakwa mendapat komisyen daripada DCNI.

Editor: Ganja perubatan nampaknya lebih berbahaya di negara yang hampir hilang maruah ini. Alahai Malaysia tanah airku.

BACA INI JUGA: Sejarah Kenapa Ganja Dan Ketum Di Haramkan Penjajah British Adalah Untuk Menghalalkan Arak!10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu
sumber: (1) | (2)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/ganja-perubatan-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ada Waswas Halal Haram

Jangan Ada Waswas Halal Haram

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 170 hits
Isu dakwaan sembelihan haiwan di Australia yang didakwa melanggar protokol halal tidak boleh dipandang ringan atau diambil mudah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bukan sahaja perlu bertindak segera tetapi juga perlu menunjukkan bahawa tindak...
Bahana Sang Suami Suka Benda Haram Daripada Halal

Bahana Sang Suami Suka Benda Haram Daripada Halal

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 182 hits
SESUNGGUHNYA tidak ada apa yang diinginkan oleh seorang isteri itu selain kasih sayang suami Bukan caci maki sepanjang masa Kalau isteri lemah pimpin dia jadi isteri solehah Dan isteri bukan tempat melepaskan hawa nafsu semata mata Islam me...
Rawatan Apa Perlu Guna Ganja Jangan Salah Langkah Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan

Rawatan Apa Perlu Guna Ganja Jangan Salah Langkah Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 211 hits
Rawatan Apa Perlu Guna Ganja Jangan Salah Langkah Banyak Dakyah Mengarut Atas Alasan Perubatan PERDEBATAN mengenai kewajaran dadah digunakan sebagai perubatan kembali rancak diperbincangkan apatah lagi selepas komposer dan penyanyi Yasin Su...
Terima Rasuah Itu Jenayah Bukan Sekadar Salah Laku

Terima Rasuah Itu Jenayah Bukan Sekadar Salah Laku

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 138 hits
Oleh Nurul Aisyah ISU hakim kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima rasuah dari Jho Low sedang hangat diperkatakan Pemimpin Pakatan Harapan terutamanya bergilir gilir membuat kenyat...
Bila Geng Rasuah Rela Juai Malaysia Tutup Mata Sebelah

Bila Geng Rasuah Rela Juai Malaysia Tutup Mata Sebelah

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 212 hits
Seramai 528 tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap Pulau Pinang awal pagi ini dan enam daripada mereka maut dilanggar kenderaan semasa melintasi jalan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan berha...
Rasuah Di Malaysia Sudah Tidak Terkawal

Rasuah Di Malaysia Sudah Tidak Terkawal

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 267 hits
Percaya atau tidak gejala rasuah semakin menebal dalam kalangan masyarakat dan ia seolah olah menjadi amalan biasa Entah dari mana gejala ini mula bertapak tanpa diduga ia semakin membarah Ini terbukti jelas apabila Presiden Transparency In...
List Of 17 Companies Involved In The Tok Mat Rm10 Million Rasuah Scandal

List Of 17 Companies Involved In The Tok Mat Rm10 Million Rasuah Scandal

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 284 hits
Umno people claim the investigation against Tok Mat was classified NFA That is not entirely true The investigation was merely frozen on the instructions of Dr Mahathir but the case has not been closed It is still very much open and the thre...
2 Penjawat Awam Terima Rasuah Masing Masing Berjumlah Rm50 000 Rm100 000 Ditahan Sprm

2 Penjawat Awam Terima Rasuah Masing Masing Berjumlah Rm50 000 Rm100 000 Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 187 hits
The ReporterSeorang penjawat awam lelaki di Putrajaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Jumaat lalu kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM100 000 Suspek berusia 30 an yang bertugas di sebuah agensi keraj...
Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

Jangan Siasat Hakim Terlibat Rasuah Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 154 hits
Saya ambil maklum isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terkait dakwaan wang RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya Walaubagaimanapun saya ingin tegaskan institusi kehakiman sendiri mempunyai badan...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv