Mahkamah Keluar Waran Tangkap Ke Atas Azwanddin


MALAYSIAKINI
 
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya.
Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Kok, memberitahu media bahawa keputusan itu dibuat oleh Hakim Datin Rohani Ismail yang bersetuju dengan permohonannya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Azwanddin selepas beliau ingkar pada arahan mahkamah untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonan komital berkenaan.
Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya. Azwanddin tidak diwakili peguam.
Permohonan komital itu difailkan berikutan Azwanddin telah melanggar terma penghakiman persetujuan dalam kes saman fitnah dikemukakan Kok terhadapnya yang telah diselesaikan secara baik, tahun lalu.
Azwanddin didakwa gagal mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar serta membayar kos kepada menteri itu dalam tempoh 45 hari bermula daripada tarikh penyelesaian kes pada 29 Julai, 2019.
Sankara berkata defendan (Azwanddin) sepatutnya tahu mengenai prosiding hari ini kerana surat pemberitahuan telah dihantar kepadanya sebelum tarikh pendengaran prosiding komital itu.
"Setiap kali mahkamah memberi tarikh (pendengaran) baharu, beliau (Azwanddin) ingkar pada arahan. Ada sekali beliau hadir (ke mahkamah) dan ada juga beliau kemukakan MC (sijil cuti sakit) dan kadangkala beliau terus diam.
"Kami juga cuba menghubunginya, namun gagal. Saya terpaksa buat permohonan untuk waran tangkap dikeluarkan terhadapnya," kata peguam itu.
Sankara berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Sept ini untuk mendengar permohonan prosiding komital berkenaan.
Kok, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 8 Okt tahun lalu berikutan Azwanddin tidak melaksanakan terma penghakiman persetujuan kes itu iaitu perlu mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily serta membayar kos.
Azwanddin bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar berkenaan, membayar kos serta menarik balik ucapan yang telah diterbitkan semula olehnya di media sosial selepas kes itu diselesaikan secara baik.
Kok selaku plaintif memfailkan saman itu pada 8 Jan, 2019 dengan mendakwa Azwanddin sebagai presiden JMM ketika itu telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan dalam satu perhimpunan di Dataran Seni Klang, Selangor pada 25 Dis, 2018.
Kes saman itu berhubung ucapan dan kenyataan Azwanddin yang didakwa Kok mengaitkannya dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/mahkamah-keluar-waran-tangkap-ke-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ha Ha Percaya Kebal Waran Tangkap Keluar

Ha Ha Percaya Kebal Waran Tangkap Keluar

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 417 hits
Ini selepas bekas presiden JMM itu gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya
Gagal Hadir Prosiding Komital Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

Gagal Hadir Prosiding Komital Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Ter...
Hakim Keluarkan 2 Waran Tangkap Kes Letupan Beirut

Hakim Keluarkan 2 Waran Tangkap Kes Letupan Beirut

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 321 hits
BEIRUT Hakim Fadi Sawan mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi pegawai tinggi Pelabuhan Beirut berhubung letupan besar baru baru ini Agensi berita kebangsaan melaporkan kedua kedua pegawai kanan tersebut adalah Ketua Pentadbiran
Perampasan Atas Nama Penggalian Menghumban Warga Palestin Ke Dalam Bakul Sejarah

Perampasan Atas Nama Penggalian Menghumban Warga Palestin Ke Dalam Bakul Sejarah

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 406 hits
Terjemahan Bahasa MelayuPERAMPASAN ATAS NAMA PENGGALIAN Menghumban warga Palestin ke dalam bakul sejarahTrauma global yang terkesan dari wabak COVID 19 dalam beberapa bulan kebelakang ini telah memberi kita kesempatan untuk menyemak semula ...
Tulisan Al Fatihah Atas Batu Masih Utuh Selepas 1 312 Tahun

Tulisan Al Fatihah Atas Batu Masih Utuh Selepas 1 312 Tahun

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 443 hits
Sebelum Al Quran dikumpul dan dijilidkan dalam bentuk yang kita baca sekarang surah surah di dalamnya sebelum ini ditulis di atas batu daun kulit haiwan dan sebagainya sebelum akhirnya disusun secara teratur Namun seorang netizen telah berk...
Timbalan Menteri Mohon Maaf Kepada Pelajar Ambil Ujian Atas Pokok

Timbalan Menteri Mohon Maaf Kepada Pelajar Ambil Ujian Atas Pokok

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1044 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin memohon maaf kepada seorang pelajar yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian Beliau merujuk pelajar Universiti Ma...
Pemerintah Soroti Kasus Covid 19 Di Jateng Usai Angka Kematian Di Atas Nasional

Pemerintah Soroti Kasus Covid 19 Di Jateng Usai Angka Kematian Di Atas Nasional

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 339 hits
Juru Bicara Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Wiku Bakti Bawono Adisasmito mengatakan kasus Covid 19 di Jawa Tengah mengalami fluktuasi namun cenderung menurun sejak Juli 2020 lalu Per 2 September 2020 jumlah kasus Covid 19 di Jawa Tengah me...
Panas Punya Pasal Wanita Ini Buka Pintu Kecemasan Pesawat Dan Berjalan Di Atas Sayap

Panas Punya Pasal Wanita Ini Buka Pintu Kecemasan Pesawat Dan Berjalan Di Atas Sayap

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 322 hits
Seorang wanita menjadi perhatian setelah ditangkap membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap pesawat Ukraine International Airlines kerana dia berasa panas Pesawat yang mendarat di Kiev Ukraine setelah terbang dari Antalya Turki me...
Jujurnya Saya Pelajar Jawab Exam Atas Pokok Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara

Jujurnya Saya Pelajar Jawab Exam Atas Pokok Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 1127 hits
Pelajar serta YouTuber Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap d kwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah p4lsu Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya Menurut Vev...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec