Gadis Terkejut Jumpa Warga Emas Oku Tinggal Di Motel Terpaksa Meminta Sedekah Tampung Hidup


Seorang pelajar tidak menyangka niat baiknya untuk berkongsi kisah kesusahan hidup pasangan warga emas orang kelainan upaya (OKU) yang ditemuinya menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.
Menurut Siti Nur Umirah Shamsudin, ada pengguna media sosial yang mengecam tindakannya memuat naik kisah pasangan tersebut kerana mendakwa maklumat yang dikongsi tidak tepat.
” Pada mulanya saya pun tidak tergamak nak sebarkan pasal nenek tu, tapi saya fikir mungkin ada ramai orang yang nak bantu dia.
” Biarlah orang kata nenek tu sebenarnya memang sudah dibantu, walaupun dia beritahu saya dia tak dapat bantuan. Itu urusan dia dengan Tuhan, niat saya hanya nak dia hidup lebih selesa,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Menerusi posting tersebut, Siti Nur Umirah memberitahu dia menemui seorang warga emas berusia lingkungan 70-an meminta sedekah berhampiran sebuah pasar di Kampung Berjaya, Alor Setar.
Wanita yang hanya dipanggil Tok itu memberitahu pelajar tersebut bahawa dia tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan terpaksa meminta sedekah untuk menampung hidup bersama suaminya yang lumpuh.
Pelajar jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Jitra itu berkata, dia simpati melihat kesukaran Tok berjalan dan menawarkan untuk menghantarnya pulang.
Kata wanita berusia 25 tahun ini, nenek itu tinggal berdua dengan suaminya di Motel Jabatrah yang terletak berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana.
Di bilik motel inilah, Tok dan Tok Wan tinggal sebagai tempat berteduh. ” Saya terkejut juga ketika Tok beritahu dia berdua tinggal di motel, saya tanya berapa sewa sebulan.
” Dia kata RM700 sebulan dan sewa bulan lepas tertunggak sebab tak mampu nak bayar. Bila ditanya kenapa tidak duduk di rumah sewa, Tok kata dia pun tak tahu macam mana nak cari rumah dengan keadaan kaki yang susah berjalan dan Tok Wan (suaminya) pun lumpuh,” jelasnya.
Tambahnya, Tok mendakwa mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal di Kampung Bukit Besar dan juga hidup dalam kekurangan.Selepas posting tersebut tular, ramai pihak yang menghubungi Siti Nur Umirah untuk membantu pasangan warga emas terbabit.
” Saya nak kongsi nombor telefon pun tak boleh sebab Tok tiada telefon bimbit, tapi saya dah minta izin dengan dia untuk kongsi kisah ini di Facebook.”Jadi, sesiapa yang nak hulur bantuan boleh ke motel tersebut untuk cari Tok dan Tok Wan,” katanya.
Dikirim oleh Mira Sam pada Kamis, 21 Februari 2019
Berikut adalah perkongsian yang ditulis oleh Mira
” Assalamualaikum..sapa pernah nampak tok ni??sy jmpa tadi dekat pasar kg.berjaya dok tnggu teksi nak balik rumah dia.jadi sy pun pelawa nak hntaq dia balik rumah…masa dok otw hantaq sy pun dok bersembang la tnya macam2.
” dia kata dia pi minta sedekah kt kg berjaya naik teksi..teksi tu pun dia berhutang xbayaq tambang lagi.tgok2 dia dok kat motel kat shahab perdana..sewa rm700 sebulan.tu pun yg bulan lepas xbayaq lagi.nak cari rumah sewa pun dia xtau mcm mana dgn keadaan dia dgn suami dia macam tu….
” Kira hat beda minta sdekah tu la utk nak bayaq sewa..dia dok dgn suami dia yg lumpuh xleh jalan..duit utk beli ubat suami dia lagi.ada sorang anak perempuan dok kat bukit besar tu pun susah jgak tok tu kata..
” Bantuan kebajikan dari mana2 pihak pun dia x dapat..dok harap dekat duit dari minta sedekah..tujuan posting sy ni utk share kesusahan tok ni kot2 ada yang boleh tlg..kalau ada yg nak bagi bantuan or nak tgok keadaan tok tu boleh pi motel tu sendiri.btw tok tu kaki dia pun sakit..”
P/s: tlg share post ni bnyak2 agar tok ni dapat bantuan dan smpai kepada pihak yg berkenaan.sy dah minta kebenaran dari tok tu utk viral kan keadaan dia..sapa2 yg nak pi tgok boleh pi kat motel dlm gambar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber: mstar & Newsviral
The post Gadis Terkejut Jumpa Warga Emas OKU Tinggal di Motel, Terpaksa Meminta Sedekah Tampung Hidup appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/gadis-terkejut-jumpa-warga-emas-oku-tinggal-di-motel-terpaksa-meminta-sedekah-tampung-hidup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gadis Lumpuh Separuh Badan Selepas Tindik Hidung Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

Gadis Lumpuh Separuh Badan Selepas Tindik Hidung Terpaksa Berkerusi Roda Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 834 hits
Seorang gadis dari Brazil terpaksa menggunakan kerusi roda seumur hidupnya selepas lumpuh separuh badan akibat jangkitan bakteria ketika menindik hidungnya pada Julai 2018 Menurut Layane Dias 20 berkata lubang tindik di hidungnya itu berdar...
Mengasihi Dan Berbuat Baik Terhadap Warga Emas

Mengasihi Dan Berbuat Baik Terhadap Warga Emas

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 394 hits
Soalan Apakah cara yang terbaik untuk berbuat baik pada warga emas Jawapan Menghormati Dan Mengasihi MerekaIslam mengajar umatnya untuk berbuat baik kepada orang yang lebih dewasa Ini seperti hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik ...
Bsh Warga Emas Uzur Pulang Hampa

Bsh Warga Emas Uzur Pulang Hampa

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 492 hits
TEMERLOH Selepas menerima surat yang memintanya mengemas kini maklumat Bantuan Sara Hidup peneroka Felda Jengka 2 dekat sini Mohd Dulah 77 meminta bantuan anaknya untuk membawa warga emas itu ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini Da...
Polis Tangkap Warga Emas Didakwa Hina Rasulullah Di Facebook

Polis Tangkap Warga Emas Didakwa Hina Rasulullah Di Facebook

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 824 hits
POLIS menahan seorang warga emas berusia 68 tahun bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya Ketua Polis Daerah Temerloh Superintendan Zuhdin Mahmud berkata lelaki itu ditahan di rumahnya di ...
Disangka Yogurt Seorang Warga Emas 90 Tahun Makan Seperempat Liter Cat Tembok

Disangka Yogurt Seorang Warga Emas 90 Tahun Makan Seperempat Liter Cat Tembok

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 472 hits
Selasa 26 Februari 2019 Foto Twitter SEORANG lelaki berusia 90 tahun menjadi terkenal di dunia maya minggu lalu setelah sebuah tweet viral dari cucu perempuannya menceritakan bagaimana dia secara tidak sengaja memakan seperempat liter cat y...
Marang Suri Rumah Terkejut Jumpa Mayat Janin Sudah Berulat

Marang Suri Rumah Terkejut Jumpa Mayat Janin Sudah Berulat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 325 hits
MARANG Seorang suri rumah yang dalam perjalanan untuk ke kenduri perkahwinan terkejut apabila terserempak dengan mayat janin dipercayai tidak cukup sifat di Kampung Banggol Kapas dekat sini hari ini Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu Nu...
Kes Hina Nabi Warga Emas Tak Mengaku Hina Rasulullah Saw

Kes Hina Nabi Warga Emas Tak Mengaku Hina Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 390 hits
LELAKI warga emas Wai Foo Sing 68 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan memuat naik karikatur dan menghantar komunikasi jelik yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah ...
Warga Emas 68 Tahun Pula Didakwa Kes Hina Nabi

Warga Emas 68 Tahun Pula Didakwa Kes Hina Nabi

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 330 hits
Diterbitkan Hari ini 1 04 tengahariSeorang warga emas 68 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan berkaitan penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini Wai Foo Sin ditu...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai