Cadangan Berhadapan Pru 15 Pkr Dan Amanah Bergabung Menjadi Sebuah Parti



Seminggu selepas kekalutan pilihan raya negeri (PRN) Melaka berlabuh, timbul cadangan agar dua rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan Amanah untuk bergabung menjadi sebuah parti.
Penganalisis politik, Wong Chin Huat, berkata penggabungan kedua-dua parti terbabit perlu bagi mengambil iktibar daripada kegagalan mereka di Melaka pada 20 Nov lalu.
Katanya, PKR dan Amanah perlu memperkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15 akan datang dengan hala tujuan yang lebih jelas bukannya kekal dengan naratif lama seperti mahu mengembalikan mandat rakyat yang diterima mereka pada 2018.
Lebih daripada itu kata Wong Amanah juga tidak wajar untuk bersaing dengan PAS melalui isu seperti arak dan judi.
“Kalau Amanah cuba menjadi lebih PAS daripada PAS, pengundi PAS akan tetap memilih PAS sebaliknya pengundi bukan Melayu dan liberal pula akan meninggalkan mereka.
“Akhirnya, yang tidak dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran,” katanya kepada Malaysiakini.
Wong berkata demikian sebagai menjelaskan cadangannya agar kedua-dua parti terbabit bergabung sebagai persediaan menghadapi PRU ke-15 kerana penting untuk parti terbabit mengukuhkan undi Melayu.
Idea itu dilontarkan Wong semasa dia ditemu bual dalam satu program televisyen.
Penting di kawasan marginal
 
Mengulas lanjut, kata Wong, tanpa penggabungan itu sukar untuk PH bersaing dengan BN atau Perikatan Nasional (PN) apabila kedua-dua parti turut bercakap mengenai pembaharuan serta kestabilan.
Justeru menurut Wong, PH – terutamanya PKR dan Amanah – harus menekankan isu ekonomi dan jurang di antara dua darjat dalam masyarakat.
“Ramai Melayu kebanyakan yang kecewa dan marah melihat golongan kayangan hidup mewah sedangkan rakyat terbanyak kesempitan wang.
“PH mesti menekankan isu kehidupan seharian seperti inflasi, bukan sekadar mengapi-apikan ketidakpuasan tetapi menawarkan penyelesaian termasuk dengan memanfaatkan kuasa di tiga negeri yang ditadbirnya.
“Sementara ramai orang Melayu berasa lesu dan keliru dengan kemunculan semakin banyak parti dan faksi, PKR dan Amanah – yang tidak terlalu berbeza arah tujuannya – boleh membuat pertimbangan untuk bergabung demi mencapai sinergi terutamanya di kawasan marginal,” katanya.
Jelas Wong, PKR adalah hasil reformasi manakala Amanah pula kebanyakannya diasaskan oleh penyokong Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, pada dan selepas 1998.
“Kalau dua parti itu dapat digabungkan, maka parti baru berkenaan akan menggantikan DAP sebagai parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 46 orang ahli parlimen.
“Ini akan berkesan menolak propaganda pihak lain yang mendakwa kononnya PH didominasi DAP,” katanya.
Bagaimanapun, Wong berkata, proses pergabungan tersebut mungkin mengambil masa yang panjang dan hanya selesai selepas PRU ke-15 yang belum diketahui tarikhnya.
Hilang modal moral
Pun begitu kata ahli akademik itu lagi, proses tersebut boleh dimulakan dengan membentuk badan penyelaras yang menampilkan kepimpinan bersama dari peringkat pusat hingga ke akar umbi.
“Apa yang penting, PH tidak boleh berharap kekalahan di Melaka tidak berulang lagi tetapi mereka sendiri tidak membuat sebarang perubahan,” tegasnya.
Tambah Wong, cadangan tersebut harus dipertimbangkan semasak-masaknya oleh PKR dan Amanah selepas PH kegagalan mempertahankan 11 kerusi DUN Melaka yang dimenangi mereka pada 2018.
Menurutnya dalam PRN Melaka baru-baru ini, PH bukan sahaja sekadar memenangi lima kerusi DUN malah gabungan terbabit berada di belakang BN dan PN di 13 kerusi.
Hanya di 10 kawasan, kata Wong, PH berada di tempat kedua.
“Dalam kata lain, PN sudah menggantikan PH sebagai lawan utama BN, dan ini ketara sekali di kawasan pengundi majoriti Melayu.
“Di 12 kawasan yang memiliki lebih 70 peratus pengundi Melayu, PH cuma berjaya mendapat tempat kedua di DUN Kuala Linggi dan Merlimau (kedua-duanya ditandingi Amanah).
“Di 11 kawasan dengan lebih 60 peratus pengundi Melayu, PH cuma memenangi DUN Bukit Katil yang juga ditandingi calon Amanah,” katanya.
Jelas Wong, kejayaan PN menggantikan PH sebagai alternatif Umno di kawasan Melayu bermaksud undi Bersatu dan sokongan PAS – secara purata sebanyak 9 peratus semasa PRU ke-14 – berjaya digabungkan.
Katanya pengundi Melayu yang menolak Umno kerana isu korupsi dan kleptokrasi tidak berpindah ke PH kerana berasa haluan gabungan berkenaan tidak jelas, khususnya selepas mereka menerima Idris Haron dan Nor Azman sebagai calon.
Selepas menerima dua bekas Adun Umno itu, kata Wong, PH kehilang modal moralnya untuk menyerang Bersatu sebagai pengkhianat.
“Sememangnya propaganda PN dan BN bahawa PH didominasi DAP berkesan dalam kalangan pengundi Melayu tetapi cara penyelesaiannya bukanlah meminta DAP kurang menonjolkan diri mereka.
“Jika DAP tidak menonjol, PKR dan Amanah turut rugi apabila pengundi bukan Melayu mungkin malas keluar mengundi,” ujarnya.
Cadangan berhadapan PRU-15, PKR dan Amanah bergabung menjadi sebuah Parti
 
Baca Artikel Menarik:
Katak lompat masuk Bersatu, dah tu gubal undang-undang anti lompat kenapa? Kes lelaki maut dicekik, 2 beranak ditahan reman Aishah bercerai lagi? Prof Ridhuan Tee beri amaran: Takkan nak tunggu Pulau Pinang jadi Singapura kedua? [VIDEO] Penunggang motosikal terbabas lihat gadis penjual penkek [VIDEO] Nik Abduh, Khairuddin dan Zuhdi dilantik untuk elak perpecahan Bekas PM kata Melayu malas, sedangkan nelayan keluar sebelum maghrib, balik subuh – Ismail Gempar mayat bogel bangun berjalan Pas tolak MN kalau hanya ada UMNO sahaja – Hadi Seronok Penyanyi Dangdut Amelina Diam-Diam Naik Pelamin, Peminat Siap Ucap Tahniah [VIDEO] Ramai sedih lihat budak jual gam Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Sarawak: PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi

The post Cadangan berhadapan PRU-15, PKR dan Amanah bergabung menjadi sebuah Parti appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/27/cadangan-berhadapan-pru-15-pkr-dan-amanah-bergabung-menjadi-sebuah-parti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasional Kalau Amanah Bergabung Dengan Pkr

Rasional Kalau Amanah Bergabung Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 353 hits
REAKSIKeduanya perlu mencari titik temuuntuk jana kekuatan ANWAR Ibrahim mengakui ada cadangan untuk digabungkan Parti Amanah Negara dengan Keadilan Hal ini mungkin kedengaran dan diberi rekasi daripada pihaknya sahaja Belum ada reaksi dari...
Amanah Tolak Cadangan Gabung Dengan Pkr

Amanah Tolak Cadangan Gabung Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 165 hits
Amanah tolak cadangan gabung dengan PKR Ya kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika diminta mengesahkan sama ada benar mereka menolak idea itu Salahuddin berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana tidak pernah berba...
Pru 15 Parti Yang Untung Dan Rugi

Pru 15 Parti Yang Untung Dan Rugi

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 148 hits
Kita sudah sedia maklum dengan keputusan PRN Sabah dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan Sabah yang baharu PRN Sabah kali ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang senario politik negara Untuk rekod media melaporkan bahwa calon parti P...
Gabungan Pkr Amanah Masuk Akal Kata Bekas Ahli Akademik

Gabungan Pkr Amanah Masuk Akal Kata Bekas Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 208 hits
Gabungan PKR Amanah masuk akal kata bekas ahli akademik December 2 2021 Ada yang berpandangan Amanah tidak mempunyai sokongan akar umbi manakala PKR sukar menarik pengundi Melayu menurut ahli akademik PETALING JAYA Gabungan antara PKR dan A...
No Merger With Pkr Says Amanah Number Two

No Merger With Pkr Says Amanah Number Two

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 244 hits
Salahuddin Ayub says PKR and Amanah will remain comrades in Pakatan Harapan PETALING JAYA Amanah deputy president Salahuddin Ayub has quashed talk of a merger with PKR saying his party will not entertain any such proposal The Pulai MP told ...
Mahu Jadi Dominan Anwar Sahkan Amanah Akan Digabung Dalam Pkr

Mahu Jadi Dominan Anwar Sahkan Amanah Akan Digabung Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 203 hits
agendaily com1 12 2021Penggabungan PKR dengan Parti Amanah sedang dirancang Bagi memastikan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dominan langkah untuk membubarkan Parti Amanah sedang dibincang dan ia bakal digabung masuk dalam PK...
Amanah Turns Down Idea To Merge With Pkr

Amanah Turns Down Idea To Merge With Pkr

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 287 hits
Amanah has declined suggestions to merge the party with its coalition partner PKR Yes said Amanah deputy president Salahuddin Ayub when asked whether it is true the party has turned down the idea He added there is no need to consider the pr...
Tinggalkan Dap Jika Pkr Amanah Ingin Kerjasama Dengan Umno

Tinggalkan Dap Jika Pkr Amanah Ingin Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 268 hits
malaysiatoday net On Dec 1 2021 Kerjasama politik UMNO boleh dibuka secara meluas kepada PKR dan Parti Amanah Negara namun dengan syarat kedua dua parti itu perlu tinggalkan DAP Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahli Parlimen Padang Rengas Da...
Amanah Bergabung Dengan Keadilan Jangan Panik Tak Serius Pun

Amanah Bergabung Dengan Keadilan Jangan Panik Tak Serius Pun

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 166 hits
Pada saya ini isu yang tidak serius Isu ini hanya dilontarkan oleh seorang YB dari Keadilan iaitu YB Najwan Itu hanya cadangan beliau dan boleh sahaja sesiapa mahu terima atau bahaskan Apa yang penting kita tidak perlu melatah sangat Isu in...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life