Pesanan Buat Sang Suami


 


   1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
   2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
   3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
   4. Jangan minta hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
   5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
   6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
   7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
   8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
   9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami  degil  tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/05/pesanan-buat-sang-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muncul Skandal Baru Sang Suami Netizen Puji Sikap Tenang Bella Astillah Siapkan Anak Sekolah Lagi Bagus

Muncul Skandal Baru Sang Suami Netizen Puji Sikap Tenang Bella Astillah Siapkan Anak Sekolah Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 67 hits
Di saat nama si suami menjadi tular dek kontroversi buruk pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi menjadi tumpuan dek status dirinya yang masih lagi isteri kepada penyanyi Aliff Aziz Tular sebelum ini mengenai pendedahan seorang wan...
Lepas Bergaduh Suami Cakap Hidup Dia Sial Sebab Kahwin Dengan Aku Padahal Dia Tak Pernah Bagi Nafkah

Lepas Bergaduh Suami Cakap Hidup Dia Sial Sebab Kahwin Dengan Aku Padahal Dia Tak Pernah Bagi Nafkah

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 108 hits
Carilah pasangan yang memahami dan kenali mereka betul betul sebelum buat keputusan untuk berkahwin Perkahwinan ini bukan untuk setahun dua sebolehnya carilah pasangan yang boleh bersama kita hingga ke hari tua Seorang wanita Lara
Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

Tular Gambar Di Atas Pelamin Berpegang Tangan Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 112 hits
Tiada angin tiada ribut suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer dikhabarkan sudah berkahwin dengan wanita lain
Aku Terjaga Nak Bancuh Susu Anak Sekali Aku Nampak Suami Dan Mak Belum Tidur Rupanya

Aku Terjaga Nak Bancuh Susu Anak Sekali Aku Nampak Suami Dan Mak Belum Tidur Rupanya

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 117 hits
Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila mendapati suami yang dipercayai selama ini Tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan ibu mentuanya sendiri Buat projek dengan mak mentua Kisah tersebut dikongsikan
Iddah Wanita Kematian Suami

Iddah Wanita Kematian Suami

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 114 hits
Para ulama menyatakan bahawa wanita yang kematian suami tidak dibenarkan keluar dari kediamannya Ini berdasarkan dalil dari surah al Talaq ayat 1 Saya letakkan dalil surah al Talaq ayat 1 kerana ia dalil pensyariatan kepada iddah secara umu...
Kereta Jatuh Gaung Suami Isteri Anak 3 Tahun Terselamat

Kereta Jatuh Gaung Suami Isteri Anak 3 Tahun Terselamat

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 92 hits
Zuliaty Zulkifflibhnews bh com myAnggota bomba bersama orang awam membantu mangsa selepas sebuah kereta Honda City terjatuh dalam gaung di Jalan Gunung Inas Foto NSTP IHSAN BOMBABALING Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia ti...
Nurima Didakwa Bunuh Bekas Suami Bersama Adik Tiri

Nurima Didakwa Bunuh Bekas Suami Bersama Adik Tiri

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 63 hits
Abdul Rahemang Taimingam hmetro com myTawau Bekas isteri kepada pemandu e hailing yang ditemukan mati dibunuh di Jalan Anjur Juara Batu 5 Jalan Apas dekat sini dua tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh...
Antara Tanggungjawab Suami Isteri Dan Kerukunan Rumahtangga

Antara Tanggungjawab Suami Isteri Dan Kerukunan Rumahtangga

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 71 hits
Che IbrahimPoster ni kerap sangat melintas kok depan rumah ambo mari terlintas sero nak ulas etek Tujuan asas rumahtangga ialah memenuhi naluri kemanusiaan kedua dua pasangan Dalam surah Al Ruum ayat 21 Allah swt berfirman Antara tanda tand...
Perdagang Dua Wanita Warga Asing Suami Isteri Didakwa

Perdagang Dua Wanita Warga Asing Suami Isteri Didakwa

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 102 hits
Ahmad Hasbiam hmetro com mySeremban Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja tahun lalu Tertuduh S Kumaraguru 33 dan isterinya T Agatis...
Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J

Flanders House By Saota In Belgium



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Drama Nuh Dan Nayla

Ita Medin Wai Setak Nyin Chord

Anneth Pandai Bicara Chord

Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

What S Behind The Security Warnings For Pride Events