Hidangan Steak Burger Ribs Paling Padu Di Terengganu Kbb Burger Steak Kkbsteak Kuala Terengganu
Assalamualaikum dan salam sejahtera
HIDANGAN STEAK, BURGER & RIBS PALING PADU DI TERENGGANU - KBB BURGER & STEAK #KBBSTEAK KUALA TERENGGANUApa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan tentang satu lokasi menarik untuk anda makan steak dan burger di negeri Terengganu. Seperti mana yang anda sedia maklum, negeri Terengganu selain terkenal dengan persisiran pantai yang cantik juga terkenal dengan makanannya yang sememangnya enak
Walaubagaimanapun kali ini aku nak kongsikan tentang sebuah lokasi tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan Barat
KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU
KBB Burger & Steak Kuala Terengganu merupakan sebuah restoran yang menawarkan pelbagai menu Barat. Sebenarnya, restoran di Terengganu ini merupakan cawangan kedua KBB! Cawangan pertama KBB Burger & Steak dibuka di Kota Bharu dan kemudiannya pada penghujung bulan Februari 2022, cawangan di Terengganu ini mula beroperasi
Baiklah, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu cerita tentang makanan pula. Berikut adalah antara menu dan hidangan yang anda mesti cuba apabila datang ke KKB Burger & Steak Kuala Terengganu
Butter Aged Tomahawk - Jika anda penggemar makan daging stik (steak), lazimnya saiz setiap keping stik yang dijual di restoran adalah antara 200 hingga 300 gram. Namun jika tekak atau selera anda cukup 'besar', ini ada sejenis stik yang mampu mengisi dan mengenyangkan perut anda - stik Tomahawk seberat 1.2kg sehingga 1.5kg
Menu Butter Aged Tomahawk di KBB Burger & Steak Kuala Terengganu ini disalut mentega khas yang merupakan mentega yang dihasilkan sendiri. Daging tomahawk itu dibiarkan selama 20-90 hari di dalam peti istimewa kemudian barulah dipanggang untuk santapan pengunjung. Setiap hidangan boleh dimakan sehingga 4-5 orang
Back Ribs pula boleh dimakan untuk 2-3 orang. Tetapi kalau jenis makan banyak, hidangan ini makan untuk seorang sahaja pun dah cukup. Oh ya, ribs ini dimasak selama 32 jam untuk memastikan teksturnya lembut dan rasanya enak buat pengunjung yang datang.
Menu paling menarik sudah tentunya Burger Wagyu! Mesti ramai sebenarnya yang teringin nak rasa daging wagyu kan? Sedikit info tentang daging wagyu, daging wagyu ini merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini
Selain itu, daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekaligus mereka yang mengidap penyakit gout dan darah tinggi boleh menikmatinya
Menarik dan menyelerakan menu-menu ini? Sebenarnya ada banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba. Nak tahu menu lain, anda boleh ke laman sosial mereka atau terus sahaja pandu dan ke restoran KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
KBB Burger & Steak Kuala Terengganu Lokasi : Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin 2000 Kuala Terengganu Terengganu No Telefon : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu) Waktu Operasi : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)
Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my Facebook : https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu
KBB Burger & Steak Kota BharuLokasi : No 2713 Jalan Kuala Krai 15150 Kota Bharu Kelantan No Telefon : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu) Waktu Operasi : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)
Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my Facebook : https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak Jangan lupa juga untuk ikuti laman Instagram, Tiktok & Laman Web mereka di;
Instagram : https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDyLaman Web : https://kbbburgerandsteak.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/09/hidangan-steak-burger-ribs-paling-padu.html