Gagal Letakkan Ahmad Maslan Timbalan Speaker Dengan Cara Jantan Tanda Ismail Sabri Tiada Kekuatan


 
Hasrat seorang pemimpin UMNO, Ahmad Maslan untuk menjadi Timbalan Speaker Parlimen, meskipun telah membentangkan manifesto 20 pembaharuan yang mahu dilakukannya, akhirnya tertangguh ke sidang Dewan Rakyat berikutnya iaitu pada penghujung Oktober akan datang.
Ini berikutan Ahli Parlimen Pontian dan Setiausaha Agung UMNO itu pasti akan kalah jika usul pemilihan jawatan itu terus diadakan semalam sebagaimana yang dijadualkan.
Ia kerana difahamkan Ahli-Ahli Parimen Bersatu dan beberapa wakil rakyat Bebas enggan memberi sokongan kepada Ahmad Maslan atas kedudukannya sebagai salah seorang kluster mahkamah yang kes penggubahan wang haram terhadapnya masih lagi dibicarakan.
Tanpa sokongan mereka itu, Ahmad Maslan yang pencalonannya adalah untuk mewakili UMNO bagi menggantikan Azalina Otman Said yang meletakkan jawatan, beliau tentu saja akan kecundang kepada calon blok pembangkang, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan.
Kekalahan Ahmad Maslan akan memberi malu besar kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dijadual mengemukakan usul pemilihan Timbalan Speaker itu.
Bagi mengelakkan UMNO dan Perdana Menteri, Ismail Sabri daripada UMNO mendapat malu atas tewasnya Ahmad Maslan itu, maka pemilihan Timbalan Speaker ditangguhkan ke sidang Parlimen akan datang bagi membolehkan pindaan Perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.
Pindaan Perlembagaan yang bakal dilakukan ialah menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua sebagaimana yang ada sekarang kepada tiga, dengan salah seorang daripadanya diperuntukkan kepada calon blok pembangkang.
Melalui pindaan itu, Ahmad Maslan bersama Nga Kor Ming yang telah dicalonkan bagi jawatan Timbalan Speaker akan senang-senang menang dengan selesa dan percuma.
Mereka akan menjadi Timbalan Speaker Parlimen bersama Rashid Hasnon yang sedia memegang jawatan itu sejak era kerajaan PN berkuasa bagi mewakili Bersatu.
Apa yang nyata di sini, dengan kerajaan terpaksa melakukan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Ahmad Maslan diberi kedudukan sebagai Timbalan Speaker, ia adalah tanda kegagalan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO.
Bermakna beliau telah gagal memujuk dan meyakinkan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas yang berada dalam kerajaan untuk memberi sokongan kepada Ahmad Maslan.
Kenapa Ismail Sabri gagal memujuk dan meyakinkan mereka?
Di mana wibawanya sebagai Perdana Menteri?
Jika Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dan Bebas menghormati kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO, tidak sepatutnya pencalonan untuk meletakkan Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker tidak mendapat sokongan.
Kalau dalam kes Ahmad Maslan pun Ismail Sabri gagal memperjuangkan kepentingan UMNO dan kumpulan sesama dalam parti yang turut menyokongnya sebagai Perdana Menteri, bagaimana beliau mahu diyakini untuk memperjuangkan hal-hal yang lain?
Selain itu, dengan kerajaan pimpinannya juga telah mengadakan MOU dengan PH, seharusnya Ismail Sabri juga ada kekuatan untuk memastikan Ahmad Maslan diberi kemenangan percuma dengan Nga Kor Ming dipastikan menarik diri daripada pencalonannya.
Kenapa Ismail Sabri tidak mampu melakukan perundingan sebegitu dengan PH?
Jika untuk memastikan usul undi percaya dan Belanjawan 2022 dapat diluluskan, beliau sanggup menandatangai MOU dengan PH, kenapa untuk menyelamatkan maruah UMNO melalui pemberian sedikit harta rampasan perang kepada Ahmad Maslan, ia tidak mampu dilakukan?
Sampai perlu dipinda Perlembagaan untuk meletakkan wakil UMNO sebagai Timbalan Speaker, walhal Perdana Menteri adalah daripada UMNO, ini adalah sejarah paling memalukan bagi parti itu.
Termenjadinya Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker nanti tidak memberi makna apa-apa sebenarnya, baik kepada dirinya mahu pun UMNO kerana ia diperolehinya bukan saja cara yang betul-betul jantan.
Apalah sangat nak dibanggakan dengan jadi Timbalan Speaker cara betina seperti itu? –


 ShahbudinHusin 15/09/2021.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/gagal-letakkan-ahmad-maslan-timbalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Sogok Mp Secara Terbuka Untuk Jadi Timbalan Speaker Parlimen

Ahmad Maslan Sogok Mp Secara Terbuka Untuk Jadi Timbalan Speaker Parlimen

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 231 hits
agendadaily com11 9 2021Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan membuat 20 tawaran untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen supaya beliau boleh menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari i...
Ahmad Maslan Dicalon Timbalan Speaker Parlimen Tidakkah Ini Melanggar Sokongan Bersyarat Pn

Ahmad Maslan Dicalon Timbalan Speaker Parlimen Tidakkah Ini Melanggar Sokongan Bersyarat Pn

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 301 hits
Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan dilaporkan akan dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen yang bermula Isnin depan Pencalonan beliau adalah bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelum ini dipegang oleh A...
Pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Bersatu Johor Tolak Ahmad Maslan

Pencalonan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Bersatu Johor Tolak Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 258 hits
FAZLI RADZIParti Pribumi Bersatu Malaysia Johor sebulat suara menolak pencalonan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri berkata...
Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

Pas Tetap Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker Walau Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 348 hits
Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen Isnin ini Naib Presiden Pas Senator Idris Ahmad berkata beliau yakin 18 ahli Parlimen dar...
Timbalan Speaker Tolak Ahmad Maslan Umno Perlu Cari Calon Baharu

Timbalan Speaker Tolak Ahmad Maslan Umno Perlu Cari Calon Baharu

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AHMAD MASLAN dan MOHD SOLIHAN BADRIJOHOR BAHRU Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor menolak pencalonan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu Ketua Penerangan B...
Ismail Sabri Terus Gagal

Ismail Sabri Terus Gagal

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 418 hits
PM dari umno pun tidak membawa perubahan terbaik Menteri Kesihatan KJ sudah ada dua Timbalan Menteri dilantiknya lagi 3 Penasihat
After Ahmad Maslan Nominated Rais Yatim Says Deputy Speaker Candidates Should Not Have Pending Criminal Charges

After Ahmad Maslan Nominated Rais Yatim Says Deputy Speaker Candidates Should Not Have Pending Criminal Charges

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 364 hits
Nominees to be the Speaker or Deputy Speaker of Parliament should not include those with unresolved criminal charges or scandals said Tan Sri Rais Yatim The Dewan Negara president said in an Utusan Malaysia report today that this is to ensu...
Ahmad Maslan Nominated As Dewan Rakyat Deputy Speaker

Ahmad Maslan Nominated As Dewan Rakyat Deputy Speaker

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 294 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob s government has nominated Umno s Pontian MP Ahmad Maslan as its sole candidate for the position of Dewan Rakyat deputy speaker Umno s Padang Rengas MP Mohamed Nazri Abdul Aziz when contacted verified the ...
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 264 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Budak Kilat

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mb Kedah Sanusi Nor Kata Dia Belum Sedia Jadi Naib Presiden Pas

The Mysterious Disappearance Of The Indus Valley Civilization

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Smoking

10 Teknik Sempadan Dengan Kawan