Gagal Patuh Notis Isytihar Harta Isteri Daim Didakwa


 


KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.
Bagaimanapun, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid, 67, mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Na'imah didakwa memberi satu pernyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi terma notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November lalu yang dihantar kepada tertuduh oleh seorang pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.
Harta itu membabitkan dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, lapan hartanah membabitkan Menara Ilham, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Cantoment Road, Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di sini.
Kesalahan didakwa dilakukan di ibu pejabat SRPM, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya, pada 13 Disember lalu mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM100,000 jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Nai'mah hadir dengan memakai baju kurung hijau dan diiringi beberapa individu dipercayai peguamnya sebelum memasuki lobi mahkamah jam 8.30 pagi.
Na'imah kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh puluhan pengamal media yang yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Pada 10 Januari lalu, Na'imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.
Ketika sidang media di pekarangan ibu pejabat berkenaan, Na'imah mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.
Beliau berkata disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.
Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.
Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.
Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/01/gagal-patuh-notis-isytihar-harta-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Daim Didakwa Esok

Isteri Daim Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 355 hits
freemalaysiatoday com 22 Jan 2024 7 20pmSumber berkata Naimah Khalid akan berdepan tuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Awal bulan ini SPRM memanggil Naimah Khalid dan dua anak lelakinya untuk disoal siasat KUALA LUM...
Bongkar Pendedahan Harta Yang Tidak Di Istiharkan Isteri Daim Abahcow

Bongkar Pendedahan Harta Yang Tidak Di Istiharkan Isteri Daim Abahcow

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 150 hits
Isteri bekas menteri kewangan Na imah Abdul Khalid hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan asetnya seperti yang diarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dia didakwa mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 Jika ...
Tak Patuh Award Bayar Balik Pengarah Syarikat Pengendali Umrah Didakwa

Tak Patuh Award Bayar Balik Pengarah Syarikat Pengendali Umrah Didakwa

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 118 hits
Dua pengarah yang juga suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya dan dibenar ikat jamin bersama syarat perlu melapor sekali setiap bulan di pejabat KPDN PUTRAJAYA Syarikat pengendali pakej umrah dan dua pengarahnya...
Tun Daim Sah Didakwa Di Mahkamah Tapi Ditangguh Sebab Berada Di Hospital

Tun Daim Sah Didakwa Di Mahkamah Tapi Ditangguh Sebab Berada Di Hospital

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 138 hits
SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu menurut Azam Baki Bagaimanapun ketua pesuruhjaya SPRM berkata mereka masih bel...
Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

Terkini Siasatan Kekayaan Tun Daim Kini Giliran Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 124 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini SPRM kini sedang me...
Senarai Aset Harta Tun Daim Zainuddin

Senarai Aset Harta Tun Daim Zainuddin

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 261 hits
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan kira kira 70 aset harta Aset harta Daim yang disenaraikan adalah seperti berikut Akaun B...
Dokumen Dedahkan Isteri Dan Anak Anak Daim Warisi Ratusan Juta Di Luar Pesisir

Dokumen Dedahkan Isteri Dan Anak Anak Daim Warisi Ratusan Juta Di Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 124 hits
BORHAN AHMADKetika SPRM menyiasat bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin satu dokumen yang bocor mendedahkan bahawa keluarga Daim Zainuddin adalah pemilik satu lagi aset pegangan amanah luar pesisir tersembunyi yang nilainya ratusan juta ...
Isteri Daim Toh Puan Nai Mah Di Jangka Di Dakwa Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

Isteri Daim Toh Puan Nai Mah Di Jangka Di Dakwa Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Esok

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 132 hits
KUALA LUMPUR Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin Toh Puan Nai mah Abdul Khalid dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok susulan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Semakan dalam sistem e filing mahkamah
Aset Luar Negara Bukan Rahsia Isteri Daim Tegur Media

Aset Luar Negara Bukan Rahsia Isteri Daim Tegur Media

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 142 hits
MalaysiakiniNaimah Khalid berkata keluarganya tidak pernah menyembunyikan sebarang pemilikan aset luar negara yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sejak sebelum suaminya Daim Zainuddin terlibat dalam politik Isteri beka...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang