Pekerja Tnb Kongsi 8 Tips Jimat Elektrik Untuk Elak Dapat Bil Mahal


Oleh : Fawwaz Johari

[Bil Elektrik Tinggi? Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan, begini caranya...]

Viral harini di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan 'Smart Meter' yang baru menggantikan meter TNB yang lama.


Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.

Ingin saya nyatakan disclaimer disini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.

Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.

Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.

Rumah ini telah dipasang dengan 'Smart Meter TNB' pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.

Bagaimanakah kami lakukannya?

Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.

1. Gunakan teknologi inverter

Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter.

Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.

Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

2. Peralatan elektrik berstatus "5 bintang"
Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan "Energy Efficiency" peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.

3. Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik:
Diantara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah:
 
- pemasak nasi elektrik
- cerek air elektrik
- water dispenser
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air.

Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan 'water heater' untuk mandi.

4. Menggunakan lampu LED

Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.

5. Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik
Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.

Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.

Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug 'wifi' di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.

6. Menggunakan 'Turbine Ventilator' di bumbung
Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.

7. Memanam pokok di dalam dan luar rumah

Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.

Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.

Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.

8. Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah.

Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.

Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.

Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

9. Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan & Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.

[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/pekerja-tnb-kongsi-8-tips-jimat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tnb Beri Penjelasan Bil Elektrik Mahal Macam Harga Yahudi

Tnb Beri Penjelasan Bil Elektrik Mahal Macam Harga Yahudi

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 764 hits
SHAH ALAM Tenaga Nasional Berhad menjelaskan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter Menerusi soalan lazim dalam laman sesawang TNB sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari maka TNB akan menggunak...
Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

Kementerian Cadang Tnb Guna Meter Elektrik Dikalibrasi Untuk Ketepatan Bil

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 406 hits
Saifuddin Nasution Ismail PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mencadangkan Tenaga Nasional Bhd menggunakan meter elektrik yang dikalibrasi untuk memastikan ketepatan Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkat...
Gangguan Sistem Punca Bil Elektrik Mahal

Gangguan Sistem Punca Bil Elektrik Mahal

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 588 hits
Gangguan Sistem TNB Punca Bil Elektrik MahalTENAGA Nasional Berhad mengakui berlaku gangguan dalam sistem pengebilan mereka pada 15 hingga 20 Mei lalu menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang tinggi Presiden merangkap Ketua Pegawai...
6 Tips Jimat Elektrik Paling Mudah

6 Tips Jimat Elektrik Paling Mudah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 2071 hits
Cuaca di Malaysia sememangnya panas dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan kenaikan caj bil elektrik disetiap rumah Mana taknya air cond dan peti sejuk perlu berkerja keras untuk maintainkan suhu Bila sudah pasang air cond pasang ki...
Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

Sah Wujud Kecuaian Teknikal Tnb Bil Elektrik Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 399 hits
PUTRAJAYA Tenaga Nasional Berhad dianggap cuai dan perlu bertanggungjawab terhadap pengguna yang terjejas ekoran dikenakan bil tinggi oleh syarikat utiliti itu Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berk...
Ini Jawapan Tnb Harga Bil Mahal

Ini Jawapan Tnb Harga Bil Mahal

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1515 hits
Ramai Tidak Puas Hati Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Jawapan TNBSehari sebelum post ini di buat admin ada share artikel bertajuk yang di kongsi dari seorang pengguna laman sosial Facebook yang memberitahu kenapa bil elektrik mahal Dan meman...
Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan Tnb

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan Tnb

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 1363 hits
Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB Beberapa hari ini terdapat banyak rungutan daripada pengguna domestik elektrik iaitu pengguna rumah biasa tentang kenaikan mendadak kepada bil elektrik mereka Ini boleh dilihat diruangan komen d...
Tips Jimat Ruang Beg Travel Sehingga 50

Tips Jimat Ruang Beg Travel Sehingga 50

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 447 hits
Tajuk nak gempak je kan Tapi itu la hakikatnya Uncle nak share kali ini tips macam mana anda boleh jimat ruangan beg sehingga 50 Yes ini bukan MLM Sebelum tu layan video Vacuum Bag untuk Travel yang uncle dah buat ini dulu untuk idea Dah na...
Euwww Mulut Berbau Doktor Ini Kongsi 6 Tip Elak Mulut Busuk Di Bulan Puasa

Euwww Mulut Berbau Doktor Ini Kongsi 6 Tip Elak Mulut Busuk Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 500 hits
Masalah mulut berbau ini juga kerap berlaku ketika bulan puasa Kita mungkin tak perasan tapi mereka yang ada di sekeliling dan selalu berbual dengan kita memang akan menghidu jika mulut kita berbau busuk Jika ada yang sudah menegur mulut an...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat