Dih1na Rumah Macam Kandang Kambing Wanita Cantik Ini Buktikan Usaha Bina Banglo Mewah
HEBAT! Daripada rumah yang dih1na seperti kandang kambing, akhirnya wanita cantik berusia 27 tahun berjaya mentransisikan mahligainya menjadi banglo impian.
Usaha keras Anita Hasan atau mesra dipanggil Eyta yang berjualan aksesori wanita itu berjaya merealisasikan sebuah kediaman bernilai RM300,000.
Perkongsian menerusi akaun TikTok dengan lebih 722,700 jumlah tontonan itu membuatkan ramai netizen kagum dengan kesungguhan Eyta membina angan-angan menjadi realiti.
Dalam video pendek berdurasi sembilan saat itu, wanita tersebut turut menitipkan kata-kata yang cukup mendalam.
“Ditinggalkan kerana ibunya tidak restu. Dih1na rumah macam kandang kambing, bukan dend4m cuma terkilan.
“P4tah hati, men4ngis berbulan-bulan dan kemudiannya saya bangkit. Akhirnya tahun 2022 dapat duduk rumah sendiri. Buktikan bukan nak tumpang kekayaan makcik,” kongsinya.
Ketika dihubungi baru-baru ini, Eyta memberitahu, usaha mengumpulkan duit selama dua tahun lamanya adalah melalui hasil jualan tudung sahaja.
“Saya aktif buat live jualan tudung masa Perintah Kawalan Pergerakan sebab target nak siapkan rumah di atas tanah sendiri dalam tempoh dua tahun. Alhamdulillah, semua dipermudahkan.
Video:
@eytamindihina rumah mcm kandang kambing
bukan dendam cuma terkilan ..
♬ Esok masih ada – Amsyarleee
“Pada masa sama, saya berjimat dan tahan diri daripada shopping barang kegemaran demi menyiapkan rumah. Bukan senang sebenarnya tapi usaha keras dan tidak putus asa memungkinkan segalanya,” ceritanya.
Tidak mahu berpaling ke belakang lagi, Eyta terus berusaha untuk memajukan diri dengan perniagaan yang sedang diusahakan.
“Hinaan buat saya lagi bersemangat nak berjaya sebagai bukti saya bukan bergantung kepada ihsan orang. Saya juga mendoakan mereka yang senasib supaya bangkit.
“Semoga doa-doa yang dikongsikan di TikTok berbalik kepada kalian semua. Percayalah rezeki ALLAH tidak pernah salah alamat dan berusahalah sehingga berjaya,” katanya yang juga memiliki kedai mini menjual tudung.
Perkongsian tersebut juga menarik perhatian ramai apabila mereka menyifatkan hinaan tersebut sebagai pembakar semangat.
Betullah orang kata, jika kita berusaha bersungguh-sungguh, apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan.
Moga kesungguhan Eyta memberikan inspirasi buat wanita di luar sana supaya lebih kuat semangat.
Komen netizen:
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/wVNcD6p
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/10/dih1na-rumah-macam-kandang-kambing.html