Gagal Solat Jumaat Kerana Patuh Sop Tak Berdosa Kata Mufti Perlis


 
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dalam konteks mentaati ulil amri dalam perkara makruf demi menjaga nyawa seperti SOP keselamatan atau kesihatan adalah wajib dan melanggarnya adalah berdosa.PETALING JAYA: Individu yang gagal menunaikan solat Jumaat disebabkan mematuhi SOP Covid-19 tidak dikira berdosa dan ia termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan syarak, kata Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, situasi itu sama seperti tidak menunaikan solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir dan seumpamanya.
Asri berkata, tidak ada asas untuk mewajibkan individu yang gagal menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut-turut kerana mematuhi SOP untuk bertaubat dengan solat sunat taubat.
“Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui di mana tidak dapat menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi SOP tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran yang dibenarkan syarak,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Mohd Asri Zainul Abidin.Asri berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mendapat banyak pertanyaan berhubung ucapan seorang pendakwah bebas yang membuat kenyataan mengenai solat Jumaat.
“Kenyataan itu ditambah dengan kenyataan ‘norma baharu yang merosakkan akidah’ dan setelah meneliti, jawatankuasa menghargai kesungguhan beliau dalam mengingatkan umat Islam berkenaan kewajipan solat Jumaat,” katanya.
Beliau berkata, perkataan wajib yang digunakan pendakwah berkenaan membawa maksud berdosa jika tidak melakukannya.
Katanya, ini membawa maksud pendakwah berkenaan menganggap berdosa kepada mereka yang terbabit tidak menunaikan solat sunat taubat.
“Sedangkan dalam konteks mentaati ulil amri dalam perkara makruf demi menjaga nyawa seperti SOP keselamatan atau kesihatan adalah wajib dan melanggarnya adalah berdosa.
“Perlu diketahui bahawa meninggalkan solat Jumaat disebabkan keuzuran bukan satu dosa dan dalam ungkapan beliau mengenai ‘norma baharu yang merosakkan akidah’ itu difahami norma baharu boleh membawa kepada kekufuran atau sekurang-kurangnya kesesatan dan hal ini sangat bahaya kerana norma baharu ini kebanyakannya membabitkan persoalan fekah atau hukum-hakam amalan,” katanya.
Beliau berkata, untuk mengaitkannya dengan akidah sehingga membawa kepada kerosakan, ia suatu hal yang perlu dibuktikan secara yakin bahawa kepercayaan agama yang termasuk dalam al-Quran dan as-Sunnah sudah rosak.
Katanya, dakwaan berkenaan mengelirukan dan boleh memberi kesan tidak baik sedangkan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri sentiasa menjadikan al-Quran, as-Sunnah dan dalil muktabar sebagai panduan sebelum apa jua garis panduan dikeluarkan kepada masyarakat.
Bagaimanapun, Asri berkata adalah wajar pendakwah berkenaan memberikan nasihat dan teguran berhubung orang yang bersungguh mencuba mendaftarkan diri untuk hadir solat Jumaat dengan syarat diizinkan oleh pemerintah.
Terdahulu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebelum ini mengarahkan supaya masjid di negeri itu ditutup kepada orang awam mulai Khamis lalu sehingga ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/gagal-solat-jumaat-kerana-patuh-sop-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patuh Sop Agar Dapat Kembali Meriahkan Perayaan Seperti Dahulu Kata Pm

Patuh Sop Agar Dapat Kembali Meriahkan Perayaan Seperti Dahulu Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 260 hits
Petugas Malaysian Buddhist Association semasa membuat persiapan untuk Hari Wesak yang disambut hari ini Hanya 10 AJK persatuan dibenarkan hadir di kuil itu untuk upacara keagamaan semalam PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terus...
Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak Tiga Kali Kerana Mematuhi Sop

Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak Tiga Kali Kerana Mematuhi Sop

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 336 hits
SOALAN Assalamualaikum Saya ingin bertanya adakah para lelaki mukallaf yang tidak hadir solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut turut kerana mematuhi Standard Operating Procedure yang ditetapkan kerajaan wajib untuk bertaubat dengan mendir...
Berdosa Jenayah Syarak Ingkar Sop Covid 19 Mufti

Berdosa Jenayah Syarak Ingkar Sop Covid 19 Mufti

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 319 hits
Oleh SAFINA RAMLI Wan Salim Wan Mohd Noor GEORGETOWN Umat Islam yang ingkar dengan prosedur operasi standard bagi mencegah penularan wabak Covid 19 seperti cuba merentas negeri telah melakukan satu jenayah syarak dan perbuatan itu adalah be...
Orang Ramai Diminta Buat Iaporan Poiis Jika Jiran Ianggar Sop Aidilfitri Kata Ketua Poiis Perlis

Orang Ramai Diminta Buat Iaporan Poiis Jika Jiran Ianggar Sop Aidilfitri Kata Ketua Poiis Perlis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 351 hits
nbsp Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada poIis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa kata Ketua PoIis Perlis Datuk Surina Saad B...
Tak Patuh Sop Awie Disiasat Polis Melaka

Tak Patuh Sop Awie Disiasat Polis Melaka

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 309 hits
TAK PATUH SOP AWIE DISIASAT POLIS MELAKA MELAKA Penyanyi dan pelakon Datuk Awie akan dipanggil untuk diambil keterangan susulan dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard pada satu majlis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asiste...
Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 379 hits
Walau dibenarkan jemaah ditetapkan tidak boleh melebihi 50 orang di masjid dan surau di seluruh Perak Jabatan Agama Islam Perak turut menetapkan menetapkan kehadiran menunaikan solat hanya dibenarkan kepada warganegara lelaki dan berusia 12...
Hiburan Rimas Pakai Niqab Dan Mask Tak Payah Keluar Rumah Fynn Jamal Pesan Pada Niqabis Agar Patuh Sop

Hiburan Rimas Pakai Niqab Dan Mask Tak Payah Keluar Rumah Fynn Jamal Pesan Pada Niqabis Agar Patuh Sop

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 435 hits
Penyanyi Fynn Jamal baru baru ini ada menyampaikan pesanan khas buat wanita yang berpurdah dan berniqab agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dengan memakai pelitup muka di sebelah dalam niqab atau purdah Ujar Fynn memakai niqab ...
Pkp 3 0 Akan Berjaya Jika Semua Serius Patuh Sop

Pkp 3 0 Akan Berjaya Jika Semua Serius Patuh Sop

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR NOOR HISHAM ABDULLAHPUTRAJAYA Kementerian Kesihatan yakin dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dan pematuhan prosedur operasi standard mampu melandaikan keluk penularan Covid 19 di negara ini Ketua P...
Solat Jumaat Ustazah Asma Mohon Maaf Cuai Guna Wajib Bertaubat

Solat Jumaat Ustazah Asma Mohon Maaf Cuai Guna Wajib Bertaubat

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 290 hits
Ustazah Asma Harun KUALA LUMPUR Pendakwah bebas Ustazah Asma Harun tampil menjelaskan kenyataan awal beliau bahawa mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut turut disebabkan mematuhi prosedur operasi standard pemerintah b...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr