Gangguan Sistem Punca Bil Elektrik Mahal


Gangguan Sistem TNB Punca Bil Elektrik Mahal
TENAGA Nasional Berhad (TNB) mengakui berlaku gangguan dalam sistem pengebilan mereka pada 15 hingga 20 Mei lalu menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang tinggi

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya sedar isu teknikal berkenaan memberi kesan kepada sistem pengebilan mereka namun pelanggan sudah dimaklumkan menerusi pelbagai platform



“Sistem berjaya dipulihkan sepenuhnya dan beroperasi dengan sempurna serta lancar, bagi sesetengah pelanggan tempoh pengebilan yang lebih panjang daripada biasa berlaku
Bagaimanapun, kami memenuhi janji untuk meneliti dan memperinci aduan atau laporan yang diterima. Jika terbukti ada lebihan caj kami akan kreditkan semula dalam bil pelanggan” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat TNB di Kuala Lumpur, hari ini

Menurutnya, pada April lalu, pihaknya menerima 5,621 aduan manakala Mei meningkat kepada 9,028 aduan dengan keseluruhan aduan diterima setakat ini berjumlah 14,469.
“Daripada jumlah itu, 11,331 aduan berjaya diselesaikan manakala 3,318 masih dalam siasatan

“Bagi menangani isu bil tinggi ini, kami menubuhkan Pasukan Khas Tangani Bil Tinggi diketuai Ketua Pegawai Runcit TNB Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan,” katanya

Amir Hamzah berkata, pasukan itu akan memantau dan menyemak semua laporan atau aduan yang diterima serta memerlukan sedikit masa untuk siasatan

“Memandangkan isu ini timbul menjelang musim perayaan, sudah tentu mendatangkan kebimbangan kepada pelanggan, namun kami memberi jaminan akan berusaha memastikan bekalan elektrik tanpa gangguan

“Bagi mereka yang membuat laporan dan siasatan masih dijalankan, pada musim perayaan ini notis pemotongan dan pemotongan bekalan elektrik akan ditangguh selama dua minggu” katanya

Katanya, selain itu, waktu operasi Kedai Tenaga dilanjutkan iaitu beroperasi pada 8 pagi hingga 6 petang setiap hari termasuk Sabtu kecuali cuti umum manakala talian TNB Careline bermula 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk Aidilfitri

Dalam pada itu, Megat Jalaluddin berkata, berdasarkan aduan yang diselesaikan pihaknya mendapati ada beberapa punca menyebabkan peningkatan bil elektrik

“Ia adalah tempoh bacaan bil panjang berikutan gangguan sistem pengebilan, meter lama ditukar kepada baharu, gangguan pada meter dan penambahan peralatan elektrik di premis pengguna,” katanya


************************************
Sumberhttps://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/461342/gangguan-dalam-sistem-punca-bil-tinggi-tnb-metrotv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/05/gangguan-sistem-punca-bil-elektrik-mahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tnb Beri Penjelasan Bil Elektrik Mahal Macam Harga Yahudi

Tnb Beri Penjelasan Bil Elektrik Mahal Macam Harga Yahudi

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 866 hits
SHAH ALAM Tenaga Nasional Berhad menjelaskan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter Menerusi soalan lazim dalam laman sesawang TNB sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari maka TNB akan menggunak...
Kerajaan Ph Tarik Rebat Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Najib

Kerajaan Ph Tarik Rebat Punca Bil Elektrik Naik Mendadak Najib

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 504 hits
KUALA LUMPUR Rebat ditarik bermula 1 Julai 2018 punca bil elektrik pengguna meningkat Itu kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas isu kenaikan bil elektrik yang menjadi isu sekarang Sebelum PRU14 pengguna elektrik domesti...
Pekerja Tnb Kongsi 8 Tips Jimat Elektrik Untuk Elak Dapat Bil Mahal

Pekerja Tnb Kongsi 8 Tips Jimat Elektrik Untuk Elak Dapat Bil Mahal

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 860 hits
Oleh Bil Elektrik Tinggi Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40 70 sebulan begini caranya Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan Smart Meter yang baru menggantikan me...
Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 502 hits
Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan Tenaga Nasional Bhd menggunakan meter elektrik yang dikalibrasi untuk memastikan ketepatan Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkat...
Elektrik Kecuaian Semasa Masak Punca Kebakaran Meningkat Musim Perayaan

Elektrik Kecuaian Semasa Masak Punca Kebakaran Meningkat Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 539 hits
Elektrik kecuaian semasa masak punca kebakaran meningkat musim perayaan Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 J
Ini Punca Bil Tnb Naik

Ini Punca Bil Tnb Naik

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 509 hits
KIRIMAN PENGGUNA RAKYAT MALAYSIAIni lah salah sebab kenapa Bil TNB kite naik nahh admin dedahkan isu dalaman TNB CELAKA TNB itu aje aku boleh nak cakap Pada 15 hb May 2019 sistem bil TNB mengalami masalah pada database mereka TNB cuba untuk...
Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 505 hits
PUTRAJAYA Tenaga Nasional Berhad dianggap cuai dan perlu bertanggungjawab terhadap pengguna yang terjejas ekoran dikenakan bil tinggi oleh syarikat utiliti itu Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berk...
Ini Jawapan Tnb Harga Bil Mahal

Ini Jawapan Tnb Harga Bil Mahal

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1640 hits
Ramai Tidak Puas Hati Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Jawapan TNBSehari sebelum post ini di buat admin ada share artikel bertajuk yang di kongsi dari seorang pengguna laman sosial Facebook yang memberitahu kenapa bil elektrik mahal Dan meman...
Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan Tnb

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan Tnb

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 1553 hits
Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB Beberapa hari ini terdapat banyak rungutan daripada pengguna domestik elektrik iaitu pengguna rumah biasa tentang kenaikan mendadak kepada bil elektrik mereka Ini boleh dilihat diruangan komen d...
Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis