Gagal Hadir Prosiding Komital Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah


 

KUALA LUMPUR  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya.
Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Kok, memberitahu media bahawa keputusan itu dibuat oleh Hakim Datin Rohani Ismail yang bersetuju dengan permohonannya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Azwanddin selepas beliau ingkar pada arahan mahkamah untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonan komital berkenaan.
Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya.  Azwanddin tidak diwakili peguam.

Permohonan komital itu difailkan berikutan Azwanddin telah melanggar terma penghakiman persetujuan dalam kes saman fitnah dikemukakan Kok terhadapnya yang telah diselesaikan secara baik, tahun lalu.
Azwanddin didakwa gagal mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar serta membayar kos kepada menteri itu dalam tempoh 45 hari bermula daripada tarikh penyelesaian kes pada 29 Julai, 2019.
Sankara berkata defendan (Azwanddin) sepatutnya tahu mengenai prosiding hari ini kerana surat pemberitahuan telah dihantar kepadanya sebelum tarikh pendengaran prosiding komital itu.
"Setiap kali mahkamah memberi tarikh (pendengaran) baharu, beliau (Azwanddin) ingkar pada arahan. Ada sekali beliau hadir (ke mahkamah) dan ada juga beliau kemukakan MC (sijil cuti sakit) dan kadangkala beliau terus diam.
"Kami juga cuba menghubunginya, namun gagal. Saya terpaksa buat permohonan untuk waran tangkap dikeluarkan terhadapnya," kata peguam itu.
Sankara berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Sept ini untuk mendengar permohonan prosiding komital berkenaan.
Kok, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 8 Okt tahun lalu berikutan Azwanddin tidak melaksanakan terma penghakiman persetujuan kes itu iaitu perlu mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily serta membayar kos.
Azwanddin bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar berkenaan, membayar kos serta menarik balik ucapan yang telah diterbitkan semula olehnya di media sosial selepas kes itu diselesaikan secara baik.
Kok selaku plaintif memfailkan saman itu pada 8 Jan, 2019 dengan mendakwa Azwanddin sebagai presiden JMM ketika itu telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan dalam satu perhimpunan di Dataran Seni Klang, Selangor pada 25 Dis, 2018.
Kes saman itu berhubung ucapan dan kenyataan Azwanddin yang didakwa Kok mengaitkannya dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/gagal-hadir-prosiding-komital-waran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Azwanddin

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Azwanddin

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 342 hits
MALAYSIAKINI Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri U...
Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM Lembaga Hasil Dalam Negeri gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10 3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa Ia selepas Hakim Mahkamah Ting...
Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 452 hits
Air mata gembira Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM 5 000 00 Tahniah anak guam saya lindarafar semoga kemenangan lain menyusul Terima kasih atas doa doa kalian source
Hakim Keluarkan 2 Waran Tangkap Kes Letupan Beirut

Hakim Keluarkan 2 Waran Tangkap Kes Letupan Beirut

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 265 hits
BEIRUT Hakim Fadi Sawan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi pegawai tinggi Pelabuhan Beirut berhubung letupan besar baru baru ini Agensi berita kebangsaan melaporkan kedua kedua pegawai kanan tersebut adalah Ketua Pentadbiran
Ha Ha Percaya Kebal Waran Tangkap Keluar

Ha Ha Percaya Kebal Waran Tangkap Keluar

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 298 hits
Ini selepas bekas presiden JMM itu gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya
Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

Malaysia Tidak Akan Tunduk Tuntutan Terhadap Sabah Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 341 hits
Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana mana tuntutan terhadap negeri Sabah kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan ...
China Menambah Kawalan Eksport Berkaitan Kecerdasan Buatan Mungkin Memberikan Kesan Terhadap Jualan Tiktok

China Menambah Kawalan Eksport Berkaitan Kecerdasan Buatan Mungkin Memberikan Kesan Terhadap Jualan Tiktok

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 336 hits
China kini telah menambah beberapa kawalan eksport baru menyertakan perkara berkaitan kecerdasan buatan pada senarai halangan mereka Melalui senarai baru yang dikeluarkan kerajaan China ia menyertakan halangan mengeksport teknologi berkaita...
Ayah Atta Halilintar Dianggap Tidak Bertanggung Jawab Terhadap Anaknya Dari Istri Kedua

Ayah Atta Halilintar Dianggap Tidak Bertanggung Jawab Terhadap Anaknya Dari Istri Kedua

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 449 hits
Kabar miring tengah menerpa keluarga Atta Halilintar Sang ayah Anofial Asmid diketahui sempat menikah dengan seorang wanita yang menjadi istri keduanya bernama Happy pada 1998 silam Dari pernikahan tersebut ayah Atta Halilintar dikaruniai s...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Time Management For Entrepreneurs

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework