Solat Jumaat Ustazah Asma Mohon Maaf Cuai Guna Wajib Bertaubat


Wartawan MalaysiaGazette Ustazah Asma' Harun. KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan kenyataan awal beliau bahawa mereka yang tidak menghadiri solat Jumaat tiga kali berturut-turut disebabkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemerintah bagi mengelak penularan wabak Covid-19 wajib bertaubat dengan menunaikan solat sunat taubat
  Dalam penjelasannya, Asma’ berkata, uUmat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah penularan pandemik Covid-19 tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak
Kenyataan itu dibuat selepas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, umat Islam yang gagal menunaikan solat Jumaat kerana mematuhi SOP dalam mencegah penularan pandemik tidak dikira berdosa kerana ia termasuk dalam keuzuran dibenarkan syarak.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia sama seperti tidak menunaikan solat Jumaat bagi mereka yang bermusafir dan seumpamanya.
Berikut adalah penjelasan Asma di laman Facebook miliknya.  Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak samada ilmuan atau orang awam yang menegur, menasihati, membantu menjelaskan semula secara baik, melihat sisi positif dan memahami dengan jernih terhadap apa yang cuba saya sampaikan
  Tidak lupa juga setinggi terima kasih buat yang mengkritik, menghina, mencerca serta memanipulasi agak jauh mengenai isi kandungan sedutan pendek daripada satu perkongsian saya yang berdurasi 1 jam 38 minit tersebut (Kami tidak tahu siapa yang memotong dan menyebarkan video tersebut, kerana ia tanpa kebenaran dan makluman)
  Secara jujurnya, saya sendiri dapat mengambil pengajaran yang banyak daripada apa yang berlaku, mudah-mudahan kalian juga begitu. Saya berlapang dada menerima segalanya kerana sedar hakikat diri yang bersalah dan berdosa
  Sejak daripada awal musibah COVID-19 sehingga ke hari ini, samada dalam bentuk penulisan atau perkataan, saya tidak pernah menzahirkan penentangan terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Sebarang manipulasi yang menimbulkan andaian seumpama itu, maka saya nafikan
Saya juga bersetuju dan menyokong tanpa bahas, kerana ia juga pegangan dan fahaman saya sejak awal hingga ke hari ini, sepertimana kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh:  1. Jabatan Mufti Wilayah Persekutuanhttps://www.facebook.com/423534687786516/posts/2114946108645357/  2. Jabatan Mufti Negeri Perlis
https://www.facebook.com/13834178…/posts/2882053502112125/Dan lain-lain penjelasan ilmiah yang seumpama di atas
  SUDILAH KIRANYA MEMBACA DAN MENELITI PENJELASAN DHAIF SAYA DI BAWAH: Isu utama adalah pada perkataan “RASA BERDOSA” dan “WAJIB BERTAUBAT.”  Terlebih dahulu, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan atas kecuaian menggunakan perkataan “Wajib Bertaubat” sehingga menimbulkan kebimbangan, kekecohan, pertikaian, perdebatan dan telah mengheret ramai alim ulama’, ilmuan dan orang awam membahaskannya dengan pelbagai nada dan kefahaman masing-masing. Segala bentuk keburukan yang timbul amatlah dikesali
  Namun, berikan saya ruang untuk menjelaskan hakikat sebenar yang ingin disampaikan, anda boleh menerima atau menolaknya, namun sungguh berharap agar tidak dipanjangkan dengan perdebatan yang tidak ilmiah;  1. Pada awalnya saya menyebutkan bahawa meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut wajib bertaubat, sebenarnya merujuk kepada mereka yang sengaja dan tanpa halangan (yang lebih tepat walaupun meninggalkan 1 kali juga berdosa besar dan wajib bertaubat)
  Daripada Jabir bin Abdillah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلاَثًا مِنْ غَيْرِ ضَرُورَةٍ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang dharurat maka Allah akan mengunci mati jantung hatinya.” (HR al-Nasa’ie, hadis sahih)  2. Maka kerana beratnya peringatan tersebut, sewajarnya lelaki soleh (beriman, beramal, berakhlak) walaupun meninggalkan solat Jumaat kerana terhalang/rukhsah dan tidak jatuh berdosa dari sudut hukum syarie, tetap akan “RASA BERDOSA”, rasa bersalah, rasa sedih dan seumpamanya kesan daripada iman dan taqwa. Bahkan Rasulullah SAW sendiri yang maksum (dijamin bersih daripada dosa) juga menekankan perkara ini; Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:  وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”(HR Bukhari, hadis sahih)  Saya tertarik dengan sebuah kisah mengenai Imam al-Buwaithi yang dimuatkan di dalam kenyataan rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai renungan bersama:  “Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah Imam al-Buwaithi, seorang anak murid Imam al-Syafie, yang diriwayatkan bahawa beliau walaupun dipenjara, beliau akan mandi dan memakai pakaian yang terbaik baginya pada setiap hari Jumaat, kemudian beliau pergi mengetuk pintu jeriji penjara bagi menarik perhatian pengawal penjara
  Lalu pengawal penjara itu bertanya kepada beliau, “Apa yang tuan mahu?”. Kata beliau, “Aku mahu menyahut seruan Tuhan-ku (azan Jumaat)”, walaupun dia mengetahui pengawal penjara tersebut tidak akan membenarkannya keluar. Begitulah pada setiap hari Jumaat, Imam al-Buwaithi melakukan hal yang sama sebagai usaha beliau untuk pergi mendirikan solat Jumaat.”  Sebagai muslim, kita seharusnya memiliki naluri yang ingin dekat kepada Allah melalui ibadah fardhu dengan penuh kecintaan. Maka apabila kita meninggalkan sesuatu yang dicintai, pasti hadirnya resah dan gelisah ataupun rasa bersalah bila meninggalkannya. Lalu kita berusaha untuk bertaubat dengan memperbanyak istighfar dan solat sunat
 Tentang isu “RASA BERDOSA INI”, sungguh saya senada seperti posting Prof. Dr. Supyan Husin:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3923267634395347&id=100001364461503  3. Susulan daripada rasa berdosa yang hadir, maka didirikan solat taubat sebagai ikhtiar untuk ketenangan hati nurani. Bahkan sebahagian daripada muslim ada mewajibkan dirinya solat taubat pada setiap malam/hari, walaupun tidak jelas dosa besar apa yang dilakukan kerana “Rasa berdosa”
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya: “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan (dosa), dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan (dosa) itu adalah mereka yang bertaubat.”(HR Ibn Majah (4392), hadis hasan)  4. Perkataan “wajib solat taubat” yang saya maksudkan bukanlah menjatuhkan HUKUM/BERFATWA bahawa siapa yang tinggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut setelah berusaha sedaya upaya dan ada halangan yang mewujudkan rukhsah adalah berdosa besar dan “wajib bertaubat.” Hakikatnya, ia merujuk wajib dari sudut rohani (ilmu tasawwuf) atau bahasa yang biasa digunakan. Contoh perkataan ‘Wajib’ yang biasa digunakan seperti:  “Kita wajib membantu ummat Islam di P4l3stin dengan bersedekah”, maka bukanlah wajib hukmi sehingga jatuh berdosa besar mereka yang tidak bersedekah untuk P4l3stin
  “Kerana besarnya ganjaran iaitu syurga (berdasarkan hadis sahih) bagi yang membaca ayat kursi selepas solat, maka wajib jangan tinggalkannya selepas solat”, maka bukanlah bermaksud berdosa jika tidak membacanya
  Maka ‘Wajib’ disini adalah satu kemestian dari sudut akhlak atau adab sebagai hamba yang soleh. Sebaiknya seorang lelaki yang beriman, ketika waktu solat Jumaat berusaha untuk menghidupkan waktu Jumaatnya seperti mendengar khutbah melalui saluran televisyen, radio atau ‘live.’ Berusaha menghidupkan rasa cinta dan rindu untuk melaksanakan solat Jumaat walaupun berhalangan. Antara lain tidak berkeliaran tanpa sebab ketika waktu solat Jumaat, bagi menunjukkan rasa hormat, malu dan “rasa bersalah.”  Tuan/Puan, hakikatnya kita dapat melihat selepas berlalu fasa pertama PKP 1.0 dan 2.0, apabila solat Jumaat telah dibenarkan dengan SOP, masih dan bertambah ramai lelaki muslim yang mencuaikan solat Jumaat tanpa sebab. Ia satu situasi yang sangat menyedihkan. Seolahnya tiada lagi “Rasa Berdosa” walaupun benar-benar melakukan dosa besar:  Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW: إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ Maksudnya: “Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang Fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”(HR Bukhari, hadis sahih)
Sahibus Samahah Datuk Zamri Hashim, Timbalan Mufti Perak semasa beliau ditemubual oleh akhbar Sinar Harian pada 22 Mei 2020
  “Jelasnya, antara bentuk tindakan meremehkan solat Jumaat dalam kalangan masyarakat termasuklah sengaja tidak pergi solat Jumaat walaupun nama tersenarai di dalam giliran menunaikan solat Jumaat atau sengaja memberikan giliran solat Jumaat kepada orang lain sedangkan tiada keuzuran syarak kepada dirinya. Selain itu, tidak berusaha memaklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan tidak berusaha datang awal ke masjid untuk solat Jumaat juga merupakan sebahagian perbuatan meremehkan solat Jumaat.”  “Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan keputusan membenar semua surau melaksanakan solat Jumaat itu, semua ahli jawatankuasa masjid wajib memastikan semua surau yang berada di dalam kariah mereka berusaha menampung jemaah lelaki yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat di masjid atau Surau Diri Jumaat sedia ada.” “Bukan setakat membiarkan surau berkenaan memilih untuk melaksanakan solat Jumaat atau tidak kerana maksud kebenaran itu adalah untuk membolehkan semua lelaki Muslim solat Jumaat setiap minggu.”  “Jangan sampai ada di kalangan lelaki-lelaki Muslim merasa lazat untuk berterus-terusan meninggalkan solat Jumaat sewenang-wenangnya begitu sahaja,” katanya.
 “MAIPk dalam satu kenyataan memaklumkan semua surau di Perak yang berdaftar dengan MAIPk dibenar melaksanakan solat Jumaat sepanjang tempoh PKPP bermula 10 Julai 2020 ini.”  “Kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau-surau institusi pendidikan, kem tentera, berek-berek Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.”Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/…/Berdosa-besar-cuai…
سبحان اللّه وبحمده سبحان اللّه العظيم Sebagai orang awam dan sepanjang tempoh berada dalam lapangan dakwah lebih kurang 10 tahun, saya menghormati semua alim ulama’, ilmuan dan pendakwah tanpa mengira latar belakang, tidak menghina atau mencerca walaupun tidak bersetuju, atau membalas cercaan terhadap saya tanpa sebab sahih. Saya percaya semua pendakwah berusaha memberi kebaikan untuk pembangunan rohani, akal dan akhlak ummah
 Onak dan ranjau berduri dunia dakwah ini membuatkan saya belajar banyak perkara;  1. Setiap patah perkataan atau tulisan yang saya sampaikan perlu diiringi dengan sikap sangat berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan yang berulang, kerana hukuman segera menanti tanpa belas kasihan. Nasihat dan teguran yang baik dengan cara yang baik amatlah diharapkan dan dihargai
  2. Susulan tekanan demi tekanan, lalu antara ikhtiar saya ialah mewujudkan unit penyelidikan sendiri yang terdiri daripada 8 orang (setakat ini) dengan latar belakang pengajian islam yang berbeza.  Perniagaan kecilan di bawah Galeri UAH itulah yang menampung pembayaran gaji buat mereka, ia satu pelaburan yang sangat berbaloi, demi kelangsungan dakwah yang benar dan sahih
  Namun, hakikatnya saya tetap tidak dapat lepas daripada melakukan kesilapan demi kesilapan. Saya akan terduduk sekejap apabila dikecam dicerca, namun usaha bangkit semula walau payah demi ummah. Jika untuk diri, suami dan anak-anak, mahu saja saya menjadi isteri dan ummi sepenuh masa
  3. Budaya mengeji dan menghina masyarakat kita pada waktu ini sangat membimbangkan, berlaku tanpa rasa segan dan berdosa. Bukan hanya dalam kalangan orang awam, tapi dicontohkan oleh ilmuan dan agamawan. Maka saya menyeru, sebagaimana tujuan utama Nabi Muhammad SAW diutuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak menjadi satu landasan perjuangan dan metod dakwah
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik.”(HR Ahmad, hadis sahih)  KESIMPULAN Saya berharap agar apa yang disampaikan dalam penjelasan ini tidak mengguris hati mana-mana pihak dan mengharmonikan kembali salah faham yang berlaku. Semoga ada hikmah yang besar daripada Allah SWT untuk saya khususnya, pihak berwajib dalam meneliti lebih mendalam dan untuk kita semua. Sekali lagi saya mohon maaf atas segala yang berlaku
 Setinggi ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Supyan Hussin (Prof. UKM), Dr. Wan Hilmi (Pensyarah, UKM), Dr. Muhamad Rozaimi Ramle (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis), Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (Penyelia Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian), Dr. Mohd Hafiz Mahaiyadin (Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara), Ustaz Dr. Roslan Mohammed (Mantan Pensyarah Kanan Universiti Malaya), Ustaz Abu Syafiq (Pengasas Pertubuhan ASWAJA), Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari (Mudir Maahad An-Noer, Janda Baik, Pahang), Syeikh Ahmad Faisol Hj. Omar (Kadi Daerah Kota Setar, Kedah), Dr. Muhamad Ilyas Mohd Mydin (Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), Ustaz Abid Annuriyy (Pensyarah OUM) dan lain-lain tokoh yang saya tak dapat sebutkan satu persatu dalam tulisan ini
 Juga setinggi rasa terharu dan penghargaan kepada semua sahabat alam maya yang sentiasa memberikan doa, sokongan, semangat, kefahaman dan nasihat yang cukup berhikmah. Kebanyakan komentar saya baca dan rasa sungguh bahagia. Saya juga berlapang dada dan memaafkan segala kekhilafan dan kecaman yang dilontarkan kepada saya tanpa tuntutan sampai akhirat
Sama-sama kita hayati peringatan daripada Rasulullah SAW: لَيُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ Maksudnya: “Ikatan-ikatan Islam akan terburai satu demi satu, setiap kali satu ikatan terburai orang-orang bergantungan pada ikatan selanjutnya. Yang pertama kali terburai adalah masalah hukum dan yang terakhir adalah solat.” (HR Ahmad, hadis sahih)Wallahu A’lam
 ASMA’ BINTI HARUN – MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/solat-jumaat-ustazah-asma-mohon-maaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak Tiga Kali Kerana Mematuhi Sop

Adakah Wajib Solat Taubat Jika Tidak Hadir Solat Jumaat Sebanyak Tiga Kali Kerana Mematuhi Sop

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 283 hits
SOALAN Assalamualaikum Saya ingin bertanya adakah para lelaki mukallaf yang tidak hadir solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut turut kerana mematuhi Standard Operating Procedure yang ditetapkan kerajaan wajib untuk bertaubat dengan mendir...
Persoal Kuasa Sultan Johor Ibu Neelofa Mohon Maaf Amp Buat Laporan Polis Dakwa Kecuaian Staf Guna Akaun Miliknya

Persoal Kuasa Sultan Johor Ibu Neelofa Mohon Maaf Amp Buat Laporan Polis Dakwa Kecuaian Staf Guna Akaun Miliknya

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 334 hits
Pengguna media sosial hari ini hangat memperkatakan mengenai penularan satu tangkap layar dari IG Story ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang didakwa mempersoalkan kuasa sultan Johor dan sistem perlembagaan...
Bilangan Ahli Jemaah Untuk Solat Jumaat Di Rumah Semasa Covid 19

Bilangan Ahli Jemaah Untuk Solat Jumaat Di Rumah Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 525 hits
Saya ringkasan daripada teks fatwa di bawah1 Sepakat ulama bahawa Solat jumaat wajib berjemaah2 Mazhab Syafii dan Hanbali 40 orang jemaah3 Mazhab Imam Abu Hanifah 3 orang lelaki selain Imam 4 Mazhab Maliki 12 orang selain daripada Imam5 Sep...
Perihal Solat Taubat Bagi Tidak Tunai Solat Jumaat Ketika Pkp

Perihal Solat Taubat Bagi Tidak Tunai Solat Jumaat Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 305 hits
unable to retrieve full text content 160 1 Tular baru baru ini potongan video seorang pendakwah yang menyarankan untuk solat taubat bagi orang yang tidak menunaikan solat Jumaat ketika Perintah Kawalan Pergerakan 2 Saya lihat niat beliau cu...
Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

Solat Fardu Jumaat Aidilfitri Dibenarkan Di Perak Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 332 hits
Walau dibenarkan jemaah ditetapkan tidak boleh melebihi 50 orang di masjid dan surau di seluruh Perak Jabatan Agama Islam Perak turut menetapkan menetapkan kehadiran menunaikan solat hanya dibenarkan kepada warganegara lelaki dan berusia 12...
Jemaah Solat Jumaat Fardu Di Wilayah Persekutuan Dihadkan

Jemaah Solat Jumaat Fardu Di Wilayah Persekutuan Dihadkan

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 149 hits
Jemaah solat Jumaat fardu di Wilayah Persekutuan dihadkan Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 May 2021 11 50PM
Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

Wajib Minta Maaf Pada Anak Jika Ibu Tersalah Kata Jangan Biarkan Dia Pujuk Diri Hanya Kerana Dia Masih Kecil

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 340 hits
Mengungkapkan kata maaf sesuatu yang berat untuk dilakukan lagi lagi apabila kita tidak sengaja membuat anak anak terasa dengan kata kata pedas Namun ibu bapa juga insan biasa dan cara minta maaf pada anak sebenarnya mampu bantu baiki hubun...
Mengamuk Tak Dapat Solat Jumaat Pagar Masjid Tercabut Ditendang Lelaki

Mengamuk Tak Dapat Solat Jumaat Pagar Masjid Tercabut Ditendang Lelaki

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 269 hits
Tangkap layar daripada rakaman CCTV yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu menendang pagar masjid sehingga tercabut PETALING JAYA Seorang lelaki yang marah kerana tidak dibenar menunaikan solat Jumaat bertin...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain

Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches