Gaji Ikut Sistem Rimbakah


MINGGU lepas saya menulis dalam kolum ini artikel yang bertajuk – Sampai bila gaji tak naik? Ia adalah tentang majikan yang begitu berkira untuk menaikkan gaji pekerja dan tidak bersetuju dengan peningkatan gaji minimum.
Ada yang menjawab dalam ruangan komen di Utusan Online – Tukarlah beratus kali kerajaan, haram nak bagi rakyat keluar dari zon kemiskinan. Ada juga mempersoalkan kenapa perlu makan gaji
Sudahlah gaji rendah kena kerja lebih masa pula dan ada yang jawab sampai Abang Jamil mati! (Ini dialog cerita P.Ramlee)

Kelmarin pula Utusan Malaysia di muka depan akhbar itu memaparkan berita bertajuk – Majikan Malaysia Kedekut. Majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji. Angka itu terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus)

Menyifatkan peratusan bayaran rendah itu bagaikan tidak ‘masuk akal’, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata, rata-rata majikan di negara ini mampu bayar lebih daripada gaji minimum RM1,200

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, situasi sekarang bukan masa sesuai meningkatkan kos operasi dan cadangan gaji minimum baru iaitu RM1,500 kerana belum mencapai kestabilan ekoran kejutan ekonomi akibat Covid-19 dan kesan buruk banjir besar

Tetapi yang peliknya, beberapa hari lalu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu,KDNK Malaysia meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat 202 (S4 2021), berbanding penguncupan sebanyak 3.4 peratus pada tempoh sama tahun lalu

Perkembangan itu, kata beliau, jelas menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul dengan pertumbuhan KDNK bulanan kembali positif sepanjang S4 2021 walaupun berdepan dengan ancaman varian Omicron serta banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri pada Disember tahun lalu

Iyalah, bila cerita pasal gaji ini ramai yang ada macam-macam pendapat dan cerita. Yang kesatuan pekerja mahu gaji setimpal manakala kesatuan majikan pula asyik memikirkan pasal bajet. Yang tersepitnya rakyat yang bergaji rendah jugalah

Baru-baru ini seorang kawan menghantar mesej WhatsApp kepada saya – iklan kerja Ketua Pengawal keselamatan. “Sudah kenapa? Hang suruh aku mohon ke?” tanya saya. Bukan, katanya, dia mahu saya lihat gaji pokok untuk Eksekutif Keselamatan itu, RM2,750 manakala Ketua Pengawal Keselamatan RM2,650 di Kuala Lumpur

Kata kawan saya itu, dia yang tergolong dalam pekerja profesional yang ada ijazah pun dibayar di bawah gaji itu

“Macam ini tak perlu belajar tinggi. Jadi pak guard pun gaji lebih RM2,000. Aku yang belajar tinggi ada pengalaman bekerja lebih lima tahun pun gaji masih RM1,900,” katanya

Itulah, setiap majikan tidak membayar pekerja mengikut skil dan pendidikan. Semua syarikat berbeza. Yang kedekut bagilah sedikit. Yang bermurah hati, tentulah banyak dan masih beri bonus dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Sepatutnya, tangga gaji ketika pengambilan pekerja ini dibuat mengikut pengalaman dan pendidikan. Tak akanlah gaji lulusan ijazah kejuruteraan atau senibina lebih rendah upahnya berbanding pengawal keselamatan! Kita guna sistem rimbakah dalam menentukan gaji pekerja

Kadang-kadang, majikan sendiri merendahkan atau menjatuhkan profesion itu dengan bayaran upah sedikit. Sedangkan profesion itu begitu gah dan dipandang tinggi di mata masyarakat

Maksud profesion dalam kamus Dewan Bahasa adalah pekerjaan yang memerlukan pelajaran tinggi dan latihan khas contohnya dalam bidang undang-undang, perubatan, perakaunan dan lain-lain

Ramai pelajar lepasan uni­versiti mengintai peluang kerja ketika ini. Mereka ini sentiasa siang malam diiringi doa ibu bapa agar mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji lumayan. Tetapi ada terpaksa menceburi perkhidmatan e-hailing, membawa penumpang atau makanan. Sebabnya, dengan kerja itu, gaji mereka tidaklah dibayar di bawah RM2,000

Anak yang berpelajaran tinggi duduk di Kuala Lumpur menjadi miskin bandar. Lebih baik bekerja di kampung. Sampai bila majikan Malaysia mahu kedekut?
Oleh: FAUZIAH AROF

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/gaji-ikut-sistem-rimbakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kah Kah Menteri Pertahanan Lekeh Betoi Tak Ikut Sop Ke

Kah Kah Menteri Pertahanan Lekeh Betoi Tak Ikut Sop Ke

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 140 hits
Malaysia dah jadi negara pariah di peringkat antarabangsa No one respects us anymore Not even our closest neighbor
Terancam Gagal Panen Lantaran Hama Tikus Kementan Imbau Petani Sikka Ikut Autp

Terancam Gagal Panen Lantaran Hama Tikus Kementan Imbau Petani Sikka Ikut Autp

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 169 hits
Sejumlah petani di Talibura Sikka Nusa Tenggara Timur terancam gagal panen Penyebabnya adalah hama tikus yang menyerang sawah petani Dalam kondisi tersebut agar tak semakin menimbulkan kerugian semakin besar Kementerian Pertanian mengimbau ...
Tren Kripto Menjamur Anak Yusuf Mansyur Ikut Ciptakan Uang Kripto

Tren Kripto Menjamur Anak Yusuf Mansyur Ikut Ciptakan Uang Kripto

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 182 hits
Membaca peluang di tengah menjamurnya tren kripto di dunia bahkan di Indonesia membuat publik figur berlomba lomba menciptakan sendiri uang kripto ala mereka
Dapat Restu Suami Heliza Helmi Akan Ke Gaza Jun Ini Kalau Ada Peluang Dia Akan Ikut Ke Sana Juga

Dapat Restu Suami Heliza Helmi Akan Ke Gaza Jun Ini Kalau Ada Peluang Dia Akan Ikut Ke Sana Juga

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 140 hits
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi mendapat sokongan dan restu suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman untuk ke Gaza Palestine bagi menjalani pengambaran filem Road To Heaven pada Jun ini Ketika ditemui OhBulan Heliza ...
Buat Beras Frozen Ikut Teknik Ni Bubur Anak Lagi Cepat Masak Superb

Buat Beras Frozen Ikut Teknik Ni Bubur Anak Lagi Cepat Masak Superb

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 214 hits
Menyediakan bubur nasi anak sememangnya memerlukan tempoh masa yang agak lama Bagi memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita menyediakan bubur anak ini teknik membekukan beras antara yang begitu disarankan Nak bekukan beras macam mana Tekn...
Nak Ikut Ulama Atau Ikut Nabi Jangan Pening

Nak Ikut Ulama Atau Ikut Nabi Jangan Pening

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 181 hits
APABILA USTAZ INI IKUT KANAN KITA MAHU IKUT MANA Sorang ustaz guru pondok ni bagitahu pondok dia pernah Nabi turun solat Mana dia tahu Dia cakap ada seorang budak pelajar pondok dia bagitahu nampak Nabi solat kat pondok dia jam 3 pagi Maka ...
Mudahnya Masak Rendang Guna Pes Chef Ku Ikut Je Resipi Dapoq Pdot Ni

Mudahnya Masak Rendang Guna Pes Chef Ku Ikut Je Resipi Dapoq Pdot Ni

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 334 hits
Buntu juga memikirkan menu yang nak dimasak untuk keluarga terutamanya buat ibu ibu yang bekerja Balik kerja dah penat Mestilah nak masak menu yang cepat dan mudah tapi sedap Jangan risau kami ada penyelesaiannya Hanya guna pes masakan dari...
Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

Jangan Letak Ubat Gigi Minyak Gamat Ikut Langkah Ni Selamatkan Kulit Anak Melecur

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 229 hits
Malang tak berbau walaupun kita mengelakkan anak dari masuk ke dapur ada waktunya bahaya mengundang anak kita Minyak panas atau air panas paling penting dijauhkan dari anak Letaklah di tempat yang tinggi Namun jika ia terjadi jangan cemas d...
Datuk K Gembira Anak Ikut Mentor Yang Betul Untuk Bisnes

Datuk K Gembira Anak Ikut Mentor Yang Betul Untuk Bisnes

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 178 hits
Datuk K Gembira Anak Ikut Mentor Yang Betul Untuk Bisnes Ibu bapa mana yang tak happy bila tengok anak anak berjaya dengan kehidupan masing masing Terasa betapa indahnya menjadi seorang ibu bapa apabila mampu merasa bahagia bila anak anak g...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet