Gambar Bala Apa Yang Menimpa Bangladesh Sehingga Syahidnya Sheikh Abdul Kader Mullah


Ketahuilah apa sebenarnya punca kepada kebangkitan rakyat di Bangladesh. Kenali juga siapakah insan pilihan Allah, Sheikh Abdul Kader yang telah syahid baru-baru ini? Baca juga apakah kata-kata terakhir beliau kepada para pejuang Islam bukan sahaja di Bangladesh malah di seluruh dunia. Lihat juga gambar-gambar sekitar pengebumian asy syahid di Bangladesh. AllahuAkbar!
Mahkamah Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 di mana Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.
Sheikh Abdul Kader Mullah
Terbaharu pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.
Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB. 
Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara tersebut

Dalam keadaan parti politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh

Kata-kata terakhir buat keluarga as-Syahid:"Aku telah menjadi pelindung kalian. Jika kerajaan membunuhku tanpa keadilan, maka matiku itu syahid. Selepas kesyahidanku, Allah Maha Besar yang akan menjadi pelindung kalian. Dialah sebaik-baik Pelindung. Maka janganlah kalian khuatir.

Aku memang tidak bersalah. Mereka hendak membunuhku kerana aku terlibat dengan gerakan Islam. Bukan semua orang bertuah untuk mati syahid. Sesiapa yang dikurniakan syahid oleh Allah, maka dia sememangnya orang yang bertuah. Jika aku menerima kesyahidan, maka inilah pencapaian yang terbaik dalam hidupku. Setiap titis darahku akan menambah kemaraan gerakan Islam dan menyebabkan kehancuran penindas. Aku tak risaukan diriku. Aku begitu prihatin dengan masa depan negara dan gerakan Islam. Setahu aku, aku tidak pernah buat salah.  Aku telah menginfakkan diriku sepenuhnya untuk gerakan Islam untuk menyelamatkan orang-orang Bangladesh. Aku tidak pernah tunduk pada ketidakadilan dan tidak akan sekali-kali di masa depan. Tak terlintas di fikiran untuk aku memohon belas kasihan daripada pihak berkuasa yang mementingkan keduniaan. Allah penentu kehidupan dan kematian. Kematianku tidak akan terjadi berdasarkan keputusan orang lain. Masa dan hari kematianku hanyalah mengikut takdir Allah. Maka aku redha menerima takdir Allah dengan sebaiknya. Bersabarlah kalian. Keredhaan dan keampunan Allah hanya diperoleh melalui kesabaran dan toleransi. Hanya jaminan keselamatan di Akhirat menjadi keinginanku. Aku memohon doa dan sokongan orang ramai agar syahidku diterima. Sampaikan salamku pada rakyat atas sokongan dan restu mereka."Sheikh Hasina Wajed, Perdana Menteri Bangladesh
Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.
Kepada pendukung Jamaat Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.


Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini. 
Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi. Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.  Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabiladisabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.  Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.  Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!  Saudaramu,Abdul Hadi AwangPresiden PAS MalaysiaGambar Sekitar Upacara Pengebumian Sheikh Abdul Kader Mullah:

Di bawah pula gambar-gambar sekitar krisis dan penindasan yang telah dilakukan oleh kerajaan diktator dekular Sheikh Hasina terhadap rakyatnya sendiri:

Lihatlah dunia. Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah. Di bumi yang bermandikan darah beginilah bangkitnya para pejuang Jamaat Islami memimpin kebangkitan umat Islam di sana sehingga membawa kepada syahidnya salah seorang pimpinan mereka, Sheikh Abdul Kader Mullah. Ketahuilah, 40 000 ribu ahli Jamaat Islami sekarang dipenjara. Awas Hasina Wajed, anda bakal jatuh

Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/12/gambar-bala-apa-yang-menimpa-bangladesh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Traffic Woes In Ampang After Jalan Abdul Rahman Rashim Closed

Traffic Woes In Ampang After Jalan Abdul Rahman Rashim Closed

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 148 hits
Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara Sulaiman Mohd Amin showing the development that took place near the road closure RESIDENTS in Ampang Jaya want an alternative road to access Taman Kosas and Bukit Indah in Ampang after Jalan Abdul Rahman...
Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018

Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 299 hits
Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2018Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijaz...
Abdul Majid Dilantik Sebagai Pengerusi Mida Baru

Abdul Majid Dilantik Sebagai Pengerusi Mida Baru

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Majid Ahmad Khan Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia China yang juga Pengerusi Kehormat Dewan Perniagaan Malaysia China sebagai Pengerusi baru MIDA ...
Setelah Menikah Bagaimana Jika Suami Menjauhkan Istri Dari Orang Tuanya Ust Abdul Somad

Setelah Menikah Bagaimana Jika Suami Menjauhkan Istri Dari Orang Tuanya Ust Abdul Somad

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 771 hits
Setelah menikah banyak hal yang mesti diperbincangkan oleh pasangan Mulai dari rencana ke depan hingga soal tempat tinggal Tidak jarang orang tua akan saling mengajak untuk tinggal bersama mereka Baik orang tua dari pihak suami maupun dari ...
Biodata Nur Farhatul Fairuzah Abdul Khair Jalil

Biodata Nur Farhatul Fairuzah Abdul Khair Jalil

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1449 hits
Gambar utusan com myAlhamdulillah Tahniah Qari dan qariah Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa Ke 61 Abdul Khair Jalil memperoleh 93 02 markah manakala Nor Farhatul F...
Abdul Hamid Bador Is New Igp Says Dr M

Abdul Hamid Bador Is New Igp Says Dr M

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 344 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today confirmed that Abdul Hamid Bador will be the new inspector general of police Yes I think it is him he told reporters after launching the national Labour Day celebrations at Putrajaya International Co...
Informasi 31 Bukti Islam Terancam Bawah Ph Abdul Muein Abadi

Informasi 31 Bukti Islam Terancam Bawah Ph Abdul Muein Abadi

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 596 hits
Banyak bukti pemimpin Pakatan Harapan terpesona dengan kuasa lunak asing1 HANYA dalam tempoh seminggu Mufti Perlis isytiharkan Islam terancam di bawah Pakatan Menteri Belia dan Sukan sibuk berusaha anjurkan konsert besar besaran artis K POP...
Inara Terpelanting Keluar Dan Jatuh Ke Bawah Flyover Bapa Saudara Kongsi Tragedi Sayu Yang Menimpa Keluarga Abangnya

Inara Terpelanting Keluar Dan Jatuh Ke Bawah Flyover Bapa Saudara Kongsi Tragedi Sayu Yang Menimpa Keluarga Abangnya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 532 hits
The ReporterSebaik saja si ibu tersedar dari koma dia terus bertanya di mana suami anak sulung dan bayinya yang berusia 10 bulan Ahli keluarganya yang berada di wad terdiam tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan bahawa anak bongsunya itu s...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord