Galakkan Anak Kecil Anda Bermain Sticker Untuk Ransangan Otak Dan Ini 5 Kelebihannya



Meskipun sticker dianggap benda biasa buat orang dewasa namun begitu ia sebenarnya bagus untuk pergerakan badan serta perkembangan minda anak-anak kecil.
Bila ada anak kecil ini, waktu masuk kedai mainan pasti akan buat ibu atau bapa sampai jadi rambang mata sebab tidak tahu permainan apa untuk dibeli.
Boleh jadi semua permainan pun nak beli kerana semuanya nampak menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, ibu dan bapa pasti ingin membeli sesuatu permainan yang boleh merangsang perkembangan minda anak-anak kecil yang sedang membesar namun kadangkala boleh jadi mahal harganya.

Walau bagaimanapun tahukah anda terdapat satu benda yang jauh lebih jimat harganya tetapi masih mampu memberikan impak positif kepada anak-anak kecil ini?
Benda yang dimaksudkan itu adalah sticker!

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki bernama Najmi Nawawi telah menjelaskan kebaikan memberi anak kecil bermain dengan kertas pelekat atau sticker.
Menurutnya, meskipun sticker dianggap benda biasa buat orang dewasa namun begitu ia sebenarnya bagus untuk pergerakan badan serta perkembangan minda anak-anak kecil.
Bahkan, bermain dengan sticker sahaja mempunyai 5 kelebihan utama.
Baca perkongsian penuh Najmi Nawawi di bawah:
Anak suka main STICKER? Ianya satu benda yang tersangat bagus. Lagipun sticker bukanlah mahal. Aku biasa beli dekat DIY memang harganya tersangat murah, seringgit pun ada dan boleh dapat banyak terus.
Aku masih ingat kata salah seorang Occupational Therapist kami, katanya sticker boleh jadi alat yang sangat membantu, bahkan dianggap sebagai senjata rahsia yang boleh digunakan oleh mereka para OT untuk bentuk perkembangan anak-anak.
1. Bagus untuk motor halus

Bukan senang untuk mencabut sticker yang melekat dekat plastik itu. Hujung jari yang halus itu diperlukan untuk memastikan sticker berjaya dicabut dengan sempurna. Bahkan untuk sesetengah anak, ianya sangat sukar walaupun nak pegang hujung kertas yang nipis. Itu belum lagi kita bercerita tentang size-size sticker yang kadang-kadang itu tersangat kecil, sampaikan orang dewasa pun belum tentu boleh cabut.
2. Koordinasi tangan

Semestinya, sebab anak akan gunakan kedua-dua tangan mereka untuk membuka sticker. Satu tangan untuk pegang buku sticker dan satu lagi untuk mencabut sticker. Ini ialah satu latihan yang sangat baik untuk koordinasi tangan kiri dan kanan. Tangan dominan dan tangan kedua mereka agar dapat berkoordinasi dengan sempurna.
3. Kemahiran visual dipertingkat

Bukan semua sticker yang dibeli akan diminati anak kita. Katakan kita beli buku sticker yang ada dekat DIY tadi, pastinya anak akan scan satu per satu terlebih dahulu sebelum membuat pilihan sticker mana yang mahu dimain. Kalau ada sticker, jenis yang kena padankan seperti pilihan warna dan bentuk pastinya lebih membantu mempertingkatkan daya visual anak-anak.
4. Eksplorasi daya sensori

Sticker datang dengan kepelbagaian jenis dan tekstur. Ada yang jenis kembung dan licin, anda yang jenis rata dan kasar, ada juga yang jenis manik-manik dan macam-macam lagi. Setiap daripada semua jenis ini dapat membantu anak-anak belajar mengenal semua tekstur yang ada dan seterusnya membantu perkembangan daya sensori dengan baik.
5. Kiri dan kanan

Anak-anak biasanya perlu ambil masa untuk belajar kenal yang mana kiri dan yang mana kanan. Itu yang sampai kasut pun boleh tertukar kasut kiri dan kasut kanan. Dengan sticker, kita dapat bantu mereka kenal dan bezakan kiri dan kanan. Contoh, tampal satu sticker di pipi kiri, dan satu lagi di pipi kanan. Tampal juga satu sticker di tangan kiri dan lagi satu sticker di tangan kanan. Begitulah mereka akan belajar mengenal kiri dan kanan.
Selain daripada lima yang aku huraikan ini, sebenarnya ada banyak sangat lagi kelebihan kalau bagi anak main sticker
Seperti dapat membantu anak dengan kemahiran membaca, menyusun, berbahasa, kreatif, inovatif, keyakinan diri, sosial, dan macam-macam lagi.
p/s : Jangan pandang rendah terhadap kelebihan bermain sticker! Ala kita yang dewasa ini pun suka main sticker dekat fb komen tu apa.

#ibubapa #anak #mainan #toy #bayi #perkongsian #facebook #viral
Sumber : Says

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogjohanharith.com/2019/11/galakkan-anak-kecil-anda-bermain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Galakkan Anak Makan Banyak Ikan Ikan Penting Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

Galakkan Anak Makan Banyak Ikan Ikan Penting Untuk Perkembangan Sistem Saraf Sel Otak

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 286 hits
Ikan ialah salah satu makanan utama dalam hidangan harian kita Ikan mengandungi banyak nutrien yang membawa banyak manfaat kepada kesihatan manusia Hampir setiap individu sedar akan khasiat ikan kepada kesihatan tubuh Walau bagaimanapun han...
Potong Roti Kecil Bakar Sampai Rangup Resipi Awesome Ibu Ni Buat Anak Makan Tak Berhenti

Potong Roti Kecil Bakar Sampai Rangup Resipi Awesome Ibu Ni Buat Anak Makan Tak Berhenti

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 676 hits
Roti yang sudah hampir expirednya jangan terus dibuang sebaliknya cuba hasilkan sesuatu yang mampu menarik perhatian anak anak kecil kita Bosan dengan roti bakar sandwich dan sebagainya apa kata mama cuba resipi mudah ini Punyalah rangup sa...
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
Anak Luka Ketika Bermain Doktor Dedah Penjaga Jahit Luka Anak Di Rumah Sampai Terkena Jangkitan Tetanus

Anak Luka Ketika Bermain Doktor Dedah Penjaga Jahit Luka Anak Di Rumah Sampai Terkena Jangkitan Tetanus

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 412 hits
Isu vaksin kini merupakan isu yang sensitif untuk dibahaskan di Malaysia kerana masih terdapat golongan anti vaksin iaitu tidak menerima vaksin di negara ini Seorang doktor telah memuat naik satu kisah yang berlaku kepada seorang kanak kana...
Bu Bu Bu Netizen Sebak Tengok Keletah Anak Kecil Ini Rindukan Arwah Ibu Bapanya

Bu Bu Bu Netizen Sebak Tengok Keletah Anak Kecil Ini Rindukan Arwah Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 803 hits
29 Oktober lalu ibu bapa kepada anak kecil ini meninggal dunia dalam nahas jalan raya sekali gus menjadikan dia anak yatim piatu Lans Koperal Muhammad Shakiran dan isterinya Nurul Ashikin Kamaruddin maut apabila motosikal yang ditunggangi m...
Jangan Cakap Tak Apa Kecil Lagi Patutnya Anak Mula Dapat Kaki Kena Ajar

Jangan Cakap Tak Apa Kecil Lagi Patutnya Anak Mula Dapat Kaki Kena Ajar

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 342 hits
Bila cerita anak anak yang ke rumah orang dan buat perangai ada mak mak yang dah mula takut nak bawa anak anak Sebabnya takut tak dapat kawal tingkah laku bila terlepas pandangan mata Sebenarnya sikap ibu bapa yang boleh pastikan anak anak ...
Travel Dengan Anak Kecil Tak Susah Pun Jika Semua Keperluan Terjaga 10 Tip Mama Ni Handle Anak Kecil Memang Tip Top

Travel Dengan Anak Kecil Tak Susah Pun Jika Semua Keperluan Terjaga 10 Tip Mama Ni Handle Anak Kecil Memang Tip Top

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 303 hits
Musim cuti sekolah ini pasti ada di antara kita yang memilih untuk membawa anak bercuti Tidak kira dalam negara mahupun luar negara persiapan dan keperluan anak anak kecil perlu dipersiapkan bagi mengelakkan anak buat perangai Namun ada ses...
Terjatuh Ketika Bermain Alami Gegaran Otak Allah Masih Bagi Mama Peluk Awliya

Terjatuh Ketika Bermain Alami Gegaran Otak Allah Masih Bagi Mama Peluk Awliya

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 512 hits
Betullah orang kata anak yang tengah nak membesar kena bagi perhatian lebih sikit Bukan apa kadang kadang anak ni belum tahu bahaya atau tak Terleka sekejap pelbagai kemungkinan boleh jadi Bagi segelintir ibu bapa ada yang beranggapan setak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui