Terima Rasuah Itu Jenayah Bukan Sekadar Salah Laku
Oleh Nurul Aisyah
ISU hakim kes Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima rasuah dari Jho Low sedang hangat diperkatakan.
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) terutamanya bergilir-gilir membuat kenyataan membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazlan. Kenapa mereka sangat panik apabila Nazlan disoalsiasat? Adakah ianya bakal membongkar nama-nama mereka turut terlibat dalam konspirasi menganiaya Datuk Seri Najib?
Ironinya, Majlis Peguam turut mempertikaikan siasatan SPRM ini.Dan sebagaimana yang kita tahu Majlis Peguam dari dahulu sentiasa menyebelahi PH. Oleh itu,kenyataan mereka dilihat “kurang” boleh pakai.
Kenyataan Majlis Peguam tersebut mendapat reaksi negatif apabila mereka dipersoalkan mengapa mempertahankan orang yang dituduh terima rasuah.
Menurut sumber, mekanisme yang ditetapkan untuk menangani isu hakim seperti yang Majlis Peguam tekankan itu adalah amnya untuk menangani komplen salah-laku hakim atau ‘judicial misconduct’.
Besar bezanya antara komplen judicial misconduct atau salah-laku hakim ini dengan dakwaan jenayah yang dilakukan oleh hakim. Misconduct (salahlaku) dengan crime (jenayah).
Terima rasuah itu jenayah bukan sekadar salah-laku.
Mekanisme disaran oleh Majlis Peguam untuk siasat jenayah hakim itu adalah satu cadangan yang salah.
Menurut Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn, siasatan terhadap Nazlan melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.
Dalam satu kenyataan Karen berkata “ada mekanisme ditetapkan bagi menangani isu ini dan sebarang percubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
“Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan cara khusus yang membolehkan sebarang aduan salah laku kehakiman ditangani dalam suatu cara tertentu yang akan memastikan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman berterusan” menurut Karen lagi.
“Tanpa keyakinan yang diperlukan diterapkan kepada Badan Kehakiman sebagai sebuah institusi, pentadbiran sistem kehakiman tidak akan mendapat penghormatan dan penerimaan yang penting terhadap keberkesanan operasinya dalam pentadbiran kehakiman kita,” kata Karen.
Secara logiknya adalah tidak masuk akal untuk menyuruh hakim menyiasat hakim yang menerima rasuah. Jika itu berlaku maka ianya akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman kerana terhakisnya elemen semak-imbang.
Berdasarkan ‘rule of law‘ tidak ada siapa yang boleh terlepas dari undang-undang jika mereka melakukan jenayah, tidak kira status, jawatan, bangsa, jantina atau sebagainya termasuklah hakim.
“Rule of law” perlu diguna pakai pada setiap masa, bukan hanya apabila ia memberi kelebihan kepada kita semata-mata.
Undang-undang perlu ditegakkan secara adil dan saksama, tidak kira siapapun yang melanggarnya, untuk mencapai keadilan kepada semua.
Pada 23 April lalu media melaporkan, SPRM telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya, berikutan laporan yang dibuat berkaitan perkara itu.
Tambahan pula, menurut Raja Petra, wang tunai RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybank Nazlan adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk “perkhidmatan yang diberikan”. Apakah perkhidmatan ini dan memandangkan Jho Low dikaitkan dengan 1MDB adakah ini tidak menimbulkan konflik kepentingan yang serius?
Memetik artikel Malaysia Today, nampaknya kontroversi yang menyelubungi hakim dalam kes SRC International Najib Tun Razak, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bukan hanya mengenai konflik kepentingannya yang tidak diisytiharkan. Kini terdapat siasatan berhubung wang RM1,036,127.40 yang tidak dapat dijelaskan yang sangat mencurigakan muncul dalam akaun Maybank Nazlan bernombor xxxxxxxx0433.
Wang ini dikatakan masuk ke dalam akaun Nazlan semasa beliau menjadi “group general counsel” dan setiausaha syarikat Maybank. Dan disyaki ia terikat dengan keputusan yang dibuat Maybank untuk mewujudkan SRC International.
Menurut Raja Petra lagi, Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan bahawa cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib, sedangkan menurut hakim Nazlan dalam penghakiman bertulisnya bahawa mengapa beliau mendapati Najib bersalah kononnya Najib yang mahu akaun SRC dibuka.
Dalam penghakimannya, Nazlan berkata Najib mencipta SRC sebagai cara untuk mencuri wang 1MDB. Kini terbongkar bahawa cadangan penubuhan SRC datang dari Maybank dan bukannya dari Najib. Dan ini direkodkan dalam minit mesyuarat 1MDB.
Tarikh yuran “perkhidmatan yang diberikan” menjadikannya mustahil untuk Nazlan menafikan sebarang konflik kepentingan. Tarikh itu bertepatan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dan keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.
Malah menurut Raja Petra, Hakim Nazlan adalah sebahagian besar daripada gerakan merompak wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. . Mereka semua terlibat dalam rompakan wang 1MDB. Dan Nazlan adalah sebahagian daripada kumpulan pencuri ini.
The post Terima Rasuah itu Jenayah Bukan Sekadar Salah-laku appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/27/terima-rasuah-itu-jenayah-bukan-sekadar-salah-laku/