Gagal Bina Manusia


 Yang berikut adalah klip video yang saya terima dalam WhatsApp tadi. Saya tak tahu siapa Pak Haji yang sedang bercakap ini tetapi video-nya singkat saja :
 


 
Jadi Pak Haji ini complain bahawa kita :

gagal bina manusiamanusia kita sangat rendahkita tanam benih yang keluarkan buah beracuncost of doing business di Malaysia tercorotbila perniagaan di Malaysia mesti ada rasuah
Saya sudah lama fed up mendengar puak-puak agama ini menuding jari kepada orang lain atas kegagalan, kelemahan, kejatuhan moral dan kejatuhan akhlak di kalangan masyarakat, terutama sekali masyarakat Islam.Pertama sekali, dalam bahasa omputih, "speak for yourself". 
Maksudnya  pergilah melihat muka sendiri di cermin dulu. Jangan cuba kumpulkan semua orang atau memasukan semua orang dalam kategori yang serupa dengan tuan.
Orang lain, bangsa lain, agama lain tidak mengalami masalah kegagalan bina manusia, masalah manusia yang sangat rendah, masalah buah beracun dan masalah rasuah yang dialami masyarakat Islam dalam negara kita. Masing-masing berbeza.

Pemimpin parti lebai sudah mengaku bahawa  orang Islam sering terlibat rasuah tetapi dia menuding jari kepada "bukan Islam" yang dia menuduh mereka adalah punca rasuah itu !! Maka terjadilah tajuk berita :




 

Maksudnya :  "Ya kami berasuah tetapi itu adalah salah awak, bukan salah kami".   Banyak cantik.
Berkenaan 'cost of doing business' pula negeri Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran parti politik DAP yang majoriti ahli dan pemimpinnya Cina adalah sebuah negeri yang maju, bersih, aman dan di mana rakyat umum, peniaga dan pedagang kurang diugut oleh pegawai perasuah. Urusan lesen perniagaan, penguatkuasaan kebersihan, permohonan geran tanah, permohonan kelulusan hartanah, tapak kilang dsbnya agak lancar dan dipermudahkan. 
Ini tidak bermaksud bahawa tiada rasuah langsung di peringkat lain di Pulau Pinang tetapi pada amnya rakyat marhaen dan peniaga biasa kurang diugut oleh pegawai perasuah yang menjadi kebiasaan di negeri lain.

Maksudnya masyarakat bangsa lain dan masyarakat agama lain sudah berjaya dan makin berjaya membina manusia, membangunkan masyarakat yang lebih tinggi dan mereka jauh lebih kurang menanam benih yang keluarkan buah beracun.
Jadi saya ingin nasihati puak-puak agama kita jangan cepat menyalahkan orang lain atau menuding jari kepada orang lain. Apakah peranan tuan-tuan sebagai puak agama dalam TIDAK MENANGANI kemerosotan akhlak, moral dan adab masyarakat Islam? Please do not say bahawa tuan-tuan langsung tidak bertanggungjawab dalam kegagalan masyarakat tuan-tuan sendiri? Tolong jangan cuba mengangkat diri sebagai lembu suci. 
Dan ada satu perkara lagi yang saya hairan dan juga tidak hairan.
Yang saya hairan ialah simpulan bahasa Inggeris 'ostrich burying its head in the sand' yang maksudnya burung unta yang "membenamkan" kepala dalam tanah apabila takut binatang pemangsa. (Ini adalah simpulan bahasa saja dan tidak benar dalam alam burung unta. Maka saya minta maaf dulu kepada semua burung unta.)


 
Saya merujuk puak-puak agama yang diam membisu seribu berkenaan perkara yang saya tidak hairan lagi - ia itu penglibatan pendakwah agama dalam pelbagai  salah-laku seks. Contohnya berita berikut:




Bukan saja pendakwah selebriti tetapi sejak sekian lama "pandemik" ini masih merebak tanpa ada sebarang vaksin untuk menyekat jangkitannya.  Maksud saya adalah pandemik geng agamawan yang ditangkap Polis dan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan jenayah seks. 
Kita telah pun baca laporan media berkenaan kes liwat budak lelaki, rogol budak perempuan, mencabul, kirim gambar lucah dalam handphone, hantar mesej lucah dalam handphone  yang melibatkan puak-puak agama. Seorang pendakwaraya pernah menyatakan  sewaktu kes Mahkamah bahawa terdapat banyak kes jenayah seks melibatkan orang agama.  
Padahal setiap tahun kita belanjakan berbillion Ringgit duit rakyat untuk bayar gaji dan elaun puak-puak agama, sponsor program melibatkan pendakwah bebas, pendakwah selebriti, guru-guru agama di sekolah dan serupanya. Umum juga menyumbangkan duit "sumbangan ikhlas" yang dikutip puak-puak agama. Termasuk pelbagai Tabung Tin Milo. 
Di negeri Cina, mereka mendidik kanak-kanak sekolah 15 jam seminggu dalam matapelajaran matematik. Dalam negara kita matematik diberi tumpuan kurang tiga jam seminggu. Agama pula diajar sebanyak 11 waktu seminggu (11 periods).

Jadi duitnya kita sudah bayar. Masa pelajaran sekolah pun telah dihabiskan. Tetapi di mana pula "Return on Investment"-nya?
Sebaliknya timbul tuduhan (yang bukan salah) kita gagal ini dan kita gagal itu. Ya kita sudah gagal but where is your contribution? Di mana pula sumbangan tuan untuk membangunkan masyarakat? Rupanya tuan pun gagal sekali.

Cadangan saya begini sajalah.
Kita perlu faham bahawa puak agama TIDAK boleh bantu menyelesaikan masalah kehidupan harian negara kita. Ataupun realiti kehidupan harian. The daily realities of life. 
Sebabnya adalah sangat simple. Puak agama tidak mempunyai ilmu dan kepakaran untuk menangani wal hal dan masalah kehidupan harian, ekonomi, rasuah, masyarakat dsbnya.  Semua itu adalah di luar kepakaran mereka. 


Rasuah tidak termasuk dalam kesalahan hudud?
 
Mendengar video di atas itu memang betul masyarakat Melayu Islam dalam negara kita menghadapi banyak masalah. Kita gagal membina manusia yang kita happy dengan-nya.
Contohnya, bagi saya, masalah ekonomi orang Melayu sebenarnya bukanlah sebab faktor-faktor "ekonomi".  
Bagi saya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat Melayu Islam (yang disebut dalam video itu) kita perlu rujuk kepakaran saintis dalam bidang saikoloji, psikiatri, antropologi, social science (sains kemasyarakatan) dan serupanya untuk mengkaji balik keseluruhan daripada kesan budaya, tradisi dan agama orang Melayu Islam dalam membina atau tidak membina masyarakat yang berjaya.  
Apakah perbandingan antara budaya, tradisi dan agama orang Melayu Islam dan bukan Melayu, bukan islam  dan kesannya terhadap kejayaan atau 'kegagalan' masing-masing. 
Kita buat comparative study. 
Kita tidak boleh merobah satu dunia (atau jiran kita pun) untuk menyesuaikan-nya dengan keadaan kita.  
Kita yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dunia.

Kalau nak buat kayu kita cari lah pandai kayu. Kalau nak buat besi kita carilah pandai besi. Kalau nak buat masyarakat kita carilah pandai masyarakat.

Kita jangan tersilap pilih tukang.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/gagal-bina-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perghh Syarikat Jepun Akan Bina Mesin Basuh Manusia

Perghh Syarikat Jepun Akan Bina Mesin Basuh Manusia

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 146 hits
Projek Usoyaro dicipta untuk menghasilkan pengalaman mandi yang kompleks ScienceSyarikat Jepun akan bina mesin basuh manusiaTOKYO Sebuah syarikat teknologi dari Jepun Science Co Ltd mengumumkan rancangan membina mesin basuh yang boleh membe...
Pt Pertamina Bina Medika Dan Pt Hin Bangun Kek Kelas Dunia Untuk Wisata Kesehatan

Pt Pertamina Bina Medika Dan Pt Hin Bangun Kek Kelas Dunia Untuk Wisata Kesehatan

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 167 hits
KEK Sanur menawarkan alur perjalanan pasien end to end bagi pengunjungnya dengan berbagai fasilitas Selain fasilitas taman hotel dan pusat niaga ada enam kawasan di KEK Sanur yang dikhususkan untuk pelayanan kesehatan
40 Soalan Bahagian A Bahasa Melayu Bina Ayat

40 Soalan Bahagian A Bahasa Melayu Bina Ayat

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 173 hits
Bagi menghasilkan sesuatu ayat pelajar perlu memahami konsep yang terkandung dalam tatabahasa bagi mengenalpasti perkataan dan ayat yang bersesuaian digunakan mengikut situasi dalam jalan penceritaan sama ada ringkas atau sebaliknya Terdapa...
Ijm Dapat Kontrak Bina Hospital Kapar Menara Pejabat Lhdn

Ijm Dapat Kontrak Bina Hospital Kapar Menara Pejabat Lhdn

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 187 hits
IJM Corporation BhdKUALA LUMPUR IJM Corporation Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya IJM Construction Sdn Bhd memperoleh dua kontrak di Selangor bernilai RM981 8 juta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM Liew Hau Se...
Elon Musk Saya Beli Twitter Bukan Sebab Duit Tapi Kerana Sayangkan Manusia

Elon Musk Saya Beli Twitter Bukan Sebab Duit Tapi Kerana Sayangkan Manusia

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 185 hits
Minggu ini adalah antara tempoh yang sangat bermakna buat Elon Musk atas pengambilalihan ke atas Twitter Media sosial itu akan menjadi salah satu syarikat bawah naungan beliau sebaris dengan Tesla SpaceX dan lain lain Menariknya beliau tela...
Dih1na Rumah Macam Kandang Kambing Wanita Cantik Ini Buktikan Usaha Bina Banglo Mewah

Dih1na Rumah Macam Kandang Kambing Wanita Cantik Ini Buktikan Usaha Bina Banglo Mewah

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 229 hits
HEBAT Daripada rumah yang dih1na seperti kandang kambing akhirnya wanita cantik berusia 27 tahun berjaya mentransisikan mahligainya menjadi banglo impian Usaha keras Anita Hasan atau mesra dipanggil Eyta yang berjualan aksesori wanita itu b...
Kata Dulang Paku Serpih Kata Orang Din Pagoh Yang Lebih Gagal Sahaja Nak Jumpa Wartawan

Kata Dulang Paku Serpih Kata Orang Din Pagoh Yang Lebih Gagal Sahaja Nak Jumpa Wartawan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 196 hits
Nama Malaysia terjejas angkara sesetengah pemimpin UMNOPengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda DailyKesilapan dilakukan sesetengah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak beberapa tahun kebe...
Projek Janakuasa Rm9 B Kenapa Bukan Tnb Yang Bina

Projek Janakuasa Rm9 B Kenapa Bukan Tnb Yang Bina

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 178 hits
PROJEK JANAKUASA RM9 B KENAPA BUKAN TNB YANG BINA Projek janakuasa RM9 b Kenapa bukan TNB yang bina Posted By on October 26 2022Cadangan membina janakuasa elektrik di Kapar Selangor membabitkan pembangunan sebuah loji turbin gas kitaran gab...
Jaga Ayam Dan Teloq Ayam Pun Hang Tak Tau Ada Angan Angan Hang Nak Kuasa Lulus Projek Tak Guna Punya Manusia

Jaga Ayam Dan Teloq Ayam Pun Hang Tak Tau Ada Angan Angan Hang Nak Kuasa Lulus Projek Tak Guna Punya Manusia

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 182 hits
Tak guna jadi TPM kalau tiada kuasa lulus projekJawatan timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan itu perlu mempunyai kuasa untuk meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu Setiausaha Agung Gabungan Parti...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism