Gabungan Citarasa Malaysia Di Restoran Aroma D Ancasa Ancasa Hotel Spa Kuala Lumpur
Gabungan Citarasa Malaysia di Restoran Aroma D’AnCasa, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur | Assalamualaikum, selagi tak masuk bulan Ramadhan selagi itu lah review bufet Ramadhan akan dikongsikan di blog aku. Harap pembaca tak bosan. Kali ni aku nak kongsikan bufet Ramadhan di salah satu hotel yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Jom sama-sama buka puasa dan merasai gabungan citarasa Malaysia di Restoran Aroma D’AnCasa yang terletak di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur.
Memang dah jadi tradisi dalam bulan Ramadhan, setiap hotel akan memperkenalkan menu Ramadhan masing-masing. Tahun ni, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur telah memilih tema “Aroma D’Ancasa” yang merujuk kepada gabungan selera citarasa rakyat Malaysia yang mengangkat menu popular dari Utara, Selatan dan juga Pantai Timur dan bakal disajikan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadhan.
Restoran Aroma D’AnCasa
Rasai Pengalaman Buka Puasa Suasana Kampung Di Tengah Bandar
Istimewanya menu-menu yang telah dipilih merupakan gabungan idea chef-chef dari AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu serta seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada tahun ini.
Seperti tahun sebelumnya, konsep gerai masih diteruskan dan ‘live cooking’ di mana 14 gerai dihias bertemakan konsep tradisional Melayu dengan harapan agar pelanggan dapat merasai ‘home dining experience’ semasa berbuka puasa di sini.
Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan chef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan di bawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda. Kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 1Tarikan 200 menu Buka Puasa Bufet Ramadhan Termasuk Kambing Golek & Pais Ikan Patin
Restoran Aroma D’AnCasa akan menyajikan lebih dari 200 menu kepada pengunjung sepanjang buffet Ramadhan berlangsung. Antara sajian masakan Melayu yang diperkenalkan di antaranya adalah Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa
Semestinya hidangan yang bakal menjadi hidangan tumpuan dan istimewa pada kali ini adalah Kambing Golek yang diperap bersama campuran rempah rahsia dan dipanggang selama 2 jam untuk mendapatkan daging yang lembut dan juicy. Selain itu, terdapat juga Pais Ikan Patin dari Pekan, Pahang dan Masak Lemak Cili Api Aneka Laut dari Negeri Sembilan yang disediakan khas oleh Chef AnCasa Hotels
Antara menu lain yang dijangka mendapat sambutan dari pengunjung termasuklah menu seperti Mee Kari Gear Box, Rendang Itik, Sup Ayam Kampung yang dihidangkan bersama Roti Bengali, Ayam Panggang PD, Daging Opor Pahang dan banyak lagi.
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 2
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 3
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 4Menu Pencuci Mulut
Tidak sah sesuatu bufet jika tidak diakhiri dengan pemanis mulut. Pengunjung boleh merasai keenakan pelbagai kuih muih tradisional seperti Apam Balik, Serawa Durian, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman
Menu Istimewa – Tandoori Chai
Istimewanya pada tahun ini AnCasa Hotels & Resorts turut menampilkan minuman lain dari yang lain iaitu Tandoori Chai. Kalau nak tahu Tandoori Chai ialah merupakan sejenis teh campuran herba yang dimasukkan ke dalam tembikar kecil dan dipanaskan sehingga menggelegak. Buat penggemar minuman Teh pasti suka sebab aromanya yang cukup memikat.
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 5
Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 6
Harga Bufet Ramadhan Restoran Aroma D’AnCasa & Cara Membuat Tempahan
AnCasa Hotel & Spa menawarkan harga yang amat berpatutan iaitu:
RM70.00 untuk dewasa
RM40.00 untuk kanak-kanak (5–12 tahun)
*Early Bird Promotion*
Baucar awal boleh didapati pada harga RM60.00 bersih setiap seorang dewasa sebelum 30 April 2019.
Untuk tempahan, sila hubungi 03- 20266060 sambungan 7703.
Harga Bufet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Di bawah adalah harga bagi rangkaian hotel AnCasa:-
AnCasa Royale, Pekan, PahangBaucar awal RM58.00 bersihRM70.00 bersih (Dewasa)RM40.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun)
AnCasa Residences, Port Dickson, Negeri SembilanBaucar awal RM45.00 bersihRM55.00 bersih (Dewasa)RM30.00 bersih (Kanak-kanak 5–12 tahun)
Bagi tetamu yang memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa bermula dari RM90 seorang untuk sekurang-kurangnya 60 orang. Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi Sarimah di talian 03-20266060 sambungan 7700
Laman Web Ancasa Hotelnstagram.com/ancasahotels_resorts/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/04/Bufet-ramadhan-Restoran-Aroma-Dancasa-hotel-dan-spa.html