Gagal Lagi
Assalamualaikum & salam sejahtera
Untuk kesekian kalinya aku gagal lagi sesi temuduga.. aku rasa dalam banyak-banyak interview, interview kali ni boleh dikatakan paling senang dan semudah ABC soalan-soalan yang dikemukakan. Rasanya aku dah buat sehabis baik untuk interview tu, siap speaking London lagi kau bila dia tanya pasal personal strenght? i'm such a workaholic person (sangat!)i have a high self motivated,i'm able to work independently, as well as a team,i'm willing to learn a new things,i got a skill from both studying and experience before, and as a Muslims, i'm believing in God and make a decision in the right paths.. and bla bla bla...
Bila tak berjaya tu aku terfikir dimana ye silapnya?
So, aku listkan beberapa perkara yang aku rasa menyebabkan aku gagal kali ni adalah;Over confident.I'm disable person.Tidak memenuhi kriteria.Kuota jawatan yang terhad.Fresh graduate. Pengalaman tak mencukupi.Jawapan yang aku berikan terlalu teks dan tak genuine..
Yeah, mungkin sebab-sebab diatas mempengaruhi markat yang diberikan semasa sesi temuduga tersebut. Sebenarnya aku langsung tak nak ambil pusing soal dapat atau tidak jawatan tu, sebab aku berserah semuanya kepada rezeki. Tapi bila banyak orang yang ingin kepastian mengenai status keputusan itu, maka dengan hati terbuka biarlah mereka tahu disini yang aku tidaklah sehebat yang disangkakan.
dan tak dinafikan, sebab utama aku gagal ialah;aku tak menjaga hubunganku dengan Tuhan. Ya, aku rasa ini sebab paling tepat!
Sedari awal aku agak was-was dengan pemilihan assesment di C&C Sg.Besi, namun aku pergi juga kerana menganggapnya sebagai rezeki. Dan Alhamdulillah, aku lulus untuk peringkat interview (SINI). Namun, walaupun aku terkandas pada peringkat ini, ianya tidak sekali-kali membuatkan aku patah harapan! Malah aku lebih bersemangat dan bersyukur sebab mampu sampai ketahap ini dan secara peribadinya cukup membanggakan buatku
Akhir sekali, kepada pegawai-pegawai dan rakan sekerja yang banyak memberi dorongan & tunjuk ajar terima kasih tak terhingga. Saudara-mara yang membantu dan rakan-rakan yang mendoakan juga tak dilupakan. Pergh, feeling macam menang anugerah gitu
Apapun, jangan ungkit lagi soal ni pastinya aku akan sakit hati. Hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akhelaken.blogspot.com/2012/12/gagal-lagi.html