Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah


Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah. Tapi kalau nak bawa anak-anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajalah bila bawa si kecil macam-macam benda ibu ayah kena sediakan ditambah pula dengan ragam si kecil yang memang kita tak boleh jangka.
Namun perkongsian Eida Ilham tentang pengalaman dia dan suami membawa 2 orang anak yang masih kecil mengerjakan Umrah sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain yang ada perancangan untuk mengerjakan Umrah Bersama anak-anak. Malah salah seorang anaknya itu merupakan anak berkeperluan khas iaitu anak Autisme.
 


 
Pengalaman mengerjakan Umrah bersama anak normal & anak autism Bismillahirrahmanirrahim. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Alhamdulillah awal 2019, cikda dan Abegat sepakat untuk menunaikan Umrah kali pertama dan tanpa fikir panjang anak-anak pun dibawa sekali. Alhamdulillah juga kali ni ibu dan ayah cikda juga kami bawa bersama. Cikda yakin impian kita semua yang bergelar anak ni salah satunya ialah nak bawa Ibu Ayah ke Tanah Suci sebab impian cikda pun begitu.
Cikda mula membaca tentang pengalaman membawa anak kecil ke Tanah Suci, banyak bertanya juga pendapat dari orang yang berpengalaman bawa anak menunaikan Umrah. Semuanya positif, jadi dari situ cikda dan abegat yakin dengan keputusan yang kami buat. Iaitu bawa anak-anak sekali. Cuma maybe kami kena double triple persediaan mental dan fizikal sebab Megat Iman tak macam kanak kanak lain. Dia Mild Autism.
Jadi hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 3 Dec 2019, 10.00 pagi. Penuh debaran, doa dipohon tak putus putus moga Allah SWT permudahkan semuanya. Perjalanan 8 jam tak terasa lamanya sebab dua dua pun banyak tidur dalam kapal terbang. Kalau tak tidur pun dorang duk layan kartun kat tv masing masing. Perut pun tak sempat lapar, kejap kejap makanan dihidangkan.
Flight kami sampai di Airport Madinah dulu. Dari Airport terus ke Hotel di Madinah. Anak anak ceria, happy, kemana mana pun kami bawa. Ke Masjid sebelum subuh pun kami bawa, senang sangat dorang bangun pagi tak meragam. Setiap kali masuk waktu, Megat Iman laa yang paling beria sekali nak gi solat kat Masjid. Alhamdulillah


Anak Demam, Sempat Tunai Umrah Pertama Semua berjalan lancar hingga hari kami berangkat ke Mekah, Seri Aisya demam panas. Lembik merengek je taknak letak. Alhamdulillah ubat semua dah bawak siap siap dari Malaysia. Sampai di Mekah selesai Umrah pertama, cikda, Abegat dan Megat Iman pula demam. Maka berkampunglah kami di Hotel tak kemana-mana.
Esoknya Alhamdulillah semua beransur pulih. Dapat selesaikan tawaf sunat dan sampaikan doa doa dari keluarga dan sahabat sahabat. Hinggalah hari berangkat pulang ke Malaysia. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehNya. Megat Iman sangat sangat behave kecuali masa dia demam tu memang dia extra manja. Biasalah budak kan. So cikda kongsikan tips untuk ibuayah yang nak bawa anak anak kecil ke Tanah Suci.
Sediakan Ubat Ubatan secukupnya
-Untuk kes cikda, ubat demam Syrup dan Supp (ubat punggung) tak mencukupi. Sebab dua dua demam serentak. So kena beli ubat lain kat farmasi disana. Kalau kena beli, then beli je. Tak mahal pun. Sama je harga macam kat tempat kita.
– Ubat yang perlu dibawa, ubat demam syrup & supp, ubat batuk, ubat selsema, ubat cirit birit, minyak angin, kool fever dan ubat ubat lain. Gadjet & Mainan
– Time nak travel jauh camni setiap sorang memang ada gadjet masing masing. Tapi dorang tak tengok sangat pun sebab cikda tak beli simcard untuk dorang. Pakai wifi hotel je laa tengok youtube kejap kejap. Mainan pun tak bawak, dorang pun tak mintak mainan kat sana. Tapi atas anak masing masing. Bawa laa untuk lekakan dorang.
– Cuma Megat Iman kena ada buku dan alat tulis. Time dia boring memang dia bukak buku untuk melukis. Buku dah penuh pun dia sanggup padam sebab kat sana tak tahu nak beli buku kat mana. Harness
– Cikda beli untuk setiap sorang tapi tak pakai pun . Selalunya memang Megat Iman ni akan lari lari kalau keluar. Tapi kali ni dia tak lari jauh pun. Dia ade je dekat dekat. Tapi kita mak ni kena alert laa. Nampak nak lari jauh sikit terus jerit panggil nama dia. Satu Madinah boleh dengar.  Stroller
– Sangat sangat sangat penting stroller ni kalau bawa anak yang kecik kecik. Kesian anak nak jalan kaki. Letih juga kita nak mendukung je kan. Jadi bawak stroller. Mudah, dia pun boleh rehat dan tidur dalam tu. Time tawaf pun cikda letak Aisya dalam stroller. Tapi make sure dia tak berak tak kencing time tawaf & saie. Selipar
– Kami empat beranak pakai kasut crocs je sepanjang kat sana. Selesa, tak licin, tak sakit kaki. Tapi kasut abegat hilang kat Masjid Nabawi. Pilih kasut yang selesa. Kasut yang selesa pun boleh mempengaruhi mood kita. Yela, kalau kaki anak anak sakit, kaki sakit, kang merengek je laa dorang kang. Makan
– Tak perlu risau makanan kat sana. Bebudak ni kalau nampak boring nak start cranky je terus abegat belikan aiskrim. Aiskrim kat sana sedap sedap. Confirm mood gembira dorang datang balik. Pakaian
– Tak perlu bawak baju budak banyak banyak. Bawak beberapa helai je selebihnya boleh beli kat sana. Murah murah ibukkkk. Rambang mata nengoknya. Sweater
– Kena bawa sweater untuk anak anak. Sebab cuaca di Madinah hujung tahun memang sejuk. Lagi lagi time subuh tu kan. Menusuk ke tulang sejuknya. Kesian kat anak kalau kesejukan nanti.

Kalau Dah Niat, Allah Permudahkan Setakat ni itu je yang cikda ingat. Kalau ade lagi nanti cikda tambah. Cuma kalau kita dah berniat nak bawa anak, jangan risau. Buat solat hajat dan doa banyak banyak minta Allah permudahkan. Allah Maha Mendengar.
Cikda doakan semoga kita semua diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke Tanah SuciNya bersama anak anak dan keluarga. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
#umrahcikda
Semoga apa yang dikongsikan oleh Eida Ilham ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa lain yang ada perancangan untuk bawa anak-anak yang masih kecil. Bila dah ada niat tu InsyaAllah, akan dipermudahkan. paling penting kena ada sedikit persiapan supaya perjalanan umrah dan ibadat di sana nanti akan lebih lancar.
sumber: Eida Ilham
 
The post Bawa Anak Autisme Tunai Umrah, Ibu Ini Kongsi Tip & Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bawa-anak-autisme-tunai-umrah-ibu-ini-kongsi-tip-pengalaman-nak-bawa-anak-kecil-ke-mekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terlentok Adik Dalam Raga Motor Foto Ibu Ambil Anak Balik Sekolah Bawa Anak Kecil Cetus Hiba

Terlentok Adik Dalam Raga Motor Foto Ibu Ambil Anak Balik Sekolah Bawa Anak Kecil Cetus Hiba

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 409 hits
Selalu dalam hidup ini tipulah jika kita tidak pernah merungut pasti kita sentiasa idamkan sesuatu yang lebih baik sehinggakan lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki Namun satu gambar yang tular ini memaparkan seorang ibu gi...
Haifa Macam Dah Tak Bernyawa Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Lembik Tak Bernafas Tersedak Susu

Haifa Macam Dah Tak Bernyawa Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Lembik Tak Bernafas Tersedak Susu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 443 hits
Banyak kes bayi yang tersedak susu dilaporkan berlaku Terdapat juga kes yang melibatkan kematian jika situasi seperti ini tidak dapat dikawal dengan betul Seorang pengguna Facebook Nur Zaind memuat naik dan berkongsi detik cemasketika bayi ...
Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

Takpe La Janji Kakak Nak Sekolah Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 589 hits
Hari terakhir penghujung tahun 2019 maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak kanak dapat dilihat tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat a...
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 589 hits
Bahaya Badi Melawat Pesakit Di Hospital Bagi Anak Kecil Ibu Bapa Sila Berhati Hati Kita mungkin pernah membawa anak menziarah saudara atau kenalan yang sakit di hospital Ia memang amalan yang dituntut namun membawa anak kecil ke persekitara...
Video Mama Mama Anak Kecil Meratap Dan Menangls Tanpa Henti Sebelah Jasaad Ibu Vndang Sebak

Video Mama Mama Anak Kecil Meratap Dan Menangls Tanpa Henti Sebelah Jasaad Ibu Vndang Sebak

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 372 hits
Hati siapa yang tidak sedih saat kehilangan ahli keluarga terutamanya ibu bapa Kehilangan insan yang berharga ini merupakan satu momen paling perit dan sukar untuk diterima VIDEO Mama Mama Anak Kecil Meratap Dan Menangls Tanpa Henti Sebelah...
Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

Si Kecil Sentiasa Nak Mainan Dan Baju Baru Salah Satu Tanda Dia Anak Manja

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 379 hits
Anak meraung menjerit dan bergolek sakan di mall gara gara permintaannya untuk membeli mainan baru tidak dipenuhi pernahkah anda melihat situasi tersebut atau melaluinya sendiri Adakah itu dinamakan anak manja Sayangkan anak Tiada ibu mahup...
Nak Anak Solat Subuh Kita Kena Solat Sekali Ozlynn Kongsi Tips Anak Solat Amp Mengaji

Nak Anak Solat Subuh Kita Kena Solat Sekali Ozlynn Kongsi Tips Anak Solat Amp Mengaji

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 482 hits
View this post on Instagram Salam subuh semua my baby Hanania semua dh ke masjid utk solat dan mengaji memasing dh bawak Al Quran dan Iqra aku x kejut dorg semua abg ariq uruskan arini abg Ariq puji adik2 dia seka
Anak Kecil Nangis Peluk Jenazah Ibu Buat Netizen Sebak

Anak Kecil Nangis Peluk Jenazah Ibu Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 365 hits
Baru baru ini Ohmedia ada tengok satu post yang tular di Twitter inierlin mengenai seorang budak kecil menangis di depan jenazah ibunya Hmm terus meleleh air mata weh Kejadian ini dipercayai terjadi di Indonesia Sumber dari Facebook Insan T...
Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

Kita Nak Anak Hormat Ibu Ayah Bukannya Takut Marah Tak Perlu Menengking

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 374 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment