Datuk K Gembira Anak Ikut Mentor Yang Betul Untuk Bisnes
Datuk K Gembira Anak Ikut Mentor Yang Betul Untuk Bisnes Ibu bapa mana yang tak happy bila tengok anak-anak berjaya dengan kehidupan masing-masing. Terasa betapa indahnya menjadi seorang ibu bapa apabila mampu merasa bahagia bila anak-anak gembira dan bahagia dengan kejayaan hidup masing-masing.
Makin membanggakan apabila dapat melihat anak-anak bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Inilah perasaan yang sedang dilalui oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tatkala anaknya Asyraf dapat mempamerkan sebuah kejayaan besar dalam hidup.
Datuk K yang sememangnya sudah terkenal sejak dulu sebagai salah seorang usahawan berasa bangga dengan kejayaan anaknya Asyraf Bin Khalid, dimana Asyraf telah berjaya mewujudkan sebuah perniagaan bersama isterinya Tya dengan nama Mutyara.
Berjaya Berkat Bimbingan MentorAsyraf dan Tya berjaya membawa nama perniagaan mereka dengan setelah mendapat bimbingan dari Mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Perubahan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini disebabkan telah mengikuti program Titan yang diusahakan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sejak 3 tahun lalu.
Berkat kejayaan itu, dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya.
Ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. Datuk K bukan saja berterima kasihpada Dr Azizan Osman kerana berjaya membimbing Asyraf dalam bisnes malah dalam bentuk kehidupan peribadi Asyraf juga untuk menjadi insan yang lebih baik dan berjaya berbanding dulu.
View this post on Instagram A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)
Ini diakui oleh Asyraf sendiri. Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, "Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
Dulu Nakal Tapi Sekarang Makin Kenal Nilai Kehidupan Dunia Akhirat
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Disebabkan itu, saat ini beliau sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya membuatkan diri ayahnya berbanggadengan pencapaiannya selama 3 tahun ini. Makin gembira luahan bapanya itu di buat pertama kali di hadapan mentor Asyraf sendiri
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya
Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa
Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya
Datuk K Cemburu Lihat Kesungguhan Dr Azizan Dalam Membimbing Orang Lain
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percayasebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, manatempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya
Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya
Nak Berjaya Jangan Sengaja Berlagak Pandai
Jika benar-benar rasa diri belum berjaya dan mahu perniagaan seiring dengan orang lain yang sudah berjaya, jangan sesekali sengaja tunjuk lagak pandai. Tak tahu tak apa, asalkan bertindak segera dapatkan mentor. Mengaku tidak tahu adalah lebih baik dari mengaku serba serbi tahu tapi hakikatnya satu apa pun
tidak reti untuk dibuat
Ambil kata-kata Datuk K tadi, nak berjaya carilah mereka yang sudah berjaya. Dapatkan tunjuk ajar daripada mentor seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks juga merupakan salah satu pilihan bijak kerana sesungguhnya, mentor itu mempunyai ilmu yang sangat banyak untuk dikutip dan digunakan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2022/02/datuk-k-gembira-anak-ikut-mentor-yang-betul-untuk-bisnes.html