Galaxy Buds2 Pro Graphite Padu Dengan Audio Hi Fi 24bit


Assalammualaikum semua! Selepas menonton Galaxy Unpacked 2022. Ramai teruja ingin mengetahui tentang peranti-peranti baharu dari Samsung Galaxy. Kelainan yang ditampilkan oleh Samsung pada kali ini adalah peranti baharu iaitu Galaxy Z Fold4, Galaxy Z Flip4, Galaxy Watch 5 dan Galaxy Buds2 Pro. 


Sejak pengumuman wawasan Galaxy for the Planet di Unpacked pada Ogos 2021, Samsung telah berusaha dengan gigih untuk mencipta cara baharu untuk mengitar semula dan menggunakan semula sumber bahan buangan yang berbahaya, meminimumkan jejak alam sekitar dan memberi inspirasi kepada inovasi yang membantu memelihara planet ini. 
Kini, Samsung mengumumkan bahawa ia telah mencapai kemajuan ke arah mencapai matlamat kemampanan 2025 untuk MX(Mobile eXperience) Business. Inisiatif utama termasuk membangunkan dan menggabungkan bahan kitar semula ke dalam produk, mereka bentuk pembungkusan yang lebih mementingkan alam sekitar dan memberi kehidupan baharu kepada peranti Samsung Galaxy yang lebih lama untuk mengurangkan sisa elektronik.

Tahniah Samsung! Kerana memberi komitmen dan melaksanakan wawasan tersebut. Ruby sentiasa ikut rapat kemajuan program Galaxy for the Planet. Berasa bangga kerana secara tidak langsung menjadi kepada sebahagian daripada projek. Kita kan pengguna Samsung. Bangga! 
GALAXY BUDS2 PRO GRAPHITE PADU DENGAN AUDIO HI-FI 24BITJom kita buka kotak peranti Galaxy Buds2 Pro dalam warna Graphite. Galaxy Buds2 Pro mempunyai 3 pilihan warna menarik iaitu Bora Purple, Graphite dan White. Kesemua Galaxy Buds2 Pro digilap dengan matte finishing sehingga ke bahagian dalam. Apabila anda pegang, ia akan berasa lembut pada kulit anda. Sleek!


Matte Finishing ini boleh dibandingkan dengan kesemua koleksi Galaxy Buds. Malah, Galaxy Buds2 Pro 15% dikecilkan agar kemas di telinga anda. Hanya 5.5 gram sahaja! Tahukah anda bahawa ketahanan bateri Galaxy Buds2 Pro sehingga 5 jam jika anda aktifkan Active Noice Cancelling (ANC). Jika tidak menggunakan fungsi ANC, ia boleh bertahan selama 18 jam. 

Perbandingan Galaxy Buds. Kiri Galaxy Buds Pro, kanan Galaxy Buds2 Pro.
Galaxy Buds2 dalam warna Lavender digunakan oleh suami semasa bekerja. 
Trend menggunakan Galaxy Buds sememangnya sangat mendapat maklumbalas memberangsangkan. Ia kecil dan mudah disimpan di dalam poket. Malah, kita tidak perlu stress dengan wayar earphone berbelit-belit. Jika dulu pakai jenis wayar sampai tidak boleh dengar apa persekitaran kita sedang berlaku. 
Jika di pejabat, anda boleh set kepada 2 bunyi. Active Noice Cancelling (ANC) atau Ambient Sound. Selain itu, anda boleh set kepada Voice Detect. Fungsi ini membolehkan anda sedar bahawa ada seseorang memanggil anda. 
Kita perlu terus mengikuti perkembangan teknologi agar ia dapat membantu manusia capai matlamat kehidupan dengan lebih fokus. Galaxy Buds adalah kejayaan teknologi yang sangat membantu masyarakat sejagat. 
BUKA KOTAK GALAXY BUDS2 PROGalaxy Buds2 Pro dijual pada harga RM 899. Di dalam kotak mengandungi

Earbud (L/R)Charging CaseEar Tip (Saiz S/M/L)USB CableQuick Start Guide
Samsung Galaxy Buds2 Pro mempunyai 3 saiz ear tip berbeza. Ini sangat penting bagi keselesaan anda. Melalui saiz ear tip ini, anda akan dapat menikmati muzik, panggilan telefon dan pengalaman bersama Galaxy Buds2 Pro dengan lebih jitu

Ruby cuba semua ear tip dan mendapati ear tip saiz S sangat bertepatan dengan saiz lubang telinga Ruby. Ia sangat selesa dan padat apabila di pakai. Pakai semasa jogging? Pakai semasa mengemas rumah? Jiran sibuk drill renovate rumah? Sumbat je Galaxy Buds2 Pro. Hehehe. 

Gaya hidup Ruby ni jenis tidak suka sibuk hal orang. Ambivert memang begini. Seimbang ingin kedamaian dan ada kala gila-gila. Jadi, bila perlu fokus. Ruby pakai Galaxy Buds2 Pro. 
GALAXY BUDS2 PRO AUTO CONNECT KE TELEFON PINTAR SAMSUNG GALAXY ANDA
Anda boleh sync Galaxy Buds2 Pro dengan peranti telefon pintar Samsung Galaxy. Ia akan dikesan secara automatik tidak kisah anda menggunakan siri Galaxy A, Galaxy S atau Galaxy Z. 

Ruby buka Galaxy Buds2 Pro dan secara automatik Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy Z Flip3 tersedia untuk menerima. Hanya pilih connect, anda boleh terus guna Buds2 Pro. 
Auto Switch on Samsung Galaxy Buds2 Pro secara bijak mengesan aktiviti mudah alih dan mengalihkan sambungannya ke telefon, tablet dan jam tangan Samsung Galaxy anda dengan lancar


Beralih untuk menjawab telefon melalui Bluetooth, anda tidak perlu mengeluarkan telefon pintar untuk menjawab telefon. Panggilan masuk boleh dijawab hanya dengan mengetik Galaxy Buds2 Pro dua kali


Galaxy Buds2 Pro menjadi peneman Ruby. Selesa di pakai walau berhijab. ANC dengan 3 mikrofon SNR tinggi menghilangkan lebih banyak bunyi luaran. Reka bentuk ergonomik untuk keselesaan. Audio 360 mengelilingi anda seperti anda berada di sana


Padanan yang selesa, terima kasih kepada Galaxy Buds2 Pro yang direka bentuk secara ergonomik. Teknologi aliran angin yang dipertingkatkan membantu mengurangkan tekanan saluran telinga dan meminimumkan bunyi bising untuk keselesaan dan kejelasan

BUNYI HI-FI 24BITBunyi Hi-Fi 24bit untuk pengalaman mendengar yang berkualiti. Setiap nota berbunyi seperti LIVE kerana audio yang jelas bermula pada sumber peranti Samsung Galaxy kegemaran anda. Samsung Seamless Codec yang dikemas kini mengekod audio 24-bit penuh untuk menyahkod pada Galaxy Buds2 Pro, mengekalkan bunyi berkualiti tinggi 24-bit yang sama.


ACTIVE NOISE CANCELING (ANC)Active Noice Cancelling (ANC) adalah lebih baik dari sebelumnya. Dengan 3 mikrofon SNR (Signal-to-Noise Ratio) yang tinggi, Galaxy Buds2 Pro menjejak dan menghilangkan lebih banyak bunyi luar, malah bunyi lembut seperti angin.



360 AUDIODengan Audio Pintar 360, bunyi itu terasa lebih realistik. Audio 360 dengan Direct Multi-channel (5.1ch / 7.1ch / Dolby Atmos ®) dan penjejakan kepala yang dipertingkatkan menjadikan setiap pergerakan kekal segerak mencipta pengalaman yang mengasyikkan. 360 Audio malah boleh menentukan arah bunyi semasa anda menggerakkan kepala anda, memberikan anda pengalaman spatial.

JEJAK GALAXY BUDS2 PRO ANDA MENGGUNAKAN APLIKASI SMARTHINGSBimbang kehilangan Galaxy Buds2 Pro anda? jangan. Dengan SmartThings Find, anda boleh mengesan Galaxy Buds2 Pro. Galaxy Buds2 Pro mempunyai penggera bersepadu sedia untuk memberitahu telefon anda


Amacam? Best tak? Kalau korang nak miliki Galaxy Buds2 Pro, dapatkan di kedai rasmi Samsung atau klikhttps://www.samsung.com/my/audio-sound/galaxy-buds/galaxy-buds2-pro-graphite-sm-r510nzaaxme/. Enjoy




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/09/galaxy-buds2-pro-graphite-padu-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galaxy Buds2 Pro Three Key Features Of Samsung S Top Of The Line Earbuds You Don T Want To Miss

Galaxy Buds2 Pro Three Key Features Of Samsung S Top Of The Line Earbuds You Don T Want To Miss

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 164 hits
Galaxy Buds2 Pro Samsung s top of the line earbuds that deliver an experience that s all about you From the latest sound quality technologies to intelligent Active Noise Cancellation Samsung Electronics Galaxy Buds2 Pro have been designed t...
Kedai Cermin Mata Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang Banyaknya Bingkai Cermin Mata Baru Dahla Murah

Kedai Cermin Mata Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang Banyaknya Bingkai Cermin Mata Baru Dahla Murah

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 314 hits
hai assalammualaikumBeli Cermin Mata Baru Jenis Elastik Tahan Lasak Dan Murah Di Eye Pro Vision Sg Wang Kali terakhir nad cek mata tahun lepas rasanya Memang lama dah tak cek mata ni jadi cadang nak pergi buat pemeriksaan mata dekat kedai c...
Hidangan Steak Burger Ribs Paling Padu Di Terengganu Kbb Burger Steak Kkbsteak Kuala Terengganu

Hidangan Steak Burger Ribs Paling Padu Di Terengganu Kbb Burger Steak Kkbsteak Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraHIDANGAN STEAK BURGER RIBS PALING PADU DI TERENGGANU KBB BURGER STEAK KBBSTEAK KUALA TERENGGANUApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan tentang satu lokasi menar...
Kisar Bahan Ni Buat Sambal Bilis Jadi Sedapnya Lain Macam Padu

Kisar Bahan Ni Buat Sambal Bilis Jadi Sedapnya Lain Macam Padu

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 161 hits
Nasi lemak dipagi hari tak terasa enaknya tanpa sambal yang sedap Nak lain dari yang lain dan sedapnya lain macam tambahkan bahan kisaran ini Resipi dengan ikan bilis kisar yang dikongsikan oleh ini anda kena cuba Sedap Resipi sambal bilis ...
Curhat Luhut Saya Dulu Dibully Karena Dituduh Pro China

Curhat Luhut Saya Dulu Dibully Karena Dituduh Pro China

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 420 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan mengakui pernah dituduh sangat mendewakan para investor asal China Namun dia tak ambil pusing dan membuktikan kalau Indonesia tidak dikontrol oleh satu negara hany...
Futuristic And Powerful Sleek Huawei Matebook X Pro Is Now Available Nationwide

Futuristic And Powerful Sleek Huawei Matebook X Pro Is Now Available Nationwide

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 174 hits
HUAWEI MateBook X Pro HUAWEI s latest lightweight smart flagship laptop debuts with an all new skin soothing metallic body Priced at RM9 999 the flagship laptop is available nationwide from 19 August 2022 onwards with freebies worth up to R...
Unboxing Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia

Unboxing Huawei Freebuds Pro 2 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 156 hits
Huawei kembali dengan peranti hebat sebagai pelengkap telefon pintar mereka Kami berpelang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan Freebuds Pro 2 yang baru sahaja di lancarkan Untuk sekelian kalinya kami nak kongsi pengalaman kami tent...
Huawei Matepad Pro 11 Unleash Creativity And Uplift Productivity With Huawei Appgallery

Huawei Matepad Pro 11 Unleash Creativity And Uplift Productivity With Huawei Appgallery

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 308 hits
Each day we are inundated with stories videos and news of all kinds With the launch of the all new HUAWEI MatePad Pro 11 AppGallery 1 expands on its unparalleled range of applications to optimise task efficiency and better churn out dynamic...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats